Tudung Murah VS Tudung Mahal. Konsep dah salah, niat ... saya tak tahu sebab niat tu berkaitan hati. Sukar nak baca apa kata hati ni. Malah, kalau anda pasangan suami isteri .. dah kahwin berpuluh tahun pun boleh tersasar menilai mengenai hati dan rasa pasangan anda. Isu tudung, bukan isu baru ... sedikit masa dahulu ramai juga blogger Malaysia menulis mengenai perkara ini. Kali ini, ia timbul semula ... bukan sebab isu bertudung atau tidak, tetapi isu dah bertudung ... cuma kali ini, tudung murah vs tudung mahal.

Bukan nak hangatkan cerita. Tapi ini sebuah coretan pendapat sahaja. Anda boleh bersetuju dengan tidak bersetuju. Anggapkan sahaja bahawa apa yang saya tulis ini merupakan ingatan untuk diri saya dan keluarga saya - termasuklah isteri, ibu dan anak perempuan saya.

Tudung Murah VS Tudung Mahal - Apa Ada Pada Harga?

Tudung Murah VS Tudung Mahal

Tudung murah vs tudung mahal. Tudung murah tak ada isu. Cuma hal tudung mahal ni je.

Sebelum apa-apa, nak tanyalah pada anda yang membaca blog post ini, terutama wanita. Apakah fungsi tudung itu? Nak menutup kepala? Jika begitu, apa pula fungsi skarf? Selendang pula macamana? Dan bagaimana pula dengan turban? Maaflah, saya nak berikan jawapan tapi saya tak tahu, saya bukan arif mengenai fesyen.

Cuma dari sudut pengetahuan yang cetek, apa yang saya faham istilah tudung itu terpakai kepada muslimah. Hanya muslimah di nusantara ini terutama Malaysia yang mengistilahkan 'tudung' ini. Dulunya disebut tudung kepala bagi membezakan dengan tudung saji dan tudung litup (hanya nampak mata).

Mungkin disebabkan fesyen barangkali, ia dikenali sebagai tudung. Dan kini sudah ada macam-macam jenis tudung kepala. Ada tudung bawal, ada pashima, ada tudung half moon, ada tudung parsi .. ishh macam-macamlah. Hanya wanita sahaja yang arif pasal jenis-jenis tudung ini.

Wanita Pakai Tudung Mahal Memang Berkemampuan

Pandangan saya, jika anda seorang wanita yang pakai tudung mahal, makanya anda seorang berkemampuan, ada duit banyak sehingga boleh sedekah anak yatim sampai beratus-ratus. Ekonomi anda kukuh, tak risau kenaikan harga barang dapur, malah duit suami anda pun tak terusik memandangkan anda boleh beli tudung sehingga beratus ringgit.Ye tak?
Tudung Murah VS Tudung Mahal
Baguslah begitu. Nyata anda seorang wanita muslimah yang mahu menutup aurat dengan pakaian yang paling baik, menutup perhiasan yang ada di kepala dan di dada.

Tetapi, seandainya anda bukan seorang wanita yang benar-benar berduit, sanggup membiarkan simpanan jadi lesu dan kering semata-mata kerana mahu dapatkan tudung aneka corak bertingkat-tingkat yang mahal, nasihat saya ... hentikanlah.

Ini bukan caranya anda menutup aurat perhiasan diri anda.

Berfesyen Biarlah Berpada

Bertudung bukan sebab mahu kelihatan cantik dan menarik. Ia adalah untuk menjaga aurat seorang wanita. Andai mahu berfesyen sekalipun, biarlah berpada dan jangan berlebih-lebihan.

Kuatkan diri anda wahai wanita muslimah untuk tidak mendengar bisikan hawa nafsu untuk lebih menjadi lebih cantik dan voque dari orang lain. Kerana kecantikan diri anda tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk suami anda sahaja ....

Tudung Cantik Untuk Tatapan Suami

Dan andai akhirnya anda berkata, saya mahu berfesyen untuk cantik buat suami saya .... adakah anda akan memakai tudung di kala berada di atas katil bersama suami .. dan suami pula berkata .... wahh cantiklah awak bertudung mahal ini sayang .... yang nanti dicampak sahaja di atas lantai.

Jika adalah ... saya teringin nak berjabat salam dengan si suami.

Alhamdulillah, ramai wanita yang saya kenal tahu kemampuan diri dan tahu syariat bertudung itu adalah sebahagian untuk menjaga aurat.

Sekali lagi, saya mohon maaf jika ada yang membaca terasa hati. Akhir kalam, saya serius berkata dalam hati ... saya benar tak faham mengapa perlu beli tudung sampai beratus ringgit dan kenapa perlu beli tudung sampai berpuluh-puluh helai ....yang nanti akan terbiar memenuhi ruang almari dan mereput.

Komen ... sila .. saya sangat alu-alukan komen-komen dari anda. Bukan sahaja untuk saya, malah untuk mereka yang lain yang akan membacanya nanti.



16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suka tengok perempuan pakai tudung hana tajima

    hehe

    ReplyDelete
  2. mungkin ini la salah satu kesan negatif apabila ada yang mempergunakan syariat untuk tujuan berfesyen (dan membuat untung). bukan nak mempertikaikan usaha mereka tu yang mungkin bertujuan baik (beri kesedaran menutup aurat). tapi kalau dah sampai mewujudkan kasta (miskin-tudung murah, kaya-tudung mahal), serupa tak payah la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak nampak Smbotak .. terima kasih atas komen yang baik ini.

      Delete
  3. speechless! maybe betol apa yg diperkatakan. Terima kasih untuk nasihat.

    ReplyDelete
  4. Tulah tudung mahal tapi tak ikut sunnah nak buat apa.

    ReplyDelete
  5. Konsep tudung untuk menutup aurat yang telah disalaherti. Semoga kita semua tidak tersasar jauh dari landasan islam..

    ReplyDelete
  6. ahahhahahahak..terbaik bro..suka sangat entry ne.kalau saya, paling murah dan ikut syariat, tak membebankan duit suami, , selesa dan canltik sudah berbaloi..heee...

    ReplyDelete
  7. Tudung itu untuk menutup rambut drp terdedah ...
    Terdedahnya rambut maka terdedahlah dosa ...
    Tak kira tudung mahal @ murah yg penting niat bertudung kerana Allah swt ..
    bUKAN SEKADAR LETAK DI KEPALA SEMATA2 KERANA FESYEN ...
    Bertudung cantik jadi pilihan ..
    Syariat terjaga dalam kesempurnaan ...

    ReplyDelete
  8. murah ke mahal ke, asal niat ikhlas pakai tudung. toksah canang kat orang harga tudung tu.

    ReplyDelete
  9. kalau acik suka perempuan yang pakai tudung labuh ..sedap mata memandang

    ReplyDelete
  10. kalau mampu apa salahnya nk merasa pakai tudung mahal, asalkan jangan sampai ikat perut sebab teruja nak mengikut org..

    tapi tudung bertengkek2 tu memang bukan pilihan akaklah.

    ReplyDelete
  11. Saya pun tak paham kenapa ada orang yang sanggup beli tudung mahal.. Mungkin juga kerana duniawi dan tidak mahu ketinggalan tentang fesyen. Atau kerana sikap ego dan bangga jika dapat menunjuk untuk pakai tudung mahal....

    ReplyDelete
  12. saya rasa berfesyen menutup aurat murah atau mahal tak perlulah menjadi persoalan. yang penting aurat dijaga. mempertikaikan harga hanya ego sipemakai tudung sahaja.

    ReplyDelete
  13. CN sokong entry ni, tak penting tudung murah atau mahal, yg penting cara pemakaian tudung tersebut adalah betul ..kalau mampu beli tudung mahal, apa salahnya, cuma tak perlulah riak ;)

    ReplyDelete
  14. Mahal ke murah tak penting. Yang penting, tutup aurat, suami suka, saya selesa memakai dan sedap mata suami memandang.
    Cantik bertingkek2 tapi tabarruj terlampau dan aurat masih ternampak tu dah mendatangkan dosa buat yang memandang^__^

    ReplyDelete
  15. tlalu mudh fhmn ttg aurat tu..sy pn msh brtatih utk mnjdi muslimah yg btul..
    bertudung tu bkn stkat mnutup kpla/rmbut tu..tp mnutup sgla bnjolan2 yg ad..
    sptutnya si suami kna bt lbih byk research sblm meluahkan sgla bengang dy tu..
    hhuhuhu..
    wallahualam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement