Apa yang menarik ada pada Menara Alor Setar (Alor Setar Tower)? Jika anda berkeluarga, destinasi ini memang boleh dijadikan satu pendedahan menarik untuk anak-anak. Menara Alor Setar, mercu tanda gah bandaraya Alor Setar, ibu negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Sempena #VMY2014, tentu ada yang menarik di Menara Alor Setar ini.

Saya dah keluarga sudah kali kedua singgah di Menara Alor Setar, tetapi hanya sekali berkesempatan naik ke bahagian atas menara ini. Apa yang ada di atas Menara Alor Setar setinggi 165.5 meter ini?

Alor Setar Tower, Kedah Malaysia

#VMY2014 Alor Setar Tower
Hmmm ... ada gerai cenderahati dan juga keseronokkan melihat pemandangan sekitar bandaraya Alor Setar menerusi teropong automatik di aras 88 meter. Anda boleh melihat pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas antara dua gunung iaitu Gunung Jerai (Kedah Peak) sehingga ke Gunung Keriang. Manakala pada aras 94 meter ada sebuah restoran berputar yang hidangkan masakan tempatan serta antarabangsa.

Ada satu bahagian atau ruang luas tempahan khas juga disediakan untuk sebarang acara di aras 100 meter. Boleh diadakan majlis perpisahan, majlis hari jadi dan sebagainya.
#VMY2014 Alor Setar Tower

Fakta Menarik Menara Alor Setar

Dari fakta, Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan juga yang ke 2 tertinggi di Malaysia (semasa entri ini ditulis). Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ke 4, Tun Mahathir Mohamad pada 14 Ogos 1997.

Anak saya cukup teruja bila dapat naik ke Menara Alor Setar, boleh melihat dengan gayatnya pemandangan dari bawah ke atas, dan dari atas ke bawah apabila naik menggunakan lif berkaca. Kalau tengok dari bawah menara, nampak biasa-biasa je. Tapi bila dah masuk dalam lif ... erkkkk ... terpegang erat jugalah tangan anak saya yang kecil.

Pemandangan dari Kamera Nikon Cerapan

#VMY2014 View from Alor Setar Tower

Harga Tiket Menara Alor Setar

Untuk naik ke bahagian atas Menara Alor Setar ni, anda perlu bayar seperti yang saya paparkan di bawah ini. Nanti nak masuk ke lif yang disediakan, akan ada 'pramugari' khas yang bawa .. huhuhuhu .. yang akan escort sampai ke pintu lif, sampai atas pun akan ada yang sambut, dan begitulah sebaliknya.
#VMY2014Alor Setar Tower Ticket Price
Menara Alor Setar Lot 99Lebuhraya Darul Aman
05100, Alor Star
Kedah Darul Aman
Malaysia.
Tel : (604) - 720 2234/720 2901
Fax : (604) - 720 2073
www.menaraalorstar.com.my

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement