Ada yang beritahu saya, seorang blogger kena ada akaun twitter yang ramai follower. Heh ... haiyo, jangan takutlah dengan nombor. Jangan cepat sangat putus asa dengan nombor ni. Ia ciptaan manusia je pun... hehehe... ok, itu ayat memujuk. Tapi benarlah, jika ada akaun Twitter yang ramai pengikut, itu merupakan satu kelebihan. Tapi, tak bermakna pemilik akaun Twitter yang hanya ada 10 orang pengikut tak boleh nak jemput trafik ke blognya.
Saya seorang pengguna Twitter yang kurang pengikut. Tapi saya tidak sedikitpun menidakkan kemampuan Twitter untuk memberikan trafik blog saya. Jika kena cara dan teknik, in Sha Allah, akaun Twitter yang ada 10 orang pengikut boleh berikan sesuatu yang mungkin tak terfikir pun oleh anda.
2 Tips Dapat Trafik Blog Menerusi Twitter
Saya nak kongsikan 2 tips cepat dan mudah untuk meningkatkan trafik blog menerusi akaun Twitter. Boleh mencuba kalau mahu. Tak cuba pun tak mengapa, saya tak rugi apa-apa.Tweet entri blog anda dengan disertai nama twitter di hujung Tweet. Contohnya:
Mengapa guna teknik ini?
Ia akan memberikan dua kemungkinan. Satu trafik akan masuk menerusi link atau pautan yang dikongsikan. Dan satu lagi menerusi nama twitter di hujung tweet, nampak tak saya punya tu .. siap hasrulhassan.com.
Tips kedua ialah dengan mention pemilik akaun twitter yang memang ramai follower. Saya fikir tak perlu kot nak cerita lebih. Saya pasti ramai boleh fikir sendiri bagaimana caranya.
Erkk .... nak juga tunjuk contoh? Ok, saya berikan satu.
Namun, harus saya betulkan persepsi anda. Ia bukan cara nak berikan trafik mencanak-canak ehhh .. tapi nak berikan trafik yang konsisten. Bermaksud, akan ada sentiasa ada trafik ke blog anda walaupun ia tidak tinggi mana.
Teknik ini terbaik dilakukan bila dirasakan trafik blog nampak slow atau hampir tiada dalam satu jangkamasa tertentu. Anda boleh gunakan untuk tweet entri-entri lama yang ada kaitan dengan situasi semasa.
Satu lagi tips percuma untuk dapatkan trafik dari Twitter.
Gunakan hashtag. Dan gunakan ia sebaik mungkin terutama untuk 'musim-musim' tertentu. Contohnya sekarang, ada kempen VMY2014. Gunakan hashtag berkaitan pelancongan, #VMY2014, #VisitMalaysia untuk entri-entri yang ada Tweet dari blog.
Cubalah.
saya kadang-kadang guna tweeter..selebihnya banyak masa untuk blogwalking!
BalasPadamthank..baru tau...
BalasPadamtima kasih.....nak cuba wat...
BalasPadamSharing ke Twitter membantu jugak untuk trafik blog kita.. Aku guna Twitterfeed untuk auto tweet setiap kali update blog..
BalasPadamOh..baru tahu teknik yang betul. Selalu post entry baru dekat twitter. Terima kasih HH.
BalasPadamYa teknik yang bro berikan adalah berkesan. Pernah kita kongsi kepada akaun mereka yang ramai follower akan retweet kepada follower. Peluang untuk mendapat trafik ada.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.