Kata-kata hikmah boleh menjadi antara satu daripada kaedah memotivasikan diri kita. Terdapat banyak himpunan kata-kata hikmah yang sebenarnya boleh dijadikan pembakar semangat diri kita di saat sedang dilanda resah dan kekecewaan. In Sha Allah, saya ingin berkongsi beberapa kata hikmah terbaik untuk semua pembaca blog ini, sebagai pemangkin diri menjadi lebih baik dari semalam dan persiap diri untuk lebih baik bagi hari esok.
20 Kata Hikmah dan Nasihat Pilihan

20 Kata Hikmah dan Nasihat Pilihan

  1. Tapak kaki kita kalau dah keras,pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikianlah juga hati,kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa.
  2. Andai iman lemah, diberikan ujian seringan kapas pun akan terasa berat. Tetapi ketahuilah, Tuhan takkan menguji hambaNya andai dia tidak mampu menghadapinya.
  3. Alangkan saiz kasut dan saiz baju pun berbeza-beza, inikan pula ujian dari Tuhan.
  4. Merantau dan bepergianlah. Akan ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai penghidupan baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan ilmu.
  5. Bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan. Tetapi menjadi mukminah lagi solehah.
  6. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan in sha Allah kita takkan rebah.
  7. Bukan mudah nak sayang seseorang kerana Allah.Tapi lagi payah nak membenci orang kerana Allah.
  8. Dan ketika aku menjauhiMu, Kau tidak berkurang apa-apa walau sezarah, dan bila Kau mula menjauhiku walau sekali kelip mata, aku kosong tak bermakna.
  9. Untuk mengajar orang tentang ketinggian Allah dan Islam, kita mesti terlebih dahulu merendahkan hati sendiri.
  10. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri.
  11. Allah itu lebih dari cukup. Lebih dari segala-galanya. Kau ada Allah, kau ada semuanya.
  12. Yang cantik belum tentu setia. Yang setia sudah pasti cantik. Bila ia tidak cantik di matamu. Setidaknya ia cantik, di mata Tuhan...
  13. Kalau sayang, hargai. Kalau benci, maafkan. Kalau diterima, manfaatkan. Kalau dikhianati, doakan.
  14. Tak semua mereka yang peduli itu, mampu mengungkapkan rasa prihatin mereka dengan kata-kata.
  15. Belajar untuk bezakan, menasihati ataukah menghakimi? Kerana yang kau nasihati itu manusia yang (masih) punya hati.
  16. Elakkan terlebih berduka, bila berduka syaitan suka, sebab saat itu hati kita terluka, mudah syaitan hasut ke jalan murka, lalu mengheret kita ke neraka.
  17. Kadangkala hati itu perlu kosong sebelum dapat diisi dengan rahmat Allah. Berbahagialah kepada mereka yang hati terasa kosong, kerana Allah sedang membersihkan hatimu.
  18. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.
  19. Istighfar akan mengembirakan hatimu.
  20. Sesungguhnya iman dalam dada seorang itu lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian.
Kata-kata dan ungkapan yang saya terbitkan ini saya cedok dan cari dari pelbagai sumber, samada dari buku, majalah, internet dan juga dari Facebook.

Kata hikmah dan nasihat pilihan untuk semua serapkan dalam diri menjadi lebih baik. Sesiapa pun akan tiba waktu memerlukan kata-kata semangat dan nasihat pilihan terbaik kata hikmah supaya hati jadi kuat dan lebih tenteram.

Dapatkan lagi kata-kata indah hikmah di sini - https://www.facebook.com/1001.Ayat.Indah

Kongsikan jika perlu.


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suka sgt..brsemngat bila baca kata-kata hikmah ni..

    ReplyDelete
  2. "Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri" ..Ini yang sukar untuk dilakukan..padahal ianya untuk kebaikan diri kita sendiri...Nice quote HH..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... bro HH,

    perkongsian kata-kata hikmah nie ... mencari2 gak kata2 hikmah nie..

    mselim3

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement