Mitos kecantikan yang ramai perlu tahu - Siapa yang tak suka cantik? Saya walaupun seorang lelaki sukakan kecantikan, walhal diri tidaklah secantik mana pun, tetapi sangat suka melihat benda yang cantik. Cantik secara ideologinya adalah sangat abstrak, namun masih ada sifat cantik yang boleh diukur. Dan kerana obsesi manusia terhadap kecantikan ini, wujudlah pelbagai mitos mengenai kecantikan.
Di sini saya ingin berkongsi di antara banyak mitos mengenai rahsia kecantikan yang mungkin anda tahu. Secara logik, atau sekali baca ... macam betul apa yang dikatakan tetapi terdapat kajian-kajian yang telah dilakukan untuk menyangkal dakwaan ini.
Mari ketahui 3 mitos rahsia kecantikan pilihan saya .... :)
3 Mitos Rahsia Kecantikan
Pengambilan Kacang dan Coklat Penyebab Jerawat
Faktanya; jerawat berlaku akibat perubahan hormon, pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat. Malah jika anda tersalah memilih produk kecantikan, ia juga boleh menyebabkan jerawat. Memang ada sesetengah dari kita, terutama wanita yang apabila memakan kekacang mahupun coklat akan secara tetiba (esoknya) tumbuh jerawat di wajah. Disebabkan itu, ramai anggap jika makan kacang atau coklat, jerawat akan muncul ...ohhh nooo pimplessss .. hehehe... padahal ia sebenarnya disebabkan masalah pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat.
Tekanan atau stress juga boleh sebabkan tumbuhnya jerawat, dan selalunya banyak tips dan petua yang berkaitan dengan stress meminta untuk kita makan coklat untuk meredakan rasa stress itu - ini benar, namun apabila muncul jerawat - mereka mengaitkan dengan makan coklat - sedangkan ia adalah disebabkan tekanan yang sedang dihadapi.
Darah Haid Dapat Buat Wajah Jadi Mulus
Faktanya; plasenta punyai banyak hormon yang boleh mempengaruhi kadar metabolisma kulit. Malah terdapat banyak produk yang menggunakan darah plasenta ini dalam kandungan kosmetik untuk mencantikkan wajah. Secara saintifik ... darah ini boleh memberikan kesan yang diharapkan namun darah haid bukan dan tak sama dengan kandungan dengan plasenta walaupun ia dari 'benda' yang sama - darah dari rahim. Darah haid adalah kotor dan tiada apa2 dalam kandungannya yang boleh memberikan manfaat.
Tidur 8 Jam Atau Lebih Baik Untuk Kesihatan Kulit
Faktanya; setiap orang mempunyai jadual tidur yang berbeza. Waktu rehat bagi seseorang berbeza kerana faktor persekitaran, metabolisma serta perkara-perkara lain. Ramai yang mengatakan jika ingin kulit cantik, perlu tidur lebih dari 8 jam ... sedangkan ada orang tidur 4 jam sudah cukup untuk dirinya. Dan selalunya, hanya bayi dan kanak-kanak yang memerlukan tidur sehingga 8 jam.
Tidur yang berlebihan juga tidak baik kerana ia mengganggu sistem tubuh. Dan kena faham, tidur bukan hanya untuk kecantikan tetapi ia merupakan waktu rehat buat tubuh badan secara keseluruhannya. Jika rehat cukup ... maka semuanya akan segar bugar!
Sumber: Mingguan Wanita Februari 2008
Part stres tu betul,bila stres bkn shj naik jerawt,tp byk lg penyakt lain yg akan dtg menyebabkab hlg seri pd wajah ;)
ReplyDeleteTerima kasih di atas info yang di berikan.. Terjadinya jerawat memang ada banyak faktor.. jangan stress pasti ada penyelesaiannya. kalau nak maklumat tambahan mengenai kecantikan boleh layari www.wom.my.. insyallah boleh membantu...
ReplyDeleteTerima kasih atas pencerahan ..
DeleteTiada rahsia untuk perempuan kelihatan cantik kerana setiap perempuan itu cantik.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.