Ada yang tanya apa itu dofollow dan nofollow link yang ada diceritakan dalam beberapa entri berkaitan buat backlink dan teknik komen dalam blog orang lain. Ok, kali ini dalam kesempatan yang singkat, saya akan cuba terangkan apa kebendanya dofollow dan nofollow ni. Anda mungkin dah tahu, tapi saya degil gak nak bagitahu, heh .... ramai ooo yang tak tahu lagi benda ni.

Jika dah tahu, mohon-mohon kongsikan pada yang tak tahu ehh .. nak copy-paste entri ni pun tak mengapa, asalkan berikan DoFollow link ke entri ini .. hehehehe..... :)
Apa Itu DoFolow dan NoFollow Link?

Memahami DoFolow dan NoFollow Link

Ok, kita mulakan dengan apa itu backlink. Backlink adalah pautan yang kita berikana kepada sesuatu blog lain daripada blog kita. Contoh backlink adalah seperti di bawah ini.
Link di atas apabila anda klik akan membawa kepada satu blog lain kepunyaan jejaka hensem yang kononnya nak buat duit online menerusi affiliate. Link di atas adalah dofollow link. Bagaimana saya buatkan ia jadi dofollow link?

Dalam blogspot, semua link yang kita buat dalam blogpost kita akan jadi dofollow link, haaa itu yang bestnya, tetapi kita boleh set menjadi nofollow link dengan cara berikut:

Cara Buat Pautan (Link) NoFollow

Dalam blogspot, apabila anda buatkan pautan luar seperti saya tunjukkan di atas, akan keluar kotak tu, hanya klik bahagian Add 'rel=nofollow' attribute. Dah .... link tersebut menjadi nofollow link.

Benda tu tak nampak di mata kasar, hanya jika kita periksa satu-satu link tu je kita akan nampak ia merupakan link dofollow atau nofollow. DoFollow jika dalam kod HTML, tiada beza apa, cuma jika sebuah link atau pautan NoFollow itu, pautan terbina akan ditulis seperti ini dalam kod HTML:
Mungkin akan ada yang bertanya kelak, tang mana nak guna attribute dofollow dan nofollow pada link ni? Yang ini, in Sha Allah, panjang umur saya akan beritahu pada post yang lain. Kasik faham dulu apa benda dofollow dan nofollow link ni.

Jadinya, apabila anda pergi ke sesebuah blog yang memberikan kelebihan DoFollow, maka kena galaklah komen di blog tersebut, lebih-lebih lagi blog yang membenarkan anda tinggalkan URL atau link blog anda.

Bagaimana nak tahu sebuah blog atau ruangan komen blog tersebut berikan kelebihan DoFollow ini? Anda boleh gunakan adds on tertentu yang ada dalam pelayar internet anda terutama dalam Firefox dan Crome.

Dalam blogspot, semua fungsi komen dalam blog adalah NoFollow, kecuali kita ubah tetapan dalam HTML blog kita. Kenapa jadi begini? Ini disebabkan oleh polisi Google dan Blogspot sendiri yang telah buat secara automatik fungsi komen dalam blogspot adalah NoFollow bagi elak Spam komen ambil kesempatan.

Untuk tukar, anda buka HTML blogspot anda, tekan Ctrl-F dan cari NoFollow, tukar ia menjadi DoFollow. Itu sahaja.

Dan pastikan anda juga buat setting komen seperti yang saya telah tunjukkan sebelum ini di entri ini - Tips Mudahkan Pengunjung Komen Blog

Mengapa penting sangat ke benda ni? Penting jika anda nak naikkan Google Pagerank blogspot anda, seperti yang saya pernah sebut di sini - Tips Komen Naikkan Google Pagerank

Apa itu DoFollow dan NoFollow ... dah faham? Tak faham boleh tanya kemudian ehh, atau cuba Google dan tengok apa kata Pakar SEO Malaysia yang lain.


p.s: Oh ya lupa nak bagitahu, NoFollow link juga ada kelebihannya .. nanti saya cerita ehhh ....



19 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. lama xsinggah sini..wahhh...baru tau walau dah 2tahun dalam dunia blog ni...tq HH

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik dan hebat...

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Bolehlah faham sikit-sikit. huhu.
    Tapi yang mana lagi bagus? Sebab tuan kata nofollow pun ada kelebihannya.

    ReplyDelete
  4. salam HH,
    Mula faham sikit apa itu dofollow dan nofollow

    ReplyDelete
  5. Terbaik tuan hasrul hassan.. suka baca artikel-artikel tuan dan banyak boleh tingkatkan pengetahuan dalam dunia blogging

    ReplyDelete
  6. Thanks for info... Tanya sikit HH, Adakah kena pastikan Backlink itu releven dengan entri kita baru jadikan Dofollow link. Apakah kesan pada backlink dofollow tetapi tidak relevan dengan content atau entri?

    ReplyDelete
  7. Nice! Serius ena baru tahu hal ni. Cuma nak tahu bila masa nak guna nofollow link tu. Tak sabar nak tahu dengan lebih lanjut

    ReplyDelete
  8. nak tahu bila nak guna dofollow and bola nak guna nofollow.. kiranya leboh baik kalau kita tukr nofollow kpd dofollow la? adusss.. mhon update lg.. jeeee

    ReplyDelete
  9. Sekarang nie dah ramai pengguna wordpress telah setkan nofollow pada ruangan komen mereka walaupun ada commentluv.

    ReplyDelete
  10. mohon pencerahan lagi,nak tahu jugak apa kelebihan nofollow :D

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.

    Akhirnya dapat juga saya faham maksudnya. Terima kasih

    ReplyDelete
  12. tak sempat nak study lagi neh... nanti singgah lagi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. baru saya tahu apa itu dofollow dengan nofollow,,thanks hasrulhassan

    ReplyDelete
  14. trima kasih banyk2 hasrulhassan..saya bru nk berjinak2 nk memahami

    ReplyDelete
  15. trima kasih banyk2 hasrulhassan..saya bru nk berjinak2 nk memahami

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement