Entri bagus sebuah blog itu bagaimana? Heh .. ada pula yang dok tanya saya. Dan dalam tanya-tanya tu, tak habis nak nyakat. Ok, diakui saya bukan seorang blogger yang popular, dan blog ini pun bukan popular. Jadinya mohon janganlah nak dengki-dengki dengan blog saya ini ehhh.

Ok ... nak rembat apa saja dalam blog ni ... saya persilakan. Saya langsung tiada masalah anda nak copy paste ke apa ke ... tak ada masalah langsung, malah saya suka je anda buat. Itu tanda entri saya buat itu ada kualiti tertentu sampaikan ada yang buat kerja nak salin tampal ini. Jadi, kalau ada di kalangan anda yang tanya, boleh ke ambik artikel ni .. artikel tu ... saya ok je. :)... no problem.
Apakah Entri Blog yang Bagus?

Entri Kena Copy-Paste adalah Enti Blog yang Bagus?

Tapi ada juga blogger yang tak berapa suka. Betullah tu .. hasil kerja dan penat lelah mereka ... kenala sedikit sebanyak diberikan kredit. Weihh ada yang tak tidur malam tau ... semata-mata nak hasilkan entri yang bagus.

Apakah Entri Blog yang Bagus?

Entri yang bagus? Macam mana dan bagaimana tu ehh? 
  • Entri itu menarik pembaca hanya dengan melihat tajuk atau gambar yang ada pada entri.
  • Entri itu tak perlu dipromote, ia secara sendiri dicari oleh enjin carian kerana isinya yang mantap serta yang sangat berkaitan dengan apa yang orang lain cari.
  • Entri itu menghasilkan banyak respon dan komen dari pembaca.
  • Entri itu sering dibaca berulang kali .. :)
Hmmm ini pendapat saya saja. Ada entri yang bagus dari segi trafik, tapi isinya tak pulak ... kadangkala isi dalam entri hanya 3 baris ayat je .. tapi ... perghh penangannya .. sampai LIKE ribu2 tu ... aha ... ada pula blog yang tampil dengan entri2 mantap tapi tak ramai nak baca atau LIKE .... sebab apa? Sebabnya mungkin cara penyampaiannya yang tak diminati.

Apapun .. bukan senang nak buat entri yang bagus, dapat trafik tinggi menerusi entri dan dah tu pulak entri itu tak undang bahana dan hasad dengki ... sebab bila entri yang ntah apa2 dapat trafik tak terhingga .. mulalah ada yang nak ngata-ngata .. hehehee.. Betul tak?

Blog adalah satu medan perkongsian. Jika mahu berkongsi sesuatu yang bagus, maka lakukan cara betul lagi bijaksana. Jangan sampai ada yang tuduh menuduh, bermasam muka dan mula pasang lembing untuk balik sembunyi tangan dan ditikam dari belakang.


17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betol ape yang abg hasrul cakap tu.. kena fikir banyak lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. :) in Sha Allah fikir itu jadikan satu rutin.

      Delete
  2. Boleh tak saya tambah sikit.. Mungkin target audience untuk entry to tak sampai. Instead, group kategori lain pula yg baca...so, jadi tidak menarik. I am still learning. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. yg penting kita jgn expect smo org minat dan berkongsi pendapat yg sama dgn entry yg kita letak tu. mcm saya, xsmo org yg masok dlm blog saya ni minat senibina, mungkin just minat hiasan dalaman je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu Dawa .... itu sebab saya cuba cuba selitkan cerita sendiri yang lebih personal ... supaya orang tak muntah asyik baca tips blogging ni . hahaha ...

      Delete
  4. tak tahu mana yang bagus... kadang-kadang entri penuh ngan gosip pun ramai juga pembaca...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang bagusnya dengan entri gossipp????

      Delete
  5. blog bro HH bagus^^

    blog deno hanya biasa ~

    ReplyDelete
  6. Bro HH mmg best.
    Saya ni orang baru. Taktau pulak dunia blogging pun ada hasad dengki. Tak baik la cmtu kan?

    ReplyDelete
  7. Blog HH banyak ilmu yang boleh diceduk dan memberi banyak manfaat. TQ bro...

    ReplyDelete
  8. Sokong sangat.. copy paste entry tanpa bagi kredit pada tuan punya artikel adalah sesuatu yang tidak beretika..

    ReplyDelete
  9. Benda yang paling menyeronokkan jadi blogger ni adalah bila entri SEO mengena di google search. Ramai pulak yang tengok Piala Thomas petang ni. :D

    ReplyDelete
  10. sedang tengok piala Thomas sambil tips blogger abg hh.. :)

    Bahaya HB Rendah Ketika Hamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. terima kasih .. agak2 menang tak?

      Delete
  11. betul tu, bukan mudah nk hasilkan sesuatu entry yang bagus, CN ada 1 entry tentang perkongsian pasal breastpump, alhamdulillah..sampai sekarang masih lagi memberi trafik yang tinggi kepada blog CN ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement