Pengalaman menarik lagi santai berseronok bersama keluarga di Bukit Fraser. Jika anda berpeluang bercuti di Bukit Fraser yang terletak di Pahang, maka jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti menarik yang ada di situ. Ramai yang kata pada saya ... "Bang, apa yang ada kat Fraser tu .... bukan menarik pun..". Ok, yang bertanya tu kena baca entri saya ini ..

Saya ada ceritakan serba sedikit mengenai Bukit Fraser di entri ini - Tempat Menarik Bukit Fraser, Pahang Dah baca?

Berseronok Aktiviti Keluarga Santai di Bukit Fraser

Fraser's Hill
Antara tiga tempat peranginan tanah tinggi, saya boleh sifatkan Bukit Fraser ada tarikan tersendiri berbanding dengan Cameron Highlands dan Genting Highlands. Semua tempat sejuk, tetapi di Fraser's Hill, kesejukkannya memang jauh beza ketara dengan tempat lain. Sini nyamannya berlainan, tiada aktiviti rancak seperti Cameron dan Genting yang sering penuh dengan manusia.

Main Ikan dan Beca Air Allan's Water

Allan's Water - Fraser's Hill
Allan's Water Fraser's Hill
Allan's Water Fraser's Hill
Allan's Water Fraser's Hill
Berseronok dengan aktiviti menarik yang santai di Bukit Fraser. Anda boleh berkayuh dengan beca air di Allan's Water, sebuah tasik atau empang yang terdapat di Bukit Fraser. Berdekatannya ada Taman Flora Bukit Fraser. Jika berkesempatan boleh petik strawberri dan buah-buahan segar. Malah, ada sayuran yang tak dapat atau sukar nak jumpa kat tempat lain .. serius!

The Paddock Fraser's Hill

The Paddock Bukit Fraser, Raub, Pahang
The Paddock, satu tempat yang boleh anda berseronok dengan aktiviti memanah dan menyumpit selain menunggang kuda. Jika anda tak pernah merasai atau mencuba sukan memanah, anda boleh cuba di The Paddock. Bagi anak-anak kecil, mereka boleh cuba aktiviti menyumpit yang turut disediakan. Of course .... aktiviti ini berbayar, tetapi berbaloilah juga untuk mencuba sesuatu yang jarang dicuba.
The Paddock Bukit Fraser, Raub, Pahang
The Paddock Bukit Fraser, Raub, Pahang
The Paddock Bukit Fraser, Raub, Pahang
The Paddock Bukit Fraser, Raub, Pahang

Tunggang kuda. Anak-anak tentu suka. Anda boleh merasa menunggang kuda yang ada di The Paddock dengan bayaran tertentu.

Namun, salah satu aktiviti yang paling atau sering dilakukan pengunjung Bukit Fraser ialah meninjau dan melihat kehidupan burung-burung yang ada di sini. Ramai pelancong luar terutama pencinta alam sekitar menjadikan Fraser's Hill satu destinasi utama dunia untuk mengambil gambar ratusan spesies burung termasuklah yang eksotik dan sukar ditemui. Malah di satu sudut di Bukit Fraser ini ada kawasan khas yang dikhususkan untuk pencinta burung dan unggas.

Bermini Golf di Medan Selera Fraser's Hill

Mini Golf Bukit Fraser
Mini Golf Bukit Fraser
Kerana suhu di sini sangat sejuk, malah adakalanya berkabus di tengahari; aktiviti beriadah seperti bermain golf, berbasikal atau jogging memang sesuai. Malah, bersebelahan medah selera Bukit Fraser ada mini golf yang boleh anda cuba bersama anak-anak. Jadi, agak-agak kurang pro tu ... bolehlah cuba-cuba masukan bola putih dalam lubang di situ .. hehehe....

Ada juga litar basikal dan litar motorcart disediakan.
Bukit Fraser

Jalanraya ke Bukit Fraser

Jalan ke Bukit Fraser dah tak macam dulu. Jika dulu kena tunggu waktu-waktu atau masa tertentu untuk naik ke puncak, kini tidak lagi. Sudah ada jalan susur keluar yang lain disediakan oleh pihak Majlis Daerah Raub. Dah tak perlu risau andai berselisih dengan lori atau kenderaan besar. Tetapi, keadaan jalan masih lagi kurang sempurna. Jalan masih lagi berliku, dan jika hujan kena lebih berhati-hati kerana risau berlaku tanah runtuh dan jalan licin.

Suasana Malam di Bukit Fraser

Suasana malam memang mendamaikan. Hampir tiada bunyi asing selain bunyi unggas di situ. Jika anda ke sana, pastikan anda mencari tempat tinggal atau penginapan yang telah tersedia makan dan minum atau setidaknya ada dapur untuk anda masak ... serius, kalau dah malam ... berada pula di tempat penginapan yang agak jauh .... anda takkan keluar lagi dah ... :)

Ok, in Sha Allah .. entri akan datang, saya akan bercerita pula mengenai tempat penginapan saya dan keluarga ... perghhh sebuah banglo dengan enam bilik tidur .. dan harga semalam hanyalah RM300 untuk sebuah banglo!

Suka tak cerita saya ni? Suka ... Like la ehh .... :P

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement