Hadiah Hari Guru 2014 - Malam ni, isteri dan anak-anak sibuk siapkan hadiah untuk Hari Guru 2014. Tema Hari Guru tahun 2014 ialah Guru - Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi. Walaupun tema bukan main hebat, tapi kami tak dapat nak fikir hadiah terbaik yang boleh diberikan, selain satu hadiah simbolik yang isteri saya terfikirkan.

Hadiah hari guru yang disediakan oleh isteri untuk ketiga-tiga anak saya ialah sebuah pen dan sebuah rotan (errr sebuah?). Seruas rotan dan sebatang pen - ok, ini baru betul. Hadiah unik ini tercetus sebabkan oleh perkongsian idea dalam WhatsApp; dan menariknya rakan-rakan yang bergelar guru pun tertarik dengan idea tersebut.

Hadiah Hari Guru 2014 - Seruas Rotan Sebatang Pen Sekuntum Bunga

Hadiah Hari Guru 2014

Zaman saya, memang zaman makan rotan. Silap, salah, langgar undang-undang, memang kena rotan. Ada kawan saya kena rotan 7 das! Sebab apa, sebab disiplin ... yang memang kalau ikutkan kena buang sekolah, tapi atas budi bicara pengetua dan rayuan dari si ibu dan ayah, rakan saya tu terima hukuman rotan sahaja. Itu kesah lama, zaman remaja.

Zaman rotan, zaman untuk disiplinkan pelajar. Bekas sakit, akan ingatkan diri bahawa yang ini jangan dibuat lagi.

Public Canning

Public Canning - ia lumrah ketika itu, apatah lagi buat saya yang bersekolah di sekolah yang ada asrama. Public Canning, merotan di khalayak ramai ... bukan untuk memalukan pelajar tetapi untuk dijadikan pengajaran dan ingatan, bahawa setiap pelajar yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang sekolah mestilah dihukum.

Sekarang, saya tak pasti samada hukuman itu ada lagi.

Jadi, kesempatan ada, hadiah hari guru 2014, diberikan seruas rotan, sebatang pen dan sekuntum bungan. Tanda mengajar dan mendisiplin adalah tugas guru yang kami, suami isteri amanahkan kepada mereka. Jika nakal, langgar peraturan, rotanlah. Jika mereka mahu maju, ajarilah mereka dengan sebaiknya. Dan bunga berkelopak lima kerana adanya rukun negara yang menjadikan guru sebagai penyatu semua bangsa di Malaysia.

Hadiah Hari Guru 2014
Hadiah Hari Guru 2014

Saya secara peribadi, memang kagumi tugas guru. Bukan mudah nak mengajar anak orang, terutama dengan dedikasi dan ketekunan.

Selamat Hari Guru 2014

Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

Dan hadiah hari guru 2014 .. kami sepakat ... seruas rotan, sebatang pen .. dan sekuntum 'bunga'




4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Hehehe.. tadi dah bagi kat cikgu cikgu anak-anak saya, semuanya suka dengan hadiah tu .. :)

      Delete
  2. Bijak la hadiah tu, xramai parent yg nk bg hadiah mcmtu skunk ni.....;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement