Ilmu blog jambatan ilmu dunia untuk akhirat. Ilmu dunia, tapi boleh diaplikasikan untuk mencari kebaikan .. baik dunia mahupun akhirat. Ilmu blog ada banyak, bukan satu dua cabang. Ilmu blog satu je tujuan, untuk membolehkan apa yang anda sampaikan dalam blog disampaikan buat mereka yang mencari. Orang takkan klik satu-satu tajuk dalam blog jika mereka tidak mencari membacanya, ye tak?

Dalam nak membolehkan blog itu dibaca, maka kenalah ada ilmu blog. Ilmu blog ini boleh saya katakan terbahagi berdasarkan tujuan kita nak berblog. Awal-awal pernah saya sebut berkaitan perkara ini. Ini adalah antara kesilapan pertama saya dalam dunia blog. Saya dah mula blogging sejak 2008 lagi, dan kesilapan ketika itu yang telah mencorakkan saya menulis hari ini, ialah niat.

Niat dah salah, maka jalannya pun salah.

Ilmu Blog Ilmu Dunia Untuk Akhirat

Ilmu Blog Ilmu Dunia Untuk Akhirat
Kredit Foto: Ilmu Sunnah
Alhamdulillah. Dalam gelap-gelap, saya terjumpa lampu suluh. Saya cuba suluh jalan yang gelap, untuk cari penghujung dan tempat yang terang. Kerana apa? Kerana lampu suluh pakai bateri, sampai masa ...bateri akan habis juga.

Faham tak?

Ilmu Blog Ilmu Dunia Untuk Tujuan Akhirat

Kita berada di dalam dunia blog, kelebihan kita yang ada ilmu blog ini ialah kita dapat menyampaikan sesuatu dengan betul. Ilmu blog penting supaya kita boleh menjadi penyumbang kepada sesuatu yang baik, bukan hanya untuk masyarakat tetapi untuk diri kita sendiri.

Salah guna ilmu blog. Itu memang diakui berlaku. Tapi itulah, saya sebutkan sekali lagi. Niat. Apa niat nak buat blog ni?

Dulu, saya dah silap niat. Sekarang, saya cuba beritahu kepada anda, jangan silap berniat, kerana ia akan merugikan diri, masa dan keringat. Dan lagi .. akan sia-sia anda dok bayar bil internet semata nak menulis sesuatu yang hanya beri manfaat singkat di dunia.

Ilmu blog adalah ilmu dunia, tetapi jika kita seorang bertanggungjawab, kita boleh sebarkan kebaikan dan menjadikan penulisan kita satu bermanfaat untuk semua. In Sha Allah, akan ada saham kebaikan untuk bekalan akhirat.

Saya, anda ... bukan ada ilmu tinggi mana pun. Apa yang saya ada, semua ini adalah pinjaman Allah S.W.T. Tak perlu nak dabik dada sangat. Esok lusa mati .. seminggu dua orang ingat ... dua tiga bulan .. hmmm ... dua tiga tahun... agaknya ada yang ingat?

Ilmu walaupun hadirnya dari seorang tanpa nama, tapi in Sha Allah .... ada catatan yang tidak kita nampak yang telah menulis apa yang telah kita tulis.

Jadilah manusia yang boleh berikan kebaikan buat manusia lain, walaupun ia hanyalah satu perkataan ....


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement