Malu nak promosi blog sendiri? Habis tu, nak siapa tolong promosikan? Elakkan sifat malu untuk mempromosikan blog sendiri, hatta kepada mak ayah, isteri, suami, rakan-rakan, jiran tetangga. Jika bukan diri anda yang mempromosikan blog sendiri, siapa lagi yang anda mahu harapkan?

Malulah Nak Promosi Blog Sendiri

Setengah dari kita, blogger Malaysia segan dan malu untuk promosikan blog sendiri. Kata mereka, "blog aku tak ada apa-apa pun, biasa je ..." ... ok. Habis tu, kenapa anda buat blog? Tak malu ke buat blog tayang dan cerita macam-macam benda kat dunia? Siap ada gambar berbaring atas katil, gambar kepit-kepit dengan pakwelah, dengan makwelah ... yang tu tak tahu malu la pulak eh. Tapi bila bab promosi bagi membolehkan blog dapat trafik, jana income, dapat ramai follower, segan silu pulak...
Teknik promosi blog sendiri

Ini kesilapan saya dulu. Malu segan. Segan nak bagitahu mak, segan nak bagitahu kawan-kawan, segan nak beritahu jiran. Segan nak singgah blog orang lain join aktiviti, segmen dan promosi percuma. Jadinya, blog dok tang tu jugak. Usah jadi macam saya dedulu .. rugi ooo ...

Jeles Pula Kejayaan Blogger dan Blog Lain

Bila blogger lain dok tunjuk kejayaan blog, kita dok garu kepala, pastu tertanya-tanya bagaimana mereka boleh buat. Ada tu, siap tinggalkan komen sinis lagi ... "Ala blog kau leh la .. dah popular ... banyak la dapat itu ini .." Tapi ... mereka yang ada sifat-sifat dengki dan jeles ni tak pula nak ikut nasihat blogger lain untuk promosi blog. Dan lagi, alasan sama diberikan ... "Ala .. blog aku bukan ada apa-apa pun, blog kau lain la .. dah popular..."

Dey tambi ... ingat blog jadi popular tu macam magik ke? Kena usahalah sikit untuk promosi blog. Jika anda tak yakin dengan blog sendiri, bagaimana nak maju dan jadi terbaik? Setiap apa yang kita buat, kena ada keyakinan, barulah ada kejayaan. Kata nak tiru dan contoh, tapi tak ikut pun apa nasihat blogger yang dah berjaya buat dan buktikan. Asyik dok tongkat dagu .... haishhh ...mana jadi apa dik oi.

Saya tak suka berleter, konon macam blogger baguslah sangat, tapi hakikatnya ada blogger yang dok tanya saya .. bagaimana nak berjaya ... jadi kali ini saya bagitahu dengan jelas lagi terang. Promosi.
Teknik promosi blog sendiri

Kenapa Perlu Promosi Blog Sendiri?

Kenapa nak promosi? Supaya orang tahu blog anda wujud. Supaya orang baca blog anda. Supaya ada yang ikuti blog anda. Supaya blog dapat trafik. Supaya blog boleh jual barang dan servis. Supaya blog boleh bantu anda untuk jana income sampingan.

Malu nak promosi blog, takkan bawa apa-apa faedah jangka pendek mahupun jangka panjang.

Ada dua cara anda boleh promosi blog anda - satu secara percuma ... dan kedua cara berbayar. Ikutlah kemampuan dan kebijaksanaan anda.

Blur? Baca blog saya ... dan follow di Facebook, in Sha Allah, ada teknik, petua, nasihat, rahsia blog yang dikongsikan untuk jadikan blog anda lebih berjaya daripada blog orang lain, terutama menjadi lebih baik daripada blog-blog saya ...

In Sha Allah.


33 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pon malu nak perkenal blog kat kengkawan n famili.. Buat senyap2 je.. Tapi beranikan diri share entry kat fb.. Alhamdulillah feedback dari kengkawan memberangsangkan.. Jadi Lebih bersemangat .. Skrg tak segan2 dah nak share entry blog kat fb..

    ReplyDelete
  2. Sama dengan mama mursyid...pada awalnya memang malu dan segan...tapi satu hari bila terdetik sampai bila nak macamni je...jadi mulakan dengan langkah berani share di FB...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... bro HH,

    bagus2 tips nie... mselim3 pun kena promote blog jangan malu2 yer tak?.. blog mselim3 nie pun ramai yang tak tahu..lagi, kena promote lebih nie.. Insaallah boleh mencuba tips2 nie..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Promote kena ikut target, tak leh nak promote sebarangan sebenarnya MSelim..:)

      Delete
  4. saya segan nak promote kat kawan2 ngn family sebab tu saya byk fokus kat SEO...hehhe jadi yg masuk blog saya tu bukn dari kalangan kawan2 ngn family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendekatan kena dan mesti seiring dengan cara kita nak promote ...

      Delete
  5. Dulu buat blog untuk rujukan kawan2 dan client jer.. sekarang pun sama juga.. Tak fokus lagi nak buat personal blog

    ReplyDelete
  6. Yup...dulu memang saya malu sangat nak promosi blog saya....dan masa tue sya tak tau ...dgn blog kita boleh buat duit ....

    Alhamdulillah ...dgn teknik2 dr Blog En cik hasrul...blog En Titan.... segala info dan tips ...saya praktikkan.... Tima kasih banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih terima kasih ... moga moga apa yang dikongsikan oleh saya, titan akan berikan manfaat pada semua ... walaupun hakikatnya titan lebih baik daripada saya.

      Delete
  7. sy mmg segan nk promosi blog kt personal fb..certain kwn je sy gtaw sy ad blog..family x thu lgsung..bkn apa, blog sy blog personal..so kdg ad pkra yg dorg kdg suka ptikaikan pe sy tulis/luah di blog sy..kdg rsanya smpai blh bt gaduh..walaupn sy x specific kan pd spe2 entri tersebut..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teknik promosi tak sama dengan jenis atau niche blog kita, in Sha Allah, nanti saya kongsikan sedikit sebanyak bab ni.

      Delete
  8. memula dulu malu nak bagitau kat mak saya ada blog. Tapi, sekarang mak saya plak suka saya ada blog hehe. Ipar duai, sahabat handai dan opismate pun dah tahu. Takkan boleh malu selamanya, kena up sikit keberanian tu, lagipun bukan saya cerita benda lucah ye dak? :)

    ReplyDelete
  9. Buat masa ni family yg tau sy ada blog, adik bongsu saya je. Sbb sy ada pernah suruh dia menulis dalam blog sy tentang pape je dan nak menggalakkan dia menulis.

    Kawan² pula semua dah tau. Tp masa mula diorang tahu tu segan gak la.

    ReplyDelete
  10. Buat masa ni saya masih rasa malu lagi untuk promosi blog. Tunggu dah betul-betul mantap baru ada bran nak promote kat family member & kengkawan dekat.

    ReplyDelete
  11. cara penulisan kita tak cantik sbb tu malu nak rekemen kat kawan2.. :(

    ReplyDelete
  12. Memang kena kat saya ni.. jadi lepas ni saya bertekad akan mempromosikan blog saya sehabis mungkin...

    ReplyDelete
  13. saya pun dulu malu juga..tapi terpaksa juga mempromosi, kalau tidak siapa nak tahu

    ReplyDelete
  14. Dulu memang ada perasaan malu tp bila pikir balik sampai bila nk jd pemalu...rugi kalau malu2 ni kan HH

    ReplyDelete
  15. PROMOSI!!! SAYA TAK SEGAN UNTUK BUAT PROMOSI BLOG SAYA SENDIRI :-)
    TQ SO MUCH EN.HASRUL UNTUK SEMANGAT INI :-)

    ReplyDelete
  16. hahaha..macam kena kat batang hidung husna je taw..>_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errkkk batang idung saya pun kena gak ni Husna .. hahahaha... :P

      Delete
  17. Promosi mmg sgt2 pentg,mk try gak la buat car sticker tu

    huhu

    ReplyDelete
  18. haha..yang saya ni pula malu/segan nak share link entri2 terbaru kat group2 FB blogger yang ada..takut semakkan news feed orang lain.

    lepas ni nak kena buang perasaan tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Syuhada kena buat cara dan teknik yang betul, kena elakkan tu semak semak pada wall fb orang lain, guna juga pendekatan twitter dan page sendiri.

      Delete
  19. Mmg betul tu tuan HH.. klu kita sendiri pun dah malas nak promosi blog sendiri, orang lain lagilah malas hehee.. Perkongsian yg bermanfaat.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  20. tinggalkan komen kat sini pun bole kira promote blog kan? ;)
    mohon singgah
    http://mywonderfultimezonlinestore.blogspot.com/
    menjual buku murah2..

    ReplyDelete
  21. Ada masa lawat lah my blog...

    paandelondon.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. jom singgah.... mcm2 ada

    http://rubiksprinting.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. satu kata2 yg menusuk kalbu//kena buang malu mulai sekarang...

    sekadar adanya
    www.dadiydoo.com

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum..saya pon bru lg dlm dunia blog ni..tjuan berblogging pon sbb tkot lupa moment2 dlm hidup..cumanya saya masih belum pandai dlm mengendalikan blog ni..ATU SOALAN NAK TNYA...mcm mna kita naktau ada org baca blog kita???...tlg blas...tq..:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement