Sanggupkah Tunggu Sebegini?
Mungkin ini salah satu teknik untuk membolehkan satu-satu page di Facebook mendapat like yang tinggi, tetapi seperti pendapat ramai, cara memaksa begini memang tidak digemari bagi sesetengah pengunjung.Ada pengunjung yang akan ambil jalan mudah, terus pangkah tanpa menunggu. Itu memang biasa. Rakyat Malaysia terutamanya bukan jenis yang suka menunggu seperti ini. Menunggu di kaunter selama 30 minit pun dah keluh kesah dan buat muka sememeh, apatah lagi apabila masuk ke satu blog dan terpaksa like atau tunggu pemasa like ini ke penghujungnya.
Kecewa Bila Dah Like
Jika pengisian berbaloi, tak mengapa. Tapi setelah klik like dan melihat isi, ada rasa hampa, tak pasal ada yang menyumpah di dalam hati ....Satu lagi masalah ialah pengunjung tidak tahu apa yang mereka like, entah-entah page yang bukan-bukan. Dah like, maka terpaksalah redha sahaja apabila dinding Facebook dipenuhi dengan bermacam cerita yang tak tahu mana datangnya.
Cubalah paling tidak nampakkan kepada pengunjung apa yang mereka kena like. Ye tak?
Dan pemasa tu, ishhh lama bebenor. Jika anda pemilik blog yang mengggunakan teknik ini. mohon fahami .... jika mahu sokongan ramai, cubalah telus, bertanggungjawab dan elakkan pengunjung untuk klik pangkah, jika tidak terpaksalah tengok bounce rate blog yang tinggi mencanak!
Cadangan sayalah, boleh ikut jika mahu ...
- Kurangkan masa menunggu tu, janganlah sampai ribu-ribu.
- Elakkan pengunjung perlu like sampai 3-4 benda baru leh dapat akses baca blog yang banyak manfaatnya tu.
- Sediakan satu butang pangkah pada kekotak facebook like.
- Paparkan apa yang pengunjung perlu like.
Sekadar mencadangkan, bukan untuk kebaikan pengunjung sahaja tetapi juga blog anda.
Ok, Cadangan dibuka untuk semua ... ada apa-apa nak komen?
setuju dgn pendapat En. Hasrul tu...tapi kekdg terpaksa juga like sebab tajuk dia menarik...dan kita pun rasa tertarik nak baca...
BalasPadamLike sbb terpaksa.. erti kata lain paksa orang like.. guna psychology betul..
BalasPadamsetuju...kadang2 saya walaupun tajuk menarik, nak tunggu lama untuk baca, terpaksalah tekan pangkah dan beralih ke blog lain...
BalasPadamApa yg diorang ni sibuk sangat nak like ye? adui.. sikit2 suruh like.
BalasPadammain paksa2 pula kan...tak sabar tak yah tunggu je...
BalasPadamApalah gunanya jika like banyak tapi secara paksa. Lebih baik sikit tapi berkualiti dan ikhlas...
BalasPadamsaya pernah jumpa yang tak ada timer dan pangkah... kalau nak baca content memang kena like... Oleh kerana tajuk memang mengundang curioisty, klik juga... lepas baca, content memang bagus, tapi problemnya setiap kali klik link ke entri lain akan keluar lagi...cuma dia hilang sendiri selepas beberapa saat...tiap kali klik akan keluar... teruk jugak lah... so, sekali tu jer lah saya masuk ke blog tu :D
BalasPadamTeknik paksa like ni mengarut sebenarnya. Banyak orang meluat kalau terjumpa page yang macam ni. Event kalau mampu generate beribu likers sekalipun, risiko untuk likers ini untuk unlike semula tetap ada bila entry yang dihidangkan tiada kualiti.
BalasPadamSaye memang pangkah terus kalau kene like2 nih.. Memang tak tunggu dah walau 10 saat pon.. Buang mase je..
BalasPadamSaya baru pasang tp takde tempoh tunggu.
BalasPadamdan saya hanya psang di single page.di homepage takde..hehe
thanks bro HH untuk perkongsian ini
tak pernah guna, tak minat
BalasPadammaap cakap kebanyakkanya blog berita copy & paste, tapi diorg pandai main sentimen dan daya penarik pd tajuk
BalasPadammemang tak sanggup nak tunggulah... hew hew hew...
BalasPadamAssalammualaikum..bro HH,
BalasPadammselim3 ada fanpage.. tp letak aje kat sidebar... kalu nak like lah.. kalau tak nak pun takper... kesian pengunjung kena like2 pulak...
mselim3
selalunye klo ada blog yang pakse2 like dan kena tunggu ni menguji kesabaran eyza... hehe silap hari bulan eyza terus pangkah je...
BalasPadamThank En. HH kerana kongsi info yang menarik ni...
Jgn harap nk baca kalau ada benda macam ni
BalasPadamhehe-mmg mcm terpksa- kdg2x membe suh like jer dulu, nnti unlike la semula -__-'' erk
BalasPadamsaya pernah berjumpa jugak blog mcm ni, mcm readers lain katalah, sbb terjebak nk tahu sangat apa story yg sebenar kan, terpaksa like.Tapi sy tak ulang dtg ke blog itu lagi...
BalasPadamNampak je display macam tu...Terus klik pangkah....
BalasPadamuih lamanya..tak sanggup den....
BalasPadamSis bukan jenis yg suka menunggu. Masuk tgok ada benda ni..ummm kuar balik le
BalasPadamhahaha selalunya kat fb berlambak.. kemain letak tajuk entry soseh2 artis..
BalasPadambila nak p baca, dya keluar mcm tu, tak tunggu lama, husna pangkah je terus..:p
Tajukj buat saya suspen...
BalasPadamyg pasti... blog camni mmg tak sempat fikir nak tekan pangkah dan itulah kali pertama dan terakhir nak klik kat link tu... dan satu lagi... blog berlagu riang.. mmg dgn kelajuan cahaya pangkah... huhu
BalasPadamTak sanggup tak sanggup...
BalasPadamaduh tak sangup den.... tak sanggup.....
BalasPadamPerghhhhh lama tu....
BalasPadamkalau dah sampai ribu-ribu tu, syok sendiri tu namanya
BalasPadamorang kita ni nak baca pun malas, inikan plak nak tunggu lama macam tu
inspect element dpt mengelakkan dri kena like menda2 macam ni.
BalasPadamWaisting my time...
BalasPadam1 sebab knp sy benci blogwalking blog yg mcmtu even blogger tu hebat d mata ramai... hehe
Menyirap huhu
BalasPadamkalau rasa tajuk tu best, saya guna inspect element utk lepasi LIKE ni..
BalasPadamblogger gile like & follower gini biasanya menggunakan apa juga cara nak dapatkan like...tujuannya nak bagi nampak femes dan juga bangga nak tayang kat blognya yang mempunyai banyak likes..
BalasPadamdan apa yang ada dalam fikiran mereka...ala..bukan kena bayar pun kalau klik...nampak sangat blogger tu tak fikir dari pihak pembaca...
Blog macam tu memang aku takkan masuk dah..
BalasPadampangkah terus kalau keluar camtu.. bikin menyirap je.. drpd menyumpah2 baik pangkah terus.. muahahaha..
BalasPadambtw nice tips! :)
Bunda pangkah terus jer...banyak lagi blog yang bunda nak BW....tambahan dengan internet yang lembab lagi...buang masa jer nak menunggu....
BalasPadammemang menyusahkan.........pnah gak like masuk blog2 gini......tp at last apa yang dipaparkan sangat annoying
BalasPadamTidak sanggup tunggu terus klik tutup. :-)
BalasPadamsalam jumaat..jika saya memng terus tinggl ja blog mcmni kecuali jika ada button pangkah
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.