Tips ini bukan untuk anda baca sahaja, tetapi perlu diamalkan dengan istiqamah. Ramai blogger yang dah berjaya jana income menerusi blog kerana istiqamah mereka di dalam dunia blog Malaysia. Malah, saya boleh berikan bukti ada blogger yang dah berjaya jana income sehingga RM100,000 hanya menerusi blog! In Sha Allah, lain masa saya akan cerita tentang perkara ini, dan cuba mencedok rahsia blogger hebat ini untuk tatapan dan bacaan anda semua.
Tips Dapat Rezeki Banyak Lagi Diberkati
Niat Kerana Allah
Sebagai seorang Muslim, dalam apa jua kita lakukan, mestilah dahulukan dengan niat yang baik berserta menyebut nama Allah. Niat perlu supaya apa yang kita lakukan itu menjurus ke arah kebaikan, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain. Dengan niat yang betul, kita boleh bina benteng dari melakukan perkara-perkara yang dilarang.Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain
Ramai yang merasakan mereka cukup hebat dalam sesuatu, tetapi sebenarnya ada yang lebih hebat. Ada merasakan diri dah cukup power dah, tak perlu nak rujuk orang lain atau mencari ilmu yang berkaitan, hanya kerana sudah memiliki kejayaan. Tetapi sebenarnya, sebagai manusia, kita sentiasa perlu memperbaiki diri kita, dan dengan itu kita punyai kelebihan untuk membantu orang lain.Insaf dan Syukur
Sentiasa ishtifar dan ucap rasa syukur atas pemberian dan rezeki yang kita dapat, tak kira sebesar atau sekecil mana. Jika musibah menimpa, atau ada kegagalan, banyakkan ishtifar dan lihat mana kekurangan. Syukur dan elakkan dari diri menjadi kufur pada nikmat diberikan.Cipta Peluang dan Berikan Peluang
Jangan tunggu peluang untuk mudah tiba pada kita, tetapi ciptalah peluang untuk diri dan orang lain. Anda mahu berniaga, maka ciptalah sesuatu untuk diniagakan, dan beri peluang orang lain untuk meniagakan. Anda mahu dapat duit menerusi blog, wujudkan peluang itu di dalam blog anda, dan berikan peluang itu untuk orang lain. Untuk lebih berjaya mendapat rezeki yang banyak, wujudkan lebih peluang, dan minimakan diri mencari peluang.Rajin Usaha dan Istiqamah
Usaha perlu berterusan, bukan setakat sehingga berjaya tetapi lebih daripada itu. Anda perlu istiqamah agar peluang rezeki yang telah anda wujudkan membuka peluang untuk orang lain. Apabila tiba ketika ini, anda sebenarnya telahpun bantu diri untuk membantu orang lain. Istiqamah dengan niat, sentiasa insaf dan syukur atas segala peluang serta rezeki yang hadir.Amalkan Sholat Sunat Dhuha
Bagi umat Islam, digalakan untuk amalkan sholat sunat ini. Sholat sunat ini didirikan setelah terbit matahari sampai menjelang masuk waktu zohor. Afdhalnya dilakukan pada pagi hari di saat matahari sedang naik; kalau kiraan kita yang biasa .. dalam pukul 9:00 pagi. Sholat sunat ini lebih dikenali sebagai sholat yang merupakan sunnah Nabi S.A.W untuk memohon rezeki dari Allah. Untuk ketahuan melakukan cara Sholat Sunat Dhuha, rujuk ini - Cara Lakukan Sholat Sunat DhuhaAmalkan Doa
Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya berkaitan tips dapat rezeki yang banyak lagi diredhai. Kita kena percaya, rezeki itu bukan datang bergolek di depan mata, tetapi dicari dan diberikan selayaknya kepada mereka yang rajin berusaha.
Ada ramai antara kita, termasuklah saya sendiri yang alpa akan betapa perlunya amalkan tips ini. Sering mengeluh bukan satu penyelesaian, menghadap kekecewaan juga bukan satu kebaikan. Sedarlah bahawa rezeki itu adalah limpahan anugerah dari Allah S.W.T untuk hamba-hambaNYA. Jika kita berusaha, ikhtiar, ingat, minta dan syukur pada Allah S.W.T, pasti akan dikurniakan kepada kita.
Moga blog post ini bermanfaat untuk semua. In Sha Allah. Kongsikan supaya manfaat ini dikongsikan bersama, jika kita sudah mula lokek memberikan sesuatu semudah ini, bagaimana pula nanti kita ingin mendapatkan sesuatu dari orang lain?
Bersyukur selalu...
ReplyDeleteAmalkan Bersedekah. :D
ReplyDeleteSelalu kita alpa dgn perkongsian tip ini...
ReplyDeletebersyukur dan bersabar :D
ReplyDeleteInfo yang bagus ni :)
ReplyDeleteInsyaALLAH..... sama-sama kita amalkan nescaya ada hasilnya....
ReplyDeleteSeronok baca entri sebegini....
ReplyDeleteAlhamdulillah.Syukur
ReplyDeleteselalu berniat nak buat solat dhuha,. tapi, banyak je alasan waktu nak buat tu, kerja la, busy la. macam-macam. tak cukup kuat lagi kot.
ReplyDeleteSubhanallah.. Maha suci Allah...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.