Tips dan Teknik Promosi Malu Segan Untuk Blog
Jadi, apakah teknik atau tips yang ingin saya beritahu bagi membolehkan blogger yang segan nak promosi blog kat kawan-kawan, mak ayah, keluarga, jiran dan orang sekeliling guna pakai? Harap anda baca blog post ini sehingga tamat, dan kemudian kongsi kepada rakan yang lain.Ok, andainya anda malu dan segan untuk promosikan blog anda seperti saya ceritakan di entri ini - Malulah Nak Promosi Blog, anda bolehlah guna pakai teknik SEO (Search Engine Optimization).
Hahaha... kan ... saya pun bukan jenis terbuka dan berani sangat. Al maklumlah, saya tidaklah sekacak blogger ini - http://goo.gl/IcQ9JW dan http://goo.gl/p6IsEq ... jadi memang adakala saya segan juga nak tayang blog kat orang lain.
Guna Teknik SEO untuk Blogger Segan Malu Promosi Blog
Maka, sebab itu ramai blogger yang segan malu nak promosikan blog secara direct akan cuba gunakan teknik SEO bagi membolehkan entri dalam blog dibaca untuk sesiapa yang mahukan informasi. Teknik SEO memang awal-awal nampak sukar nak digunakan, tetapi in Sha Allah, menerusi pembacaan dan rajin buat atau praktik, teknik SEO akan jadi satu kelaziman cara anda menulis dalam blog.Segan dan malu, gunakan teknik SEO.
Jika keyakinan diri dah makin mantap, promosikan secara galak ... tak perlu segan dengan apa informasi yang dikongsikan, asalkan ia milik original anda, dan bukan sumber copy-paste. Kalau dah sumber main cilok, jadi memang seganlah jadinya .. ye tak? Hehehe....
Ok. Mungkin SEO tak berapa anda nak mahir. Ada tips lain yang boleh anda gunakan untuk promosi blog anda.
Teknik Lain Selain SEO untuk Promosi Blog
Caranya ialah dengan pengiklanan.Kenapa iklan? Sebabnya ialah orang lain yang akan promosikan blog anda. Bagaimana nak mengiklan cara terbaik? Saya sarankan anda gunakan FB Ads, bukan setakat anda promosikan blog, malah boleh lebih daripada itu.
Jika modal yang anda fikirkan untuk pengiklanan, belajar cara untuk mengiklan di FB Ads dengan teknik yang betul supaya pelaburan anda itu berbaloi.
Denaihati.com telah berjaya dengan teknik pengiklanan di Facebook ... menjana trafik puluhan ribu malah ratus ribu ... blog anda juga boleh...asalkan anda tak ada masalah dengan bermodal wang ringgit!
Selamat mencuba.
Wah tips terbaik :D
ReplyDeleteoleh kerana blog saya blog jual barang jadi sangat perlu menguasai teknik SEO.. hehe.. kalau malu juga boleh lah hubungi HH untuk iklan kan banner...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMenarik.
ReplyDeletetips yg sangat berguna. terima kasih.
ReplyDeletesetuju sangat dgn tips kat atas..
ReplyDeletenampaknya kena belajar banyak lagi ni...
tq sharing sifu!
kena banyak belajar lagi teknik seo nih..
ReplyDeleteByk sgt yg CN kena blajar ttg seo ni ..
ReplyDeletemasih byk yang perlu dipelajari..insyaAllah..akan dipratikkan..
ReplyDeleteTerima kasih atas peekongsian ini... sy akan lebih praktikkannya
ReplyDeleteAbam HH ajarlah kawan teknik seo tak terkalah juga , kawan pun nak ikut stail promote malu - malu kucing nih hehehe
ReplyDeletesaya pun pemalu jugak nak promote blog, jadi saya promot dengan cara seo dulu
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsiannya, abang HH! :)
ReplyDeletetq untuk perkongsian ini. Setuju dengan point SEO tu..
ReplyDeletemalu tapi mahu... tapi segan pun ada juga maklumlah blog picisan... :P
ReplyDeletesaya pun pemalu gak ..hehe. :)
ReplyDeletesegan jugak nak promote blog sendiri. kene slow-slow belajar seo ni.
ReplyDeleteakan dicuba
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.