Tips promosi blog cara segan dan malu-malu - Ini merupakan satu tips dan panduan untuk blogger yang segan nak promosikan blog secara terang-terangan atau secara direct. Sebenarnya, ada cara untuk mempromosikan blog tanpa nak jaja blog ke sana sini. Teknik ini kena guna ilmu sedikit, sebab tanpa ilmu, teknik promosi malu segan untuk blog tak akan menjadi.

Tips dan Teknik Promosi Malu Segan Untuk Blog

Jadi, apakah teknik atau tips yang ingin saya beritahu bagi membolehkan blogger yang segan nak promosi blog kat kawan-kawan, mak ayah, keluarga, jiran dan orang sekeliling guna pakai? Harap anda baca blog post ini sehingga tamat, dan kemudian kongsi kepada rakan yang lain.

Ok, andainya anda malu dan segan untuk promosikan blog anda seperti saya ceritakan di entri ini - Malulah Nak Promosi Blog, anda bolehlah guna pakai teknik SEO (Search Engine Optimization).
Tips Promosi Malu Segan Untuk Blog

Hahaha... kan ... saya pun bukan jenis terbuka dan berani sangat. Al maklumlah, saya tidaklah sekacak blogger ini -  http://goo.gl/IcQ9JW dan http://goo.gl/p6IsEq ... jadi memang adakala saya segan juga nak tayang blog kat orang lain.

Guna Teknik SEO untuk Blogger Segan Malu Promosi Blog

Maka, sebab itu ramai blogger yang segan malu nak promosikan blog secara direct akan cuba gunakan teknik SEO bagi membolehkan entri dalam blog dibaca untuk sesiapa yang mahukan informasi. Teknik SEO memang awal-awal nampak sukar nak digunakan, tetapi in Sha Allah, menerusi pembacaan dan rajin buat atau praktik, teknik SEO akan jadi satu kelaziman cara anda menulis dalam blog.

Segan dan malu, gunakan teknik SEO.

Jika keyakinan diri dah makin mantap, promosikan secara galak ... tak perlu segan dengan apa informasi yang dikongsikan, asalkan ia milik original anda, dan bukan sumber copy-paste. Kalau dah sumber main cilok, jadi memang seganlah jadinya .. ye tak? Hehehe....

Ok. Mungkin SEO tak berapa anda nak mahir. Ada tips lain yang boleh anda gunakan untuk promosi blog anda.

Teknik Lain Selain SEO untuk Promosi Blog

Caranya ialah dengan pengiklanan.

Kenapa iklan? Sebabnya ialah orang lain yang akan promosikan blog anda. Bagaimana nak mengiklan cara terbaik? Saya sarankan anda gunakan FB Ads, bukan setakat anda promosikan blog, malah boleh lebih daripada itu.

Jika modal yang anda fikirkan untuk pengiklanan, belajar cara untuk mengiklan di FB Ads dengan teknik yang betul supaya pelaburan anda itu berbaloi.

Denaihati.com telah berjaya dengan teknik pengiklanan di Facebook ... menjana trafik puluhan ribu malah ratus ribu ... blog anda juga boleh...asalkan anda tak ada masalah dengan bermodal wang ringgit!


Selamat mencuba.

18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oleh kerana blog saya blog jual barang jadi sangat perlu menguasai teknik SEO.. hehe.. kalau malu juga boleh lah hubungi HH untuk iklan kan banner...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. tips yg sangat berguna. terima kasih.

    BalasPadam
  4. setuju sangat dgn tips kat atas..
    nampaknya kena belajar banyak lagi ni...
    tq sharing sifu!

    BalasPadam
  5. kena banyak belajar lagi teknik seo nih..

    BalasPadam
  6. Byk sgt yg CN kena blajar ttg seo ni ..

    BalasPadam
  7. masih byk yang perlu dipelajari..insyaAllah..akan dipratikkan..

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas peekongsian ini... sy akan lebih praktikkannya

    BalasPadam
  9. Abam HH ajarlah kawan teknik seo tak terkalah juga , kawan pun nak ikut stail promote malu - malu kucing nih hehehe

    BalasPadam
  10. saya pun pemalu jugak nak promote blog, jadi saya promot dengan cara seo dulu

    BalasPadam
  11. Terima kasih untuk perkongsiannya, abang HH! :)

    BalasPadam
  12. tq untuk perkongsian ini. Setuju dengan point SEO tu..

    BalasPadam
  13. malu tapi mahu... tapi segan pun ada juga maklumlah blog picisan... :P

    BalasPadam
  14. saya pun pemalu gak ..hehe. :)

    BalasPadam
  15. segan jugak nak promote blog sendiri. kene slow-slow belajar seo ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement