Agak terkilan sebenarnya. Mulanya saya berasakan tahun ini mungkin satu tahun yang berlainan dengan tahun sebelumnya, apabila format baru diperkenalkan. Tapi nampaknya, hasil sama sahaja seperti mana penganjuran yang sebelum ini. Sangat mendukacitakan.

Anugerah menipu blogger Malaysia! Ramai blogger Malaysia yang telah menyertai dan menjadi calon peserta dalam anugerah yang pada tahun ini menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Namun, pada tahun ini, seperti ramai blogger lain yang telah awal boikot penganjuran anugerah yang kononnya untuk hargai penggiat laman sosial dan blog Malaysia, ia masih lagi sama seperti sebelumnya.

Wow. Anugerah Menipu Blogger Malaysia

Anugerah Menipu Blogger Malaysia

Blog yang dipercayai dapat voting tinggi, tidak tersenarai dalam pilihan. Saya pernah paparkan senarai 10 blog yang terpilih dalam pusingan akhir anugerah ini. Anda boleh baca di sini - Top 10 DiGi WWWOW Awards 2014

Dek kerana ini, saya pasti akan lebih ramai blogger Malaysia dan penggiat media sosial akan boikot penganjuran anugerah ini pada tahun hadapan dan seterusnya. Lebih-lebih lagi jika pihak penganjur tidak memperbetulkan keadaan yang telah pun mencemar nama baik mereka.

Anda boleh baca ulasan dan pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog di sini - KLIK - berkaitan dakwaan penipuan anugerah 2014 ini terhadap blogger Malaysia dan penggiat laman sosial.

Saya pernah menyuarakan pendapat dalam entri saya pada tahun 2012 mengenai penganjuran, dan keputusan anugerah ini. Anda boleh baca sendiri di sini - Blogger Malaysia Akan Boikot ...

Buat pihak terbabit, saya harap sila ambil perhatian apa yang disuarakan ramai, terutama blogger Malaysia yang nyata kecewa dengan cara pengendalian, pemilihan pemenang anugerah ini. Agak tidak logik bilamana sebuah blog yang tidak dikenali diangkat menjadi antara 10 pilihan. Adakah benar mereka terpilih kerana mendapat undian tertinggi dan terbanyak sepertimana yang terkandung dalam terma syarat pertandingan ini?

Agak tidak telus. Agak meragukan.


Walaubagaimanapun, pemenang telahpun dipilih dan diumumkan. Saya ucapkan syabas kepada mereka yang telah berjaya. Mungkin tahun depan boleh menang lagi .... :)


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu sy pun join jugak.. BLOG TAOTAUAJER masuk top 10 tapi tiba2 result lain pulak.. dah la berhempas pulas mintak peminat pembaca blog suruh vote tiap -tiap hari pulak tu... tp result dye memeang hampeh last sekali lain jadinya

    ReplyDelete
  2. Proses MERAYU UNDI - untuk dapat vote tinggi hanyalah salah satu proses / mekanisme penilaian - diorang " ada cara sendiri " untuk tentukan finalis ....

    ReplyDelete
  3. Ida gigih undi untuk kawan, ada pulak macam tu. paling takler terima bila digi management cakap yang tab "Most Voted" tu just display random list. teruk betul.

    ReplyDelete
  4. patut ler blog yang semacam tu jer boleh menang....erm....

    ReplyDelete
  5. Kalau rasa menipu x payah masuk senang citer..tapi ramai gak akn join sbb mau publisiti..yg dah femes tentulah x kisah join atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kadangkala kalau ada setgh akan turut serta untuk publisiti .. :) dan bina network .. walau apa hasil mereka tak kesah.

      Delete
  6. tak sangka nya jadi cenggini. seolah-olah merendahkan ja martabat blogger ni :(

    ReplyDelete
  7. Xpatut la pihak berkenaan buat gitu. Baik xpyh jd finalist 10 terbaik..

    ReplyDelete
  8. Rasa semua blogger Patut boikot DIGI

    ReplyDelete
  9. Baik tayah buat kalau x telus..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan benda baru .. dah lama pun berlaku .. :)

      Delete
  10. dah agak dah.. sebab tu malas nk join

    ReplyDelete
  11. baru rs nk join next year..tp mcm ni pulak kesahnye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement