Zaman kanak-kanak remaja senang saya nak makan daging Ayam Kampung. Ini sebab arwah ayah saya ada ternak ayam kampung. Ayam Kampung mudah nak dibela, anda tidak perlu kurung, ia diternak lepas bebas mencari makan sendiri. Ayam Kampung tak cerewet bab makan, apa sahaja yang boleh dimakan ... ayam kampung akan makan.
Ayam Kampung Malaysia
Ada banyak jenis ayam kampung. Seingat sayalah, ada Ayam Kampung Denak, Ayam Kampung Bulu Terbalik, Ayam Kampung Botak, Ayam Kampung Jalak, Ayam Kampung Kacuk Hutan, Ayam Kampung Rintik, Ayam Kampung Jawa .. dan macam-macam lagilah. Ini semua adalah panggilan tempatan untuk jenis ayam-ayam kampung.Namun bagi kebanyakan daripada kita semuanya ialah ayam kampung yang secara mudahnya baka ayam tempatan berwarna perang balung merah, badan tegap dan dibiar berkeliaran atau lepas bebas.
Daging Ayam Kampung Sedap Lazat Berkhasiat
Daging Ayam Kampung selalunya kurang berlemak. Ia lebih sedap dan lebih kenyal. Dan paling penting, bebas daripada bahan kimia yang selalunya digunakan untuk ayam proses bagi tujuan pembesaran. Kandungan gizi dalam daging ayam kampung juga lebih tinggi memandangkan ayam ini makan benda-benda yang bersifat organik dan semulajadi seperti rumput, rampai, ulat, nasi, biji gandum, biji jagung, beras, cacing tanah, belalang, cengkerik dan lain-lain.Ayam Kampung memang tahan lasak, dan ada daya tahan tinggi melawan penyakit jika nak dibandingkan dengan ayam yang diternak secara komersil. Sistem imun ayam kampung bersifat semulajadi, dan bukan menggunakan suntikan antibiotik atau hormon yang banyak digunakan dalam ayam daging ternak komersil.
Perkara Tak Seronok Bela Ayam Kampung
Ada satu benda je yang tak berapa syok bila bela ayam kampung. Biasa dengar taik ayam candu? Haaa .. benda inilah yang paling tak best sekali. Jika bela ayam kampung, kena redha dengan taik ayam candu yang akan terjumpa merata-rata. Jadi sebagai langkah untuk elak dari adanya taik ayam candu merata-rata sepah ini, kena ada reban yang cukup luas atau halaman yang lapang bagi membela dan ternak ayam kampung.Ok, siapa ada bela ayam kampung, mungkin boleh komen sikit kot ... harga ayam kampung pun boleh tahan ..
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah. Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."