Ada rakan blogger yang bertanya, "Macam mana kalau blog personal pulak? tak ada main target pembaca golongan mana, boleh berjaya ke?" yang ditinggalkan menerusi entri ini - Semua Orang Boleh Menulis Tetapi .... Jadi entri kali ini saya nak berikan atau kongsikan sedikit panduan buat blogger blogspot yang menulis blog kategori personal, terutama berkaitan dengan siapakah pembaca atau sasaran golongan pembaca blog.

Kelebihan Buat Blog Personal

Sebenarnya untung mereka yang tulis blog personal ni. Bukan apa, anda boleh tulis apa-apa sahaja di dalam blog yang anda miliki. Malah, andai diikutkan anda boleh tulis dan terbitkan lebih daripada 5 entri setiap hari jika anda menulis sebuah blog peribadi.

Bila boleh terbitkan entri berbentuk personal lebih banyak dari blog-blog lain, maka kemungkinan besar anda boleh dapat golongan pembaca yang pelbagai. Jadi, trafik ke blog pun boleh senang-senang dapat jika nak dibandingkan dengan blog seperti blog teknologi, blog ilmiah yang selalunya lebih susah nak dapatkan sumber olahan baik bagi dikongsikan menerusi blog.

Blog Personal - Siapakah Pembacanya?

Dan sasaran pembaca lebih meluas. Tak macam blog niche tertentu yang perlu merebut pembaca dari rangkaian blog-blog teknologi yang lain.
Gambar Fatin Liyana Blogger Personal Malaysia
Fatin Liyan - Blog Peribadinya Disukai Ramai
Sasaran pembaca blog personal boleh libatkan surirumah, pelajar, pekerja, pakar sesuatu, peniaga, guru, polis, kakitangan awam, pekerja swasta, seorang ibu, seorang bapa ... tua muda, remaja belia mahupun yang sudah pencen sekian lama.

Cuma, yang jadi susahnya ialah untuk memikat mereka membaca blog anda dengan tajuk-tajuk entri personal anda. Bukan semua orang mahu tahu apa yang anda buat di dapur hari ini. Bukan semua orang mahu baca kisah anda tanam pokok jagung, bukan semua orang mahu tahu kisah percintaan anda dengan si dia.

Seperti sebelum ini saya pernah berikan tips terbaik bagaimana nak hasilkan sebuah blog personal yang menarik, apa yang perlu anda fikirkan ialah bagaimana anda nak tulis cerita anda supaya menarik. Cerita mungkin sama di blog-blog lain, tetapi mungkin anda boleh masukkan kelebihan anda dari sudut penceritaan atau perkongsian maklumat.

Saya pernah beritahu, blog personal tak perlu sangat nak fikirkan soal SEO, tetapi jika mahu double trafik dari satu entri, buatlah entri yang ada ciri SEO dalam blog personal anda. Untung anda, kerana boleh kaut trafik dari banyak sumber, dari banyak golongan pembaca.

Blog personal yang menarik selalunya dalam bentuk penceritaan. Dan blog personal yang sering dapat trafik tinggi adalah blog personal yang ada isi dan info yang boleh dimanfaatkan. Tak percaya? Lihat sahaja blog-blog personal hebat seperti Kujie2.com, Denaihati.com, Honeykoyuki.blogspot.com, IniBelogSaya.blogspot.com.... dan banyak lagi ....



30 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Normi, sama-sama ...semoga boleh ceduk sikit sebanyak info yang saya berikan ini. In Sha Allah.

      Padam
  2. Huhu... TQ Bro Hasrul untuk tip yang berguna ini.. ;D

    BalasPadam
  3. Terima Kasih Bro HH untuk perkongsian yang baik ini ...

    BalasPadam
  4. Boleh tak jadi duo blog ? Personal campur travel kah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Jadikan blog personal dengan niche tertentu, boleh je. Personal dari sudut penulisan pengalaman.

      Padam
  5. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih atas perkongsian nie.. blog personal ada kelebihan tertentu.

    mselim3

    BalasPadam
  6. blog personal memang tak susah untuk menulis, fikir pasal seo dan sebagainya..... cuma nak mencari identiti dan pikat pembaca... rasanya itu yg susah sikit kot kan... hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Search Engine Optimization - cara-cara dan teknik membuat dan menulis blog supaya berada di dalam enjin carian seperti Google.

      Padam
  7. timm mmg suka bca blog personal..tmbh2 mak2 yg duk cerita bz jga anak ke, uruskn umah tngga ke..best selami cerita diorg..hehe..

    BalasPadam
  8. saya pun antara blogger yang suka baca blog personal, sampai kita boleh tahu dia br dpt keje baru ke, tgh dlm berpntng ke atau tengah duka nestapa..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) saya pun suka baca, in Sha Allah .. blog ini juga akan lebih terarah kepada blog personal

      Padam
  9. teria kasih sebab menjawab soalan saya dalam entry. insyaAllah saya akan praktik kan. thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Dan terima kasih kerana ajukan persoalan kepada saya. Moga apa yang saya tulis ini akan bantu untuk dapatkan trafik ke blog, dan berikan yang terbaik buat pengunjung dan pembaca blog. In Sha Allah.

      Padam
  10. Ena pun buat blog personal. Terima kasih bagi tunjuk ajar. Nak buat blog info info ni tak berapa banyak sangat ilmu yang ada. Nanti share benda yang tak betul pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala...info yang mudah2 je .. tak perlu yang pening2 kepala.

      Padam
  11. Saya punya blog tu Kira personal la kot asyik campur2 tema je. Main sesedap rasa je nk tulis apa. Mungkin itu faktor blog sy kekurangan trafik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga, tapi ada je blog personal yang main tulis sesedap rasa tapi banyak trafik .. heeee... :)

      Padam
  12. akhamdulillah .. mekasih yaa HH share kan pencerahan ne.. hehe ~ blog leen pn blog personal .. ~ ^^ kekadang jer kalo ada info menarik kongsikan bersama pngunjung blog :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya rasa berbesar hati ada yang dapat cedok ilmu yang saya berikan ini.

      Padam
  13. blog personal amat mudah dikenalikan..

    BalasPadam
  14. kelebihan yg bt blog personal..tapi mm tu la..nak bagi org suka baca memerlukan pnulisan yg baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap .. benar tu Jie ... penulisan perlulah diperbaiki dan hasilkan yang terbaik .. jika tidak sukar nak lekatkan pengunjung jadi pembaca setia ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement