Ciri-ciri Sebuah Blog Berpengaruh - Apakah yang membolehkan sebuah blog itu dianggap sebagai sebuah blog berpengaruh? Ramai yang tertanya-tanya bagaiman kita boleh mengandaikan sebuah blog itu punyai pengaruh atau tidak? Saya sukacita nak kongsikan sedikit pengetahuan dan pengalaman saya berkaitan topik ini kepada semua. Saya pasti ramai yang mahu tahu apakah ciri-ciri penting yang boleh dijadikan ukuran untuk menobatkan sebuah blog itu ada pengaruh tertentu.

Sebuah blog yang berpengaruh sangat penting terutama buat pengiklan yang mahu mempromosikan bisnes atau jenama tertentu. Jika sebuah blog itu kuat pengaruhnya terutama untuk pembaca-pembaca dan pengunjung blog, ada kemungkinan besar boleh menaikkan jenama dan perkenalkan produk dengan lebih berkesan.
Ciri-ciri blog berpengaruh

Ciri-Ciri Sebuah Blog Berpengaruh

Blog Post atau Entri Penyelesai Masalah

Sebuah blog yang berpengaruh selalunya memberikan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Blog sebegini selalunya memaparkan isi kandungan yang berilmu dan berpengetahuan samada khusus mahupun am. Banyak entri atau blog post yang memberikan penyelesaian masalah dalam bentuk informasi.

Contohnya, sebuah entri berkaitan percutian keluarga ke Langkawi. Dalam blog post tersebut, ada topik-topik kecik yang paparkan peta lokasi tempat menarik, kadar tambang atau kadar caj tertentu, ada gambar-gambar berkaitan percutian dan sebagainya. Malah, komen-komen yang ditinggalkan dijawab dengan baik oleh penulis blog sebagai salah satu cara penyelesai masalah.

Blog Post Sentiasa Segar dan Terkini

Sebuah blog yang berpengaruh sentiasa akan ada update baru dan terkini; bukan kisah pengulangan atau cerita lama yang sebelum ini telah ditulis oleh blogger lain. Ini adalah kerana blog yang sentiasa ada cerita segar dan terkini menunjukkan bahawa penulis blog ini peka dan sedar akan keperluan semasa.

Pengunjung dan pembaca tentu mahu tahu perkembangan terkini mengenai sesuatu. Jika penulis blog bijak mencari maklumat, dan menukarkannya dalam satu bentuk entri, in Sha Allah, akan ramai membaca dan mahu tahu perkembangan terbabit.
Bagaimanan menjadikan sebuah blog ada pengaruh?
Contoh paling mudah ialah berkaitan perkembangan MH370 ataupun FIFA2014. Mana-mana blog yang sentiasa update terkini dengan cerita ini akan menarik minat golongan sasaran yang mahu tahu perkembangan terkini. Lebih banyak cerita atau update terkini dipaparkan mengenai sesuatu topik tersebut, maka akan meningkatlah pengaruh sesebuah blog itu.

Blog Mudah Akses

Blog yang berpengaruh selalunya kemas dan mudah akses. Blog sebegini lancar dan tidak tersekat-sekat. Blog yang ada pengaruh mementingkan keselesaan pengunjung dan pembacanya. Penulis blog mahu pengunjung membaca dari awal hingga habis apa yang disampaikan, dan mahu mereka faham apa yang disampaikan.

Telus dan Ikhlas Penyampaian

Blog yang berpengaruh selalunya sangat terbuka dengan komen oleh pengunjung dan pembaca-pembacanya. Cara penyampaian juga tidak berat sebelah menunjukkan akan kematangan yang ada pada pemilik blog.

Pemilik blog juga menyampaikan sesuatu dengan penuh hemah dan bukan disebabkan oleh emosi terlampau, terutama apabila mengaitkan satu-satu entri yang ada isu tertentu. Ia tidak condong kepada sebelah-sebelah pihak, tetapi menyampaikan secara berfakta dan menjadikan blog post yang diterbitkan itu satu yang untuk difikirkan.

Blog Menjadi Rujukan Khusus

Sebuah blog yang punyai pengaruh selalunya adalah dari satu niche atau tema. Ia tidak campur-aduk. Jika blog itu berkaitan kisah pelik, maka hanya kisah-kisah pelik sahaja akan ditulis. Blog yang papar informasi berkaitan dengan pelancongan, hanya kisah pelancongan dan percutian sahaja diterbitkan.
Influence in blogger
Blog-blog sebegini sentiasa akan jadi rujukan dan membuatkan ramai pengunjung bookmark atau ingati blog tersebut untuk niche berkaitan. Saya pasti ramai blogger jika mahu tahu cerita artis akan pergi ke blog cerita artis atau gossip contohnya seperti Rotikaya.com atau Beautifulnara.com. Jika mahu dapatkan tips kekeluargaan tentu akan pergi ke blog seperti Kujie2.com atau MelastikBintang.com. Jika nak tahu mengenai kisah Qhalif ... tentu akan pergi ke blog BenAshaari. Nak tahu mengenai menu dan resepi masakan, akan singgah ke blog www.tiffinbiru.com.

What You Read is What They Do

Blog yang berpengaruh tak ada main tipu-tipu. Apa yang anda baca adalah pengalaman sebenar penulis blog. Apa yang anda baca adalah sumber yang betul. Apa yang anda baca adalah ilmu pemilik blog.

Contoh, sebuah blog yang ceritakan mengenai affiliate; iaitu salah satu cara buat duit online. Anda tentu mahu rujuk kepada blog yang sememangnya buat duit online menerusi affiliate ini. Dah ada bukti, jadi tentu anda akan percaya, betul? Itu tanda blog itu ada pengaruh untuk bercerita mengenai affiliate.

Samalah juga dengan blog peribadi yang cerita pasal guna mop ajaib yang boleh hilangkan habuk dengan sekali lap. Anda sukar sikit nak percaya jika baca dan tengok iklan (macam saya) tetapi apabila ada blog yang penulis blognya cerita sendiri berkaitan produk itu dan gunakannya, maka ia sesuatu yang boleh dipercayai. Wujud pengaruh di situ.

Ciri-Ciri Lain Tentukan Blog Berpengaruh

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri sebuah blog berpengaruh, tetapi apa yang saya berikan di atas adalah subjektif di mana semua orang boleh buat dan capai. Ciri-ciri lain adalah seperti jumlah follower yang ramai, jumlah backlinks, hits (pageviews) yang tinggi, ranking blog, jumlah tweets (jika ada twitter), jumlah LIKES, jumlah pengikut Fanpage, termasuk juga jumlah komen dalam satu-satu blog post boleh dijadikan sebagai ukuran sebuah blog berpengaruh.

Untuk menjadikan blog anda punyai pengaruh tertentu, cuba ikuti panduan blogging yang telah saya tulis ini. In Sha Allah, blogger kecil pun boleh berjaya jika tetap dan istiqamah dalam penyampaian kandungan blog.

Ada blog yang tinggi trafik tetapi pengaruhnya kurang.

Tips Mudah Menjadikan Blog Berpengaruh

Untuk menjadi sebuah blog yang berpengaruh, tumpukan pada satu-satu topik dan jadilah jaguh dalam topik tersebut. Tak susah mana, hanya lihat pada kelebihan anda - samada hobi, pekerjaan anda, minat anda, atau mungkin kekurangan anda yang orang lain tak ada. Manusia itu ada keunikkannya.

Selamat mencuba untuk menjadikan blog sebuah blog berpengaruh.


29 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks atas perkongsian maklumat

    BalasPadam
  2. info yang baik.. terus terfikir adakah atau bolehkah lulu jadi diantaranya.. :)

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum...bro HH,

    Pengaruh untuk mempengaruhi pembaca dan follower...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tapi berikanlah pengaruh yang positif dan baik...

      Padam
  4. info yang sangat berpengaruh..hehe..boleh apply nih..

    BalasPadam
  5. Info yang bagus..kena fikirkan cara yang positif untuk menjadikan sesebuah blog itu berpengaruh..

    BalasPadam
  6. Contoh blog2 yang bro bagi tu memang berpengaruh di dalam niche masing2..tahniah untuk mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya banyak lagi blog yang berpengaruh ... tak dapat nak list semua, mereka blogger hebat yang menonjol dalam niche masing2 ...

      Padam
  7. jika isi blog adalah untuk manfaat pembaca in syaa allah akan jadi blog berpengaruh...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu blogger retis Melastik Bintang .. hehehehe

      Padam
  8. T.Kasih atas perkongsian, brguna bg yg baru mcm saya ni...

    BalasPadam
  9. terima kasih atas perkongsian berguna ni

    BalasPadam
  10. Jom usahakanjadi blog yang terpengaruh. terima kasih perkongsiannya bro.

    BalasPadam
  11. terbaik bro hh ! banyak info and manfaat yg syira dpt bila baca tips dr bro hh .. :)
    hehe..terima kasih ye ! ^_^
    terus sebarkan kebaikan !

    BalasPadam
  12. agak sukar untuk menjadi sebuah blog yang berpengaruh, tapi tak mustahil ! terima kasih utk tips ;)

    BalasPadam
  13. tengah usaha nak jadikan blog berpengaruh nie..

    BalasPadam
  14. tips yg sgt berguna utk para bloggers... tq bro HH...

    BalasPadam
  15. blog yg ade niche memang power la.. solid..

    BalasPadam
  16. contoh blog berpengaruh adalah blog bro hasrulhassan.. haha
    Tq2.. Tambah ilmu lagi malam ni no.. :)

    BalasPadam
  17. bukan senang rasanya untuk mencipta pengaruh ... tetapi untuk mencari pengaruh senang ker? :P

    BalasPadam
  18. wah bro hasrulhasan..
    sangat membantu saya.. article ini..:P

    BalasPadam
  19. Dan blog HH adalah yang terbaik.. tq abg HH ;)

    BalasPadam
  20. Sangat dimengerti penjelasannya, terus mencoba agar bisa menjadikan blog berpengaruh seperti halnya blog ini. makasih bro

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement