Tahniah saya nak ucapkan kepada Encik Titan dan juga blogger MK Syahir. Mereka berdua adalah dua jejak kacak yang telah pun menamatkan zaman bujang mereka dengan jayanya. Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga cita-cita murni mahu menjadi seorang lelaki sejati .. erkkk ehhh ... suami mithali.

Encik Titan dan MK Syahir Tidak Lagi Bujang

Tahniah buat Encik Titan, blogger yang terkenal dengan buat duit menerusi blog yang telah susah payah hasilkan teknik cukup hebat buat mereka yang mahu buat duit online menerusi blog. Jika anda tidak tahu, Encik Titan adalah penulis ebook buat duit paling unik menerusi Kitab SEO Merah Jambu. Ramai blogger yang dah berjaya jana income pertama, kedua, ketiga .. kelapan, kedua puloh, ke empat puloh menerusi Kitab SEO Merah Jambu hasil perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau dalam affiliate.

Encik Titan atau nama sebenar yang lebih glamor Ahmad Faizal telah selamat menjadi suami kepada Nurul Farhana gadis dari Johor (luaskan kuasamu). Majlis perkahwinan Ahmad Faizal telah diadakan pada 7 June 2014 di Banting, Selangor; yang sebelumnya telah dinikahkan pada 5 June 2014.
Ahmad Faizal dan Nurul Farhana - Kredit: AkuBiomed
Manakala MK Syahir atau Mohd Khairil Syahir adalah antara blogger hebat yang telah berjaya menaikkan Fuh.my menjadi antara blog informasi yang berjaya di Malaysia. Kalau tengok statistik blognya, hari-hari akan ada ratusan malah kadangkala ribuan pembaca online serentak yang ada kala seperti tidak masuk akal. MK Syahir ada nama tersendiri dalam dunia blog Malaysia. Blogger muda hebat yang berpotensi besar untuk berjaya.
Saya sempat hadir ke majlis perkahwinan MK Syahir di Selama, Perak pada 14 Jun 2014. Beliau bernikah dengan Habsah Abdul Hamid. Di majlis yang ada letupan bom asap warna biru tu, dapat jugalah berjumpa dengan beberapa blogger hebat lain seperti Azfar (Ujang), Nurmujahidah, Sheda ucu, Sue Izza, Qaseh Dalia, Adish Shida, Yanty Lee, Liyana Hamid .. Brado Kapak juga hadir di majlis raja sehari ini.
Dengar cerita ada kambing golek dibakar, begitu menurut blogger cantik Zyra Jusoh. Tapi tak dapat merasa, sebab saya balik awal nak hadir ke satu event di Penang.

Oh ya, rumah MK Syahir dengan rumah saya di Nibong Tebal ... boleh dikatakan dekat juga, setengah jam dah boleh tiba dengan jayanya. Kalau guna aplikasi Waze dalam telefon pintar, taip je nama saya - Hasrul Hasssan ... nanti akan jumpa (jumpalah sangat .. hehehehe).

Sekali lagi tahniah buat rakan blogger yang cukup cukup saya segani dan hormati, Encik Titan dan juga MK Shahir. Semoga kedua bakal bapa ini (in Sha Allah), akan terus cemerlang gemilang dan menjadi seorang suami yang memimpin isteri dan keluarga ke arah kehidupan lebih baik, lebih aman, lebih mulia, lebih diredhai, lebih bahagia dalam arah menuju syurga Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya... aminnn.

Kredit Foto: AkuBiomed, Qaseh Dalia


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah & selamat pengantin baru...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Encik Titan..tahniah MK Syahir..semoga kekal hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  3. Tahniah..semoga jodoh kekal berpanjangan..dan terus sukses di dunia blog..

    ReplyDelete
  4. tahniah buat kedua-dua blogger hebat ni, kebanyakan blogger hebat di malaysia adalah blogger lelaki ! mmg awesome !

    ReplyDelete
  5. tahniah buat kedua pasangan pengantin..:) terimakasih HH kongsi berita gembira mereka dalam blog,at least kami-kami yang tidak tahu jadi tahu dan turut mendoakan utk mereka..:)

    ReplyDelete
  6. tahniah buat Encik Titan dan MK Shahir, semoga terus dapat ramaikan umat Muhammad.

    ReplyDelete
  7. Tahniah titan dan syahir, moga kekal hingga akhir hayat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement