Homestay Muslimah di Dungun, Terengganu - Jika anda berhasrat ingin bercuti atau mendapatkan tempat penginapan berbentuk homestay atau inap desa, bolehlah cuba mendapatkannya menerusi Homestay Muslimah. Homestay ini terletak di Dungun dan dikendalikan oleh warga tempatan.

Homestay merupakan salah satu cara penginapan enap desa yang menyediakan kemudahan dan kelengkapan lengkap seperti tempat tinggal kita di rumah. Semua kemudahan asas sebuah rumah disediakan dalam tempat penginapan homestay ini, termasuklah dapur, pinggan mangkuk, peti ais, bilik air yang bersih, ruang tamu dan kemudahan seperti TV, sofa, meja makan dan sebagainya.

Homestay Muslimah yang terletak di Dungun ini mempunyai segala kemudahan yang baik, dan menjadi antara pilihan terbaik untuk penginapan sementara berbentuk Homestay. Homestay ini memberikan harga berpatutan untuk mereka yang berniat bercuti atau berada di Dungun, Terengganu.

Homestay Muslimah di Dungun Terengganu


Homestay Muslimah di Dungun TerengganuHomestay selesa di Dungun Terengganu
Homestay sangat sesuai untuk percutian keluarga, atau mungkin sebagai satu tempat persinggahan sementara yang selesa. Selalunya homestay dijadikan tempat penginapan pada musim perayaan, musim kenduri kendara, musim awal persekolahan, musim peperiksaan dan sebagainya.

Homestay Muslimah di Dungun Terengganu ini adalah homestay yang sangat sesuai untuk mereka yang mahu merasai suasana enap desa di Dungun, Terengganu. Lokasinya juga dekat dengan UiTM dan Politeknik Dungun. Malah, untuk kaki pancing yang mungkin mahukan singgahan sementara, boleh dapatkan penginapan Homestay Muslimah, sebelum pergi memancing sekitar perairan Dungun yang kaya dengan hasil laut.
Homestay hampir dengan UiTM dan Politeknik Dungun
UiTM Dungun - Homestay Muslimah

Homestay Muslimah - Mukmin Accomodation Enterprise

Homestay Muslimah Dungun diuruskan oleh Mukmin Accomodation Enterprise yang merupakan syarikat berdaftar. Jadi, kepuasan pelanggan dan kualiti adalah menjadi keutamaan dan sandaran.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Homestay Muslimah, anda boleh dan digalakkan untuk jenguk-jenguk sendiri blog yang disediakan oleh Mukmin Accomodation Enterprise ini - Blog Homestay Muslimah - Homestay Dungun

Lebih 7 Unit Homestay Cantik Dan Selesa

Yang menariknya, homestay ini ada sebanyak 7 unit berdekatan pantai dan terletak di Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Jadi, ada kemudahan jika mahu menginap di homestay ini dalam jumlah dan bilangan yang besar. Jika mahu buat aktiviti seperti Hari Keluarga atau Hari Pejabat pun rasanya sangat sesuai. Satu bas boleh tempah duduk dan tinggal di Homestay Muslimah ini.

Amacam? Bukan 7 unit ini sahaja, ada banyak lagi unit rumah homestay ini dalam rangkaian Homestay Muslimah. Ada banyak pilihan yang sememangnya menarik. Untuk banyak lagi gambar, lokasi dan pelbagai info lain, anda boleh jenguk blog Homestay Muslimah (klik).

Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Untuk tempahan dan info:
Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Telefon: 019 918 0401 (Encik Yusran) atau 013 902 3060 (Puan Salbiah)




11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam singgah. nasib baik kat Teganu ada adik ipar jadi dah takda nak susah2 dah :D
    semoga bermanfaat utk yg memerlukan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm saya pun ada keluarga adik ipar di Kuala Terengganu, tapi Homestay ni kat Dungun, jauh gak tu ... kalau kaki pancing macam saya, homestay ni memang terbaiklah. Selesa.

      Padam
  2. Saya pernah duduk di homestay sini tahun 2012. Abg Yus dan Kak Sal memang baik. Disebabkan saya sorang2 je pergi Dungun waktu tu sebab ada event di uitm, Abg Yus dan Kak Sal siap teman saya naik bas waktu balik ke KL. Ya Allah, terima kasih sangat pada dieorang. Semoga Allah murahkan rezeki dieorang lagi.

    BalasPadam
  3. terima kasih berkongsi...sekurangnya bila ke Dungun, ada juga pilihan lain...^_^

    BalasPadam
  4. Lokasi home stay ini dekat dengan pantai. Memang seronok dapat berlari-lari. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh nikmati angin petang ... bayu pagi yang tentu menyegarkan .. seronok buat anak2 ni.

      Padam
  5. banyak pilihan rupanya homestay kat Dungun ni. Dekat2 dengan pantai, boleh nikmati pemandangan dan panorama yang menarik

    BalasPadam
  6. As salam, ada kekosongan lagi tak untuk 24 dan 25 hb mei 2015 ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap dapat telefon nombor yang diberikan. Terima kasih.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement