Kencang. Ribut. Taufan. Itulah yang boleh saya katakan apabila ramai yang menulis isu berkaitan Imashima Lola dan juga Muhammad Firdaus Dullah. Dua nama ini begitu hangat diperkatakan, dan merupakan keyword (kata kunci untuk tujuan SEO) antara paling popular minggu ini. Ramai blogger yang telah membuat entri berkaitan Imashima Lola dan Muhammad Firdaus.

Siapa mereka?
Imashima Lola VS Muhammad Firdaus Dullah

Imashima Lola vs Muhammad Firdaus Dullah

Muhammad Firdaus Dullah adalah seorang remaja OKU (Orang Kelainan Upaya) berumur 15 tahun yang menjadi topik hangat setelah kisahnya dipaparkan dengan penuh sadis dan sedih menerusi dada akhbar tempatan. Ia berikutan satu berita yang mengisahkan remaja OKU ini dijumpai oleh pihak Imigresen dalam satu operasi.
Kisah adik Muhammad Firdaus Dullah
Imashima Lola pula adalah nama yang digunakan oleh ibu remaja OKU Muhammad Firdaus di Facebook. Ketika entri ini ditulis, facebook yang dikatakan milik ibu Firdaus sudah tidak wujud lagi. Mungkin disebabkan ia telah digodam semalam 24 June 2014 oleh pihak yang menggelarkan diri sebagai Rileks Crew.
Facebook Imashima Lola Digodam
Laporan dari Sinar Harian
Akibat dari pendedahan oleh akhbar, dan isu yang dibangkitkan oleh ramai terutama di media sosial Facebook; ia telah menjadi satu topik hangat antara Imashima Lola vs Muhammad Firdaus Dullah. Ada yang sokong ini, ada yang sokong itu. Ada kata ini, ada kata itu. Masing-masing dengan cerita dan kisah sendiri.

Ironi Isu Imashima Lola vs Muhammad Firdaus Dullah

Ironinya. Kes adik Firdaus ini bukan kes pertama melibatkan OKU. Banyak lagi kes OKU seperti ini yang tidak terdedah atau didedahkan. Ironinya juga tetiba masyarakat ambil peduli pasal OKU setelah sekian lama ini, hanya kerana sekeping (atau berkeping-keping) gambar yang menyiarkan keadaan remaja ini yang dalam keadaan yang tidak terurus, rambut kusut masai, baju mereput, keadaan bilik yang nampak kotor dan sebagainya.

Adakah boleh saya katakan; masyarakat hanya akan nampak masalah ini berlaku dan segala mak nenek sebab musabab ia berlaku setelah kisah remaja Muhammad Firdaus Dullah ini dipaparkan di media? Iaitu setelah remaja ini diperlihatkan sengsara? Sebelum ini? Tutup mata dan telingakah?

Membesarkan Anak OKU Bukan Tanggungjawab Mudah

Saya ada kawan yang membesarkan anak OKU. Saya pernah pun tulis di dalam blog ini satu ketika dulu. Dan, dari apa yang diceritakan kepada saya, membesarkan anak OKU bukan mudah. Malah ramai ibubapa yang putus asa dan sanggup menyerahkan anak ini kepada orang lain. Dan tidak mustahil, ada yang menjual kepada sindiket tertentu dan menjadikan mereka sebagai alat untuk kaut keuntungan.

Baru-baru ini, saya satu keluarga keluar ke Pasar Malam Parit Buntar. Ada seorang OKU di tengah-tengah orang ramai. Tercelepok di atas satu papar luncur kerana tubuhnya itu hanya boleh menggunakan tangan untuk bergerak. Memang kasihan melihatkannya. Seorang remaja lelaki berbangsa Cina. Saya nak ambil gambar, tapi isteri tak izinkan. Remaja ini kurus kering. Setiap kali orang ramai hulurkan sumbangan, dia akan tunduk. Dia tak bercakap sepatah pun. Dia tidak berbaju mungkin kerana menjadikan sebagai alas di papan luncurnya. Tidak tahu beribu atau berbapa, tidak tahu samada ada tempat tinggal atau sebaliknya.

Kisah OKU lain pernah saya paparkan di dalam entri ini - Budak Bakul Merah Harapkan Ehsan Satu cerita yang banyak kita nampak di sekeliling.
Nasib anak OKU
Baru-baru ini juga saya ada siarkan kisah OKU yang mengharapkan belas ehsan orang ramai hulur sumbangan dengan berbekalkan bakat menyanyi di jalanan. Apa reaksi masyarakat?

Saya nak bawa anda kepada dua fakta menarik.

Anak-anak OKU ada dua kategori.
  • Satu dipunyai oleh golongan keluarga yang memang mampu; maksud saya bekerja dengan pendapatan cukup baik. Anak OKU terjaga baik dan rapi.
  • Satu lagi adalah kategori golongan anak-anak OKU yang datang dari keluarga yang susah; malah ada yang tidak bekerja. Dan kalau bekerja, anak OKU seperti terabai kerana kelapangan yang terhad oleh ibubapa.

Bagi kita yang tidak mempunyai anak OKU; kita tak berasa tanggungjawab berat yang perlu ditanggung. Bukan mudah untuk membesarkan anak sebegini. Lebih-lebih lagi jika tiada prihatin daripada masyarakat mahupun daripada agensi-agensi yang berkaitan.

Birokrasi Penghalang Bantuan Untuk OKU

Samada anda tahu atau tidak. Untuk memohon bantuan daripada kerajaan atau badan tertentu atas sebab anak OKU bukan mudah. Banyak prosedur dan karenah birokrasi; yang pada saya sangat sangat tidak kena dengan slogan Masyarakat Penyanyang yang pernah diwar-warkan dahulu.

Imashima Lola dan Muhammad Firdaus hanya satu kisah sedih menyanyat hati dan menggemparkan masyarakat; walhal banyak lagi kisah yang kita tidak tahu mengenai kesusahan dan kepayahan yang dialami samada ibubapa yang ada anak OKU, anak OKU itu sendiri dan mereka-mereka yang memang tergolong dalam Orang Kelainan Upaya.

Kisah dan cerita dua insan ini telah banyak membuka cerita-cerita lain yang sebenarnya lebih besar daripada kisah mereka berdua.

Terbelakah Nasib Golongan OKU di Malaysia?

Selama ini saya ingat golongan OKU di negara kita terbela dengan baik; tetapi setelah melihatkan apa yang sebenar ada di sekeliling, nyata banyak lagi usaha perlu dilakukan bukan hanya dari kerajaan, badan berwajib dan NGO; tetapi juga oleh masyarakat sekeliling kita.

Kita asyik suka menyalahkan orang lain. Kita asyik suka menuding jari. Kita suka berprasangka buruk. Kita suka mengaibkan. Kita sangat suka menjatuhkan. Nyata sindrom politik Malaysia dah banyak menular dalam pemikiran kita.
"Ibu Muhammad Firdaus Dullah bersalah kerana abaikan anak OKUnya sedemikian rupa" - ini adalah antara kesimpulan ramai yang buat sehingga wujudkan page yang membenci Imashima Lola di Facebook. Banyak salahkan ibu berusia 40 tahun ini. Yang hairan, kenapa tak ada yang buat page untuk salahkan si bapa yang mengahwini ibu Muhammad Firdaus ini? Siapa ketua keluarga? Boleh kahwin dua, tapi tak boleh jaga si anak?

Tanggungjawab Terhadap Anak OKU

Buat ibubapa yang ada anak OKU, tabahlah menjaga anak istimewa ini. Saya tahu bukan mudah. Saya tahu ia berat. Saya juga tahu anda tidak dibantu dengan sepatutnya. Tapi mohon; jika tidak mampu, janganlah sampai anak itu terabai dan disisihkan.

Buat golongan OKU, saya simpati dengan anda. Apa yang boleh saya bantu, saya bantu dengan kemampuan yang ada. Saya tahu anda semua sering berada di dalam kesusahan.

Buat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mohon lihatlah situasi ini dengan mendalam. Kes Imashima Lola VS Muhammad Firdaus Dullah hanyalah salah satu cerita yang dibongkarkan tanpa sengaja, masih banyak kisah lain yag menyanyat hati.

Buat kita, anda dan saya.

Tanyalah pada diri, apa yang telah dilakukan sebagai salah satu masyarakat yang kononnya penyanyang dalam membantu OKU di Malaysia ini.

Ramadan 2014 kian hampir. Mungkin ini masanya anda lakukan sesuatu yang lebih bermakna. Tak perlu mereka (golongan OKU dan ahli keluarga mereka) datang ketuk pintu untuk mohon simpati .... tapi gerakkan hati untuk memberikan simpati itu tanpa diminta. Ehsan anda, Allah akan nilai. In sha Allah.

p.s: Maaf jika blog post ini ada yang mengguris hati dan dirasakan mungkin berat sebelah. Saya cuba sebolehnya menulis dengan pemikiran telus saya. Tegurlah dan berikan pendapat bernas anda tanpa emosi supaya kita boleh sama perbaiki kelemahan yang ada.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement