Keputusan gila juga dah ada, apabila ada pasukan pilihan telahpun sah tersingkir untuk ke pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2014! Dan ada pasukan yang nampak kecil kini sudah boleh jadi gah apabila berjaya menewaskan pasukan bolasepak yang lebih ternama dan punyai ramai pemain hebat.
Joe Flizzow #gilabola Piala Dunia FIFA 2014
Tak pernah tengok lagi video muzik Joe Flizzow #gilabola? Video muzik yang tonjolkan berapa ramai kita yang gila bola ... football mad sampai ada buat perkara-perkara yang sebelum ini tak pernah dibuat.Gila tak gila ada yang sampai sanggup beli TV skrin leper baru, ada tu beli jersey bola sampai dua tiga helai, ada yang cat mukalah, ada yang dandan rambut style pemain dan pasukan kegemaranlah. Ramai pula yang sanggup tidur lebih awal daripada biasa sebab nak bangun jam 3 pagi semata nak tengok siaran langsung kat kedai mamak atau kat rumah kawan yang ada TV besar dengan sound system terbaik. Memang gila ... gila apa? #gilabola
Video Muzik #GilaBola oleh Joe Flizzow Football Mad Territory
Jom layan kejap video pendek #gilabola oleh Joe Flizzow yang sememangnya dok menggila di Football Mad Territory.Errr tak puas? Ok, video muzik penuh dan lagu gilabola ini boleh anda tonton di sini - http://youtu.be/xCCMEUpXnac
Anda seorang peminat bolasepak yang tegar? Walau pasukan pilihan anda kalah dan dah tersingkir, anda masih lagi mahu mengila dengan pilih pasukan baru seperti Belanda yang nampak lebih peluang untuk menang Piala Dunia FIFA 2014 ini?
Video Muzik #GilaBola dengan Lirik
Haa .. jika rasa nak rasa lebih ummphhh dan serap lebih kegilaan #gilabola, jom nyanyi layan sama-sama muzik video Joe Flizzow #gilabola Piala Dunia FIFA 2014 ini di Football Mad Territory ... siap ada lirik dah ... jom layan; tengok boleh tak anda nyanyi sekali di sini - #gilabola madness Football Mad TerritoryMenarik? Anda seorang yang gila bola tak? Kongsikan kegilaan anda .... dan agak-agak pasukan mana yang akan menang Piala Dunia 2014?
salam singgah. uish nanti trending lah ni. gerenti hitz ^_^
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.