Terharu. Inilah pertama kali dalam hidup saya selama 3X tahun, dan selama 10 tahun menjadi bapa, saya menerima kad ucapan Selamat Hari Bapa. Serius. Saya tak sangka akan dapat kad ucapan tersebut daripada anak-anak dan isteri. Terima kasih kepada mereka yang menghargai.

Saya keluar. Saya mencari adunan dan bahan untuk isteri nak masak Pecal hari ini. Almaklumlah, dah berminggu ada sambal pecal yang isteri belikan yang memang sedap. Setelah sekian lama, kelmarin terdetik hati nak makan Pecal sedap.

Saya pun cari bahan-bahan sayuran untuk Pecal - Sengkuang, Kacang Panjang, Tempe dan Taugeh, sebagai tambahan bahan sebelum ini yang telah isteri sediakan - Kangkung, Pucuk Ubi Kayu dan Timun. Gunakan perencah Pecal buatan tempatan, siap mudah cepat Pecal sedap.

Kad Ucapan Selamat Hari Bapa Pertama Kali Dalam Hidup!

Oh ya, kad ucapan Selamat Hari Bapa hasil kreativiti anak sulong saya buat sendiri gunakan Microsoft Word. Isteri saya pun kagum yang anak sulong saya tu boleh buat kad ucapan sendiri. Alhamdulillah, turun gak bakat saya sikit-sikit pada anak-anak yang memang gemar melukis, mewarna dan design benda-benda macam ni.
Kad Ucapan Selamat Hari Bapa Pertama Kali Dalam Hidup!

Saya pun tak sangka sebenarnya.

Terima kasih pada Hasif Amri anak sulong saya yang dengan kreatifnya buat kad ucapan, dan terima kasih pada isteri saya yang selama ini berada di belakang saya, dan memberikan idea ini untuk anak saya berikan sesuatu sempena Hari Bapa.

Dan sementelaah itu juga, saya bacakan Al Fatihah buat arwah ayah saya yang pergi sebelum sempat melihat saya beristeri dan beranak pinak.

Al fatihah buat arwah abah - Marhum Hassan bin Hashim.


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Happy fathers day abg HH

    ReplyDelete
  2. Hpy fathers Day HH..:) semoga terus cemerlang dan murah rezeki sebagai Abah Blogger:)

    ReplyDelete
  3. Wahhhh.... Selamat hari bapa wahai bro abah blogger.. semoga bertambah maju jaya walaupun skrg sdg berjaya...ekekekeke.. :D

    ReplyDelete
  4. Happy Father day bro HH...semoga bertambah hensem dan sihat selalu.
    Entri terkini MINDAKABUR : Berangan Nak Jadi Perisik

    ReplyDelete
  5. Wah.. anak HH memang kreatif no.. :)
    selamat hari bapa juga bro..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement