Bukan semua orang bernasib baik seperti anda semua. Ada di kalangan masyarakat yang jauh lebih kurang berkemampuan. Namun, dalam ketidakmampuan itu, mereka tidak ambil jalan mudah dan singkat hanya untuk mencari sesuap nasi. Mereka tahu rezeki halal dan haram. Mereka tahu walaupun di sebalik kekurangan, Tuhan berikan sesuatu yang lebih istimewa daripada orang lain.

Ramai antara kita yang sering bersedih dengan masalah dan kekurangan yang ada. Walhal, kekurangan yang kita rasakan adalah sebenarnya bukan satu kekurangan pun, cuma kita sengaja memilih jalan untuk melihat ke sudut yang negatif.

Mereka Mencari Sesuap Nasi

Saya ingin bercerita.

Satu hari ketika saya berjalan sekitar KL Sentral, saya nampak satu keluarga ini. Suami, isteri dan seorang anak, dibantu mungkin oleh seorang saudara mara. Kedua pasangan ini adalah golongan kelainan upaya (OKU), tetapi anak mereka yang kecil adalah anak yang lengkap pancaindera.
Mencari Sesuap Nasi
Atas kurniaan Allah S.W.T, mereka ada kelebihan yang orang lain tak ada - boleh baca braille, dan boleh bermain alat muzik. Ditunjukkan jalan, mereka menggunakan kelebihan itu untuk menghiburkan orang ramai yang lalu lalang. Tidak meminta untuk diberikan sumbangan.
Mencari Sesuap Nasi
Mereka bukan artis yang menghiburkan orang ramai dengan bayaran ratus dan ribu ringgit. Dan mereka juga bukan peminta sedekah yang sering kita labelkan. Mereka mencari sesuap nasi dengan bakat dan kelebihan yang ada.

Fikir saya; tentu ramai yang akan berhenti untuk memberikan sumbangan hasil hiburan percuma yang diberikan, tetapi .... ia tidak berlaku.
Mencari Sesuap Nasi
Pelik orang kita.

Gamaknya penyanyi yang kena bayar ratus dan ribuan ringgit tu mesti boleh nyanyi dan main muzik menggunakan tulisan braille. Itu sebab mereka lagi istimewa kot.

Pelik orang kita.

Apabila ada peminta sedekah datang kepada kita, kita hambat dan kata .. "Pergilah cari kerja, cari duit halal.."

Inilah realiti sekelumit yang saya nampak dan saya ingin kongsikan kepada anda.

Jiran di kampung saya adalah seorang OKU. Dari muda sehingga pencen, kerjanya mengapak kayu. Walaupun pernah didatangi pihak BersamaMu TV3, jiran saya ini menolak. Dia percaya, walaupun dia sudah tidak mampu untuk mencari sesuap nasi, tetapi alhamdulillah, hasil kerja mengapak telah membolehkan ia membesarkan anak-anak yang kini boleh bantu menyara keluarga.

Buat anda semua, ada maksud pengajaran dan iktibar dari penceritaan saya ini. Hadam semana yang anda faham. Sekadar imbasan, dalam kita mencari sesuap nasi, ada banyak cara halal yang boleh kita buat hatta kita merasakan diri kita serba kekurangan. Yakinlah dengan rezeki yang Allah telah tetapkan, asalkan kita jujur ikhlas dalam mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga.

Tiada jalan singkat untuk mendapat apa yang kita mahu. Malah, Allah sendiri memberi jalan dan ujian untuk mereka yang pada pandangan kita nampak serba kekurangan.



15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pernah terserempak dengan mereka yang mencari duit dengan menyanyi ditepi-tepi jalan untuk mencari sesuap nasi..Itu adalah cara mereka bekerja untuk mencari sesuap nasi.Dari mana mereka datang,dan siapa dalang mereka menjadi seperti itu,itu tak penting,yang penting keikhlasan kita untuk memberi..Tak salah untuk kita memberi sebahagian dari apa yang kita ada.bayangkan mereka artis,pasti ramai yang dah duduk berdepan dengan mereka.

    ReplyDelete
  2. pernah terfikir jugak, artis yang boleh berjoget atas pentas... yang demand... yang sombong itu diberi duit beribu2.... untuk orang yang sebegini, taknak pulak tolong...... semoga keluarga ini didatangi rezeki melimpah...amin...

    ReplyDelete
  3. mereka tabah dan kuat semangat demi sesuap nasi dan kelansungan hidup di atas muka bumi ini... semoga bertambah murah dan berkat rezeki mereka

    ReplyDelete
  4. walaupun serba kekurangan... jiwa mereka kaya... :)

    ReplyDelete
  5. mereka insan hebat.. semoga Allah merahmati mereka

    ReplyDelete
  6. ada bapa rakan OKU penglihatan menyara 5 anak dengan mengurut sahaja. isteri xbekerja. rezeki ada dimana2 yg penting usaha
    pengajaran buat kita kan?

    ReplyDelete
  7. kalau ada yang sanggup tengok konsert dengan tiket cecah ratus rm, sepatutnya takde masalah nak hulur koman-koman rm10 kat makcik ni.

    ReplyDelete
  8. rezeki allah ada di mana-mana sahaja... setiap manusia ada jalan ceritanya... yang penting kita usaha dan ianya halal..=)

    ReplyDelete
  9. kalau mampu beli tiket konsert yang mahal-mahal tue,kenapa kita tak boleh beri pada mereka-mereka nie sedikit derma.byangkan kalau seorang derma rm 1...

    ReplyDelete
  10. mentaliti rakyat kita sekarang... ramai yang tak sedar akan perkara ini..... #sentap

    ReplyDelete
  11. X silap saya pernah terserempak dgn makcik nie kat KL sentral.. Org cakap mereka ini golongan peminta sedekah tetapi bagi saya mereka ini mencari duit halal dengan menjual bakat yang mereka miliki...

    ReplyDelete
  12. Ada satu lg band cacat penglihatan yang salu busking dkt KL sentral sbelah dengan ESSO. Serius suara sedap.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau. Saya pun perasan gak tu cuma tak terambil gambar je.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement