Adik ipar saya baru-baru ini telah menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan dalam projek buat anak bagi ikan Laga peliharaannya. Projek buat anak puluh-puluh ini dibuat dengan menggunakan akuarium kecil je. Saya ingatkan hanya gurauan, sebab pernah cuba tapi tak berjaya; tapi adik ipar saya telah membuktikan sebaliknya.


Betta Splenden, itulah nama saintifik untuk ikan laga atau ikan Pelaga. Ada banyak jenis ikan Pelaga, dan setiapnya ada keunikan sendiri. Selalunya ikan Pelaga yang menarik ialah ikan jantan kerana mempunyai bentuk badan dan warna yang menarik.

Projek Buat Anak Ikan Pelaga

Saya dulu pernah tangkap ikan Pelaga liar yang terdapat di celah-celah batu kat anak sungai. Ikan Pelaga liar warnanya tak berapa nak menarik. Tapi, kalau pandai mencari, ada jenis ikan Pelaga liar yang warnanya sangat mengiurkan.

Kenapa dinamakan ikan Pelaga? Sebab ikan ini suka berlaga sesama sendiri; lebih-lebih si jantan. Kata orang tua-tua, ikan Pelaga yang 'kuat' akan hasilkan banyak buih. Malah, ada yang berikan tips kat saya; jika nak cari ikan Pelaga yang hebat, cari ikan Pelaga yang duduknya di tengah-tengah lingkaran ular sawa ... huhuhu...

Cara Biak Betta Splenden

Projek buat anak puluh-puluh ikan Betta Splenden ini bukan projek suka-suka. Ia projek untuk buat duit. Sekarang, terdapat permintaan yang tinggi akan ikan ini, malah ada jenis ikan Pelaga ini dijual sehingga cecah angka ratus dan ribu seekor! Itu sebab adik ipar saya beriya-iya nak buat projek buat anak puluh-puluh ikan Pelaga ni.

Dan ... hasil pembacaan dan eksperimentasi; akhirnya berjaya.
Cara biak ikan Pelaga Betta Splenden
Ikan Pelaga ini telah diletakkan bersama dengan pasangannya, dan dibiarkan selama beberapa hari. Kemudian, apabila ikan jantan dan betina sudah tidak nampak mesra, periksa akuarium untuk lihat samada ada telur yang terhasil. Telur ikan Pelaga sangat kecil dan ia akan diletakkan dalam buih yang dihasilkan ikan jantan.

Ikan Pelaga jantan akan jaga telur-telur ikan. Mana-mana telur yang didapati rosak, ikan jantan akan makan. Jika mahu memastikan ikan jantan jaga telur dengan baik, kena letakkan di tempat yang terang tetapi tidak direct dengan pancaran matahari. Waktu malam sediakan lampu yang cukup terang bagi mudahkan ikan jantan tengok-tengokkan telur.

Oh ya, lupa nak cakap... apabila telur telah pasti ada dalam akuarium, ikan betina perlu diasingkan. Tak boleh letak bersama dengan ikan jantan dan telur; nanti jadi haru biru ... jeles kot sebab jantan asyik jaga telurnya sahaja...hahahaa...

Kecilnya Anak Ikan Beta Splenden

Bila menetas, anak-anak ikan memang sangat kecil. Nak tengok pun kena pakai kanta pembesar. Pada masa ini, sediakan pokok hiasan macam gambar di atas untuk anak-anak ikan ini bermain dan sebagai perlindungan. Pokok hiasan ni biar pokok betul ehh .. err macam pokok ... alamak lupa ahh nama ... tapi leh dapat banyak kat tepi paya, tepi anak sungai atau kat parit besar pun ada. Nak mudah, cari di terusan sawah, banyak pokok ni.

Pokok ini menjadi sumber pembiakan 'makanan' anak-anak ikan ni. Jadi elok cari dan letak siap-siap dalam akuarium bagi bolehkan anak-anak ikan Pelaga membesar dengan jayanya.
Cara biak ikan Pelaga Betta Splenden
Makanan anak-anak ikan ini boleh juga anda beli di kedai-kedai haiwan atau kedai akuarium. Boleh gunakan pelet, kiub cacing kering dan beberapa makanan ikan yang lain. Ala.. tanya je kat tauke kedai tu, tahulah dia nak syorkan mana yang sesuai.
Cara biak ikan Pelaga Betta Splenden
Jentik-jentik atau nyamuk pun boleh diberikan.

Amacam? Tertulis banyak pula. Mana yang teringin nak bela dan ternak ikan ini, bolehlah cuba panduan yang telah saya berikan. Tak pun, boleh je Google sendiri. Ada banyak blog dan laman web yang ceritakan penjagaan ikan ini yang sebenarnya berpotensi untuk anda lakukan bisnes dari rumah!

Video Aksi Buat Anak oleh Ikan Pelaga



17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. husband cx haritu buat anak puluh puluh gak tp ikan gapi la. seronok sgt bile berhasil tetapi disebabkan kami tkde di rumah gara2 berhijrah, hbs kesemuanya mati. sedih rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan Gupi lagi senang nak bela .. :) letak dalam takungan pasu pun leh .. letak kiambang je ..

      Padam
  2. Subhanallah .. seronoknya.. ni nk suggest kn tok mak ni hehe thanks HH ..

    BalasPadam
  3. Suka tengok ikan laga ni.. Cantik kan bro HH. Anak-anak mesti suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa dah kidnap sekor dah ... :) ada kat umah.

      Padam
  4. baru tahu asingkan yg betina... dulu masa zaman sekolah saya asingkn jantan.... patutlah....semua tak menjadi.. jadi pun 5 ekor je pastu disebabkan air xsesuai die pun mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap teknik tu .. dalam dunia haiwan terutama ikan, jantan yang akan jaga telur dan anak-anak

      Padam
  5. wow. nak kena bela jugakla. lagi pun lawa ikan pelaga ni.

    BalasPadam
  6. salam singgah. tak sangka hasilnya menakjubkan. musim cuti sekolah sekarang ni, kalau zaman dulu-dulu bebudak dok main ikan laga ja. rindunya kenangan........

    BalasPadam
  7. Kalau nak bela anak ikan siakap, bolehla pula hubungi sumijelly..

    BalasPadam
  8. berwajah baru, lebih ringan blog ni

    BalasPadam
  9. Zaman sekolah dulu kalau time cuti sek, ikan laga la jawabnya..

    BalasPadam
  10. memang rumit juga penjagaan..ikan ini

    BalasPadam
  11. salam singgah dari kasutmerah.. anak2 suka ikan pelaga ni.. senang jaga..tapi tak tahu plak boleh buat projek.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. saya pun baru tau gak ni ... :) memang respek la adik ipar boleh ternakkan benda ni ... dah ada permintaan tinggi utk ikan Laga skrang ni

      Padam
  12. cantik warna ikan laga ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement