Cuti Bajet di Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi (RPP Langkawi) atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Federal Villa, adalah salah satu daripada Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang pernah saya dan keluarga menginap. Bukan mudah untuk dapatkan tempahan di RPP Langkawi atau Federal Villa ini, memandangkan Langkawi antara destinasi yang sering mendapat perhatian.

Oh ya, Rumah Peranginan Persekutuan merupakan satu bentuk kemudahan penginapan dengan harga berpatutan yang disediakan untuk kakitangan kerajaan. Ada banyak RPP termasuklah juga di luar negara. Kepada kakitangan kerajaan, anda boleh menempah kemudahan ini dengan layari laman web Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri. Tempahan boleh dilakukan secara online atau menelefon bahagian BPH. Tempahan tersedia mengikut gred perjawatan. Lain gred, lain tawaran atau kemudahan yang disediakan.

Setakat ini, saya dan keluarga pernah menginap di RPP Cameron Highlands, RPP Bukit Fraser, RPP Penang dan RPP Port Dickson.

Kemudahan ini memang terbaik kerana para penjawat awam boleh mendapat bilik penginapan yang luas dengan harga yang cukup cukup murah, serendah RM50 semalam!

Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi - Federal Villa Banglo Mengadap Pantai Tengah

RPP Langkawi Federal Villa Banglo Mengadap Pantai Tengah

Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi (RPP Langkawi) atau Federal Villa, terletak di Pantai Tengah, Langkawi. Ia betul-betul bersebelahan dengan Holiday Villa Beach Resort. Lokadi Pantai Tengah agak jauh sedikit dari Pekan Kuah, tetapi di sini adalah tempatnya Underwater World yang terkenal di Langkawi, jalan kaki pun boleh sampai dari tempat penginapan. Dan di Pantai Tengah, memang ramai pelancong luar negara suka berjemur. Di sini banyak tempat-tempat makan samada yang eksotik, tempatan, citarasa Arab, Eropah dan macam-macam lagi, semuanya dalam jarak yang mampu jalan kaki.

Kedai cenderamata juga banyak dan bersepah-sepah di Pantai Tengah, Langkawi ini.

Federal Villa BPH Luas dan Selesa

Saya dan keluarga menginap di Federal Villa, di banglo yang ada 4 unit berlainan, dengan 2 unit merupakan kendalian BPH. Ia mengadap pantai yang cantik. Setiap unit ini mempunyai 2 bilik asing dengan setiap bilik ada katil besar dan bilik air sendiri.

Setiap unit ada satu dapur, 3 bilik air dan 1 ruang tamu, balkoni dan ada kemudahan TV satelit pada setiap bilik dan juga di ruang tamu. Memang luas, jika bawa 3-4 famili menginap sekali pun boleh muat.

Kadar Penginapan Federal Villa BPH


Amacam? Murahkan kadar bayaran penginapan? Sangat-sangat berbaloi dengan keadaan bilik yang tersedia begitu luas.

Untuk kemudahan lain, penginap boleh tumpang faciliti yang disediakan di Holiday Villa yang terletak bersebelahan. Ada kolam renang yang besar termasuk kolam renang untuk keluarga dan kanak-kanak.

Jika anda dah follow instagram saya, tentu dah tengok beberapa gambar menarik lain di tempat ini, termasuklah spot memancing yang berdekatan. Boleh memancing dapat ikan merah dan ikan-ikan gred A yang lain di Pantai Tengah.
Follow Instagram Hasrul Hassan

Bagi saya, tempat ini memang best. Boleh tempah Federal Villa lagi nanti, tapi terpaksalah cari yang bukan cuti sekolah, sebab selalu booking penuh.

Tempoh hari pun, 'terpaksa' pontengkan anak-anak sekolah selama 2 hari sebab ambil tempahan pada hari khamis dan jumaat... hohoho ...

Jika anda kakitangan kerajaan, bolehlah nanti cuba semak laman web BPH untuk buat tempahan, tapi saya nasihatkan, bersedialah untuk rasa kecewa sebab memang payah nak dapat, ada rezeki adalah ... in Sha Allah, nanti saya dan famili akan pergi ke RPP Tasik Kenyir dalam bulan 9 .... itupun selepas ternampak ada kekosongan yang secara tiba-tiba je wujud ..

Jom cuti. #VMY2014.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement