Semua orang boleh menulis, tetapi bukan semua orang boleh menulis sesuatu yang bagus. Bagus yang macamana? Bagus ada banyak, terpulang pada yang menjadi pembacanya. Anda sebagai blogger perlu menjadi seorang penulis yang bagus. Jika tidak, apa yang anda inginakan dalam dunia blog mungkin sukar untuk dicapai.

  • Ada yang menulis untuk mendapatkan pembaca setia.
  • Ada yang menulis untuk menghasilkan jualan untuk produk.
  • Ada yang menulis untuk meluahkan perasaan dan berkongsi rasa.
  • Ada yang menulis untuk dijadikan sumber ilmu buat orang lain.
  • Ada yang menulis kerana mahu berdakwah.

Ada banyak sebab untuk menulis. Dan kerana sebab inilah, anda perlu menjadi seorang penulis yang bagus. Dan dalam dunia blog Malaysia, anda perlu menjadi seorang penulis blog yang bagus.

Semua Orang Boleh Menulis Tetapi ....

Tak kira latar belakang, semua orang boleh menulis, tetapi untuk menulis dengan capai matlamat, itu agak sukar. Lihat 5 perkara yang rawak tadi, ada banyak matlamat orang menulis. Malah ada penulis yang ada lebih dari 1 dan 2 matlamat. Apa yang saya berikan cumalah satu contoh sahaja.

Bagaimana nak menulis dengan bagus?

Yang ini sebenarnya bergantung dengan golongan mana yang mahu baca blog anda. Atau .... golongan mana yang sudah menjadi pembaca setia blog anda.

Jika anda seorang surirumah, anda menulis kisah-kisah rumahtangga (bukan kisah dalam atau tepi kain ehhh), yang berkisar tentang perjalanan hidup anda dengan suami isteri, dengan anak-anak, mungkin anda berkongsi resepi atau petua, mungkin cara-cara hias rumah dan sebagainya. Gamaknya siapakah yang boleh anda andaikan sebagai pembaca blog anda yang setia? Sudah pasti mereka yang sama latar belakangnya dengan anda - sebagai seorang surirumah.

Lihat pula satu contoh lain sedikit.

Anda seorang lelaki yang gemar memasak. Malah anda setiap hari kongsikan pelbagai resepi buatan ilham dan kreativiti anda. Tak campur cerita lain, hari-hari cerita mengenai anda dengan masakan yang anda buat. Siap ada resepi, kongsi teknik, petua memasak. Tambah dengan gambar leleh makanan yang dah siap disediakan. Gamaknya siapa golongan yang akan banyak buka blog seperti ini? Haa tentulah yang suka memasak, yang suka makanan, yang suka resepi tak kira tua muda lelaki mahupun perempuan. Skop jelas - memasak dan resepi masakan.

Dua contoh di atas nampak macam sama, tetapi sebenarnya berbeza. Antara dua, satu lebih tertumpu dan si penulis blog tersebut boleh agak dengan tepat golongan yang suka baca blognya. Dan saya lihat blog yang sudah dapat jangka dan lebih tepat meneka golongan pembacanya, akan lebih berjaya.

Maka, untuk hasilkan sebuah penulisan yang berjaya bukan mudah. Anda perlu lebih banyak menulis. Bila banyak menulis anda akan tahu sasaran pembaca.

Lihat sahaja kejayaan mereka yang menulis dan hasilkan pendapatan menerusi penulisan. Mereka ini menulis dengan ada golongan sasar yang akan baca.

Fikir penulis novel. Fikir penulis buku fiksyen. Adakah mereka menulis untuk semua?

Tulislah dengan baik, dengan melihat siapa yang membaca blog anda. In Sha Allah, anda boleh menjadi seorang penulis blog yang baik kelak.


13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam hujung minggu Bro HH ..
    Nak jadi penulis mmg mudah ,,..tapi nak jadi yang HEBAT macam Bro Hh ni la yang PAYAH ..
    Terima kasih diatas perkongsian yg berguna ini ..
    Sama2 kita ambil dan cedok ilmu ynag baik di sini..
    Tq berbagi ILMU ya Bro HH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, kita boleh lakukan .. saya boleh, anda juga boleh.

      Padam
  2. pada saya, menulis juga perlu datang dari hati. baru lah akan terkesan di jiwa pembaca :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana nak menulis dari hati? In Sha Allah, saya akan tulis juga mengenai benda ni.

      Padam
  3. Tulis pasal produk: menulis dengan hati atau menulis dengan akal? Sbb setiap satu caranya akan mempengaruhi mood penulisan.. sstgh pembaca suka membaca secara santai jika melibatkan penulisan me review product, tapi cara yg terbaik me review product gunakan ayat lebih formal, menulis berdasarkan fakta dan isi. Jadi? jom study..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... sebenarnya tertakluk dengan pengiklan ... jika mereka suka cara kita, maka kita tulis. Tetapi, jangan kerana mahu pengiklan rasa syok, kita abaikan pembaca kita.

      Padam
  4. Thanx sekali lagi Bro HH.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Macam mana kalau blog personal pulak? tak ada main target pembaca golongan mana, boleh berjaya ke?

    BalasPadam
  6. penulis juga kena bijak dan pandai menarik pembaca kan..:)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, Tuan HH. Satu cetusan entri yang menarik untuk difikirkan bersama. Ya, selain daripada blogger saya juga merupakan seorang penulis di luar. Namun, sesekali saya terfikir juga perlukah kita menulis mengikut cita rasa pembaca ataupun kita mahukan pembaca membaca mengikut cita rasa kita (penulis) dengan niat untuk berkongsi sesuatu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement