Kita sering terngadah bila dah terkena. Cuma sebilangan kecil dari kita sahaja yang ambil berat mengenai hal ini. Dan saya mahu anda bukan tergolong di dalam golongan yang ambil mudah mengenai pengawasan anak-anak.
2013 - Setiap Hari 3 Orang Kanak-Kanak Hilang di Malaysia
Saya tahu tatkala cuti sekolah ini, ramai dari ibubapa yang membawa anak-anak pergi bersiar, bercuti dan berjalan-jalan. Ini juga masa yang sesuai untuk eratkan jalinan kekeluargaan. Dan ini juga masa untuk bermesraan bersama isteri atau suami dengan anak-anak. Namun, malang tidak berbau, jika kita tidak ambil pusing, kemungkinan tragedi anak-anak disembelih, dibunuh, dicampak ke dalam sungai, dilarikan, didagangkan, dijadikan hamba dan dijadikan sumber pemerdagangan organ badan mungkin berlaku lebih serius daripada apa yang tercatat pada statistik semasa.
Tahun 2013. Setiap hari 3 kanak-kanak hilang di Malaysia; ia mungkin boleh berlaku pada diri dan keluarga anda. Mungkin juga boleh berlaku pada anak-anak adik beradik anda. Mungkin juga boleh berlaku pada anak-anak jiran tetangga dan kenalan anda. Elakkan diri anda dan mereka menjadi mangsa.
Seharusnya sebagai ibubapa sentiasalah awasi anak-anak ketika sedang bercuti, bersuka-ria, bersiar-siar di tempat-tempat terbuka dan ramai orang. Ada mata yang memerhati, ada yang ingin ambil kesempatan dari kealpaan kita.
Ajari Anak-Anak Untuk Menolak Pelawaan
Ajarilah anak-anak supaya menolah ajakan dan pelawaan. Ajarilah anak-anak supaya meminta kebenaran anda terlebih dahulu jika mahu menerima satu-satu pemberian. Awasi kelibat anak-anak anda walaupun berada di kawasan yang nampak selamat. Jangan hilangkan pandangan anda dari mereka. Lihat gerak-geri dan perhatikan siapa di sekelilingnya.Nasihat, teguran dan ingatan ini buat saya sekeluarga, dan juga untuk anda suami isteri. Kita pasti tidak mahu kegembiraan seminit dimusnahkan hanya kerana kealpaan sedetik. In Sha Allah mari sama-sama kita elakkan tragedi ini berlaku, bukan hanya kita tetapi buat semua.
Kongsikan entri dan video ini untuk tatapan lebih ramai ibubapa supaya mereka tahu akan bahaya yang sedang menanti.
ini memang menakutkan dan setiap hari risau membayangkan...semoga Allah SWT melindungi anak2 kita semua...
BalasPadamperlu lebih berhati2 walau kemana saja..
BalasPadamBetul tu .. anak2 akan jadi mangsa dagang organ
Padambanyak kes berlaku sebab kelalaian penjaga
BalasPadamYa Allah, kes paling menakutkan. Risau apa apa berlaku dekat anak anak buah ena. Hurmmmm
BalasPadamCuba untuk sentiasa beringat, utamakan keselamatan anak, dan berdoa moga allah pelihara keselamatan dan kesihatan anak-anak. Zaman sekarang orang jahat sentiasa mencari peluang daripada ibu bapa yang leka..risau baca berita skarang..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.