Tips Kenalpasti Blog Mesra SEO - Ada yang tak tahu bagaimana nak kenalpasti sesebuah blog itu adalah blog yang mesra SEO. Ok, dalam blog post kali ini, saya nak kongsikan pengetahuan sekelumit saya mengenai bagaimana nak kenalpasti blog mesra SEO. In Sha Allah, selepas baca entri saya ini, anda akan dengan mudahnya dapat tahu mana blog yang mesra SEO, dan mana blog yang tidak mesra SEO, termasuklah blog anda sendiri ... ok?

Saya akan berikan cara termudah untuk anda ketahui mana-mana blog yang tepati ciri-ciri Search Engine Optimization. Saya telah guna pakai cara ini sejak sekian lama untuk blog-blog kendalian saya, dan juga untuk blog-blog yang saya rekabentuk dan buat customization dalam blogspot. Cukup mudah untuk kenalpasti, hanya dengan muat turun satu plugin ke pelayar internet Firefox!

Panduan dan Tips Kenalpasti Blog Mesra SEO

SEO Doctor - Cara Ketahui Blog Mesra SEO
Saya menggunakan SEO Doctor untuk kenalpasti kelemahan SEO blog saya, dan juga untuk melihat mana-mana blog yang saya singgah samada ia mesra SEO atau tidak.

SEO Doctor adalah sebuah plugin yang boleh anda gunakan dalam Crome dan juga Firefox bagi kenalpasti akan kelemahan SEO blogspot anda. Ia cukup mudah, kerana anda boleh lihat analisis yang diberikan, dan kemudian perbetulkan dengan segera.

Untuk gunakan SEO Doctor ini bagi kenalpasti blog mesra SEO, apa yang perlu anda lakukan ialah ikuti langkah-langkah yang saya berikan ini.
SEO Doctor
Panduan dan Tips Kenalpasti Blog Mesra SEO
  • Paparan di bawah ini akan muncul setelah anda tekan "Allow". Tanpa ragu-ragu, anda klik butang "Install Now" dan benarkan SEO Doctor plugin dipasang ke dalam pelayar Firefox anda. Proses ini ambil masa kurang dari beberapa saat sahaja. Kalau lebih tu, maknanya komputer atau Firefox anda ada masalah.
 Panduan dan Tips Kenalpasti Blog Mesra SEO
  • Pelayar internet Firefox anda akan kelihatan seperti di bawah ini, di mana ada bendera - samada warna merah atau hijau atau kuning akan kelihatan. Jika sesebuah blog atau laman web itu mesra SEO, ia akan kibarkan bendera warna hijau, jika tidak akan kibar bendera merah. Seandainya bendera warna kuning yang kelihatan, anda perlu buat sedikit penambahbaikkan dalam template blog anda.
Panduan dan Tips Kenalpasti Blog Mesra SEO
Merah bermaksud blog tersebut tidak mesra SEO dan perlu banyak penambahbaikan dilakukan. Jika mahu tambahbaik untuk tujuan SEO, boleh rujuk penerangan yang disediakan oleh SEO Doctor seperti ditunjukkan di bawah ini. Anda perlu klik pada bendera warna hijau/kuning/merah untuk keluar paparan seperti di bawah.
Tips Kenalpasti Blog Mesra SEO
Bagaimana nak buat perubahan dan penambahbaikkan? Akan ada butiran dan info untuk anda lakukan. Fahami apa yang diberikan, dan buat apa yang perlu, in Sha Allah .. dengan sedikit usaha dan kerja, blog anda boleh jadi mesra SEO dengan pantas dan mudah.

Tips kenalpasti blog mesra SEO ini juga boleh anda gunakan untuk lihat samada entri yang anda tulis juga penuhi ciri-ciri SEO.
Tips Kenalpasti Blog Mesra SEO
Pada contoh di atas, untuk entri ini - Video Lagu Beserta Lirik Hanya PadaMu oleh Ainan Tasneem

Apa yang anda lihat ialah entri tersebut tidak 100% tepati ciri SEO, ini adalah kerana kadar loading entri tersebut yang agak lambat menyebabkan pengunjung blog terpaksa tunggu lebih masa daripada biasa.

Jadi, anda bolehlah ubahsuai dengan cara mengurangkan paparan gambar atau mungkin menyahaktifkan widget yang gunakan javascript luar untuk entri ini.

Ok tak? Harapnya sedikit sebanyak blog post tips kenalpasti blog mesra SEO ini dapat bantu blogger Malaysia hasilkan lebih banyak entri yang tepati ciri-ciri SEO yang akan memungkinkan entri blog disenaraikan di enjin carian Google. In Sha Allah.

Selamat mencuba.

38 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tuan.. saya pengguna chrome.. ada url utk install plug in SEO Doc di chrome tak? Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari di sini - https://chrome.google.com/webstore/search/seo?hl=en-US

      Padam
  2. Sangat sangat berguna..nak buat sekarang jugak..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Selamat mencuba ehhh ... jgn pening2 lak

      Padam
  3. Gua tak pernah guna lagi benda alah ni..sebab gua guna chrome pun ye jugak..kena cari extension chrome yang lebih kurang sama nampaknya..nak check juga apa yang tak kena dengan blog. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try cari kat sini - https://chrome.google.com/webstore/search/seo?hl=en-US

      Padam
  4. entry abang hasrul selalu terbaik. terima kasih ya. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Saya kongsikan pengalaman dan pengetahuan yang ada je ...in Sha Allah, selagi ada yang mahukan tips, saya akan berikan.

      Padam
  5. terima kasih kerana berkongsi tips nie..
    saya masih tengah belajar pasal SEO nie... moga tuan lebih berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sama-sama belajar .. saya pun bukan Pakar SEO sangat pun ...

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. eyza dah cuba... RED FLAG laa en HH...

    total score : 78%

    BalasPadam
  8. Owh. Bagus ni... nk cuba by fon boleh kan sifu? Trm kasih kongsi ilmu ya sifu

    BalasPadam
  9. Terima kasih sangat-sangat atas segala info yang tuan share di blog tuan ni...semoga diberkati...
    Harap tuan sudilah berkunjung ke blog saya dan menjadi follower...saya amat menghargainya...
    Have a nice day sir!

    http://vandergood.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. bagusnyaa kalau ada macam nih..

    BalasPadam
  11. Tuan punya blog pun perlu mesra juga. Human touch perlu ada. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehemm .. hehehee.. ok ok .. baik tuan ...

      Padam
  12. Terima kasih Tuan atas ilmu ini, Terus saya guna SEORH dan buat analisa blog . Mudah sungguh . terima kasih semoga dipermudahkan urusan.

    BalasPadam
  13. salam HH, nak tanya H1 Tag dan H2 Tag tu apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. H itu bermaksud header ... iaitu tajuk. Saya ada terangkan dengan detail dalam entri lain mengenai H tag ini sambil tunjukkan contoh untuk dihadam ... :)

      H1 tag ialah tajuk header utama ... H2 tag ialah tajuk di bawah tajuk header H1, dan H3 pula adalah tajuk di bawah tajuk H2 .. begitulah seterusnya...

      Padam
  14. Tq kerana berkongsi...satu plugin yg sgt berguna.

    BalasPadam
  15. Terima kasih tuan sebab explain dengan jelas..saya baru nak belajar SEO ini dan tuan amat bermurah hati berkongsi dengan pembaca seperti saya ini dalam ilmu SEO ini..Terima Kasih banyak..

    BalasPadam
  16. suka tips ni dan pertama kali dengar pasal seo doctor ni..nk cuba tgh cari apps yag sesuai untuk chrome..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang saya gunakan apps plugin ni untuk SEO blog saya dan utk tgk SEO blog orang lain ...

      Padam
  17. terima kasih atas perkongsian bro HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Moga ia boleh bantu untuk mantapkan SEO blog masing masing.

      Padam
  18. Saya rasa SEO Doctor ni kadang2 tak betul jugak. Kalau Yellow Flag sebab blog load lambat itu sebab internet speed. Saya dah cuba, kali pertama yellow, kali kedua green pulok. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi masih lagi boleh digunakan untuk lihat indikator lain, terutama flow, h tag, deskripsi .. ia juga digunakan untuk lihat keyword pesaing

      Padam
  19. Saya wat keje blogging dari handphone skrg. Laptop problem. Bestnya dapat plugin seo doctor tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm plugin SEO Doctor banyk bantu untuk betulkan teknik dan cara terbaik hasilkan entri blog yang mesra SEO. Trylah guna nanti ye.

      Padam
  20. boleh try. terima kasih tuan. baru tahu lepas baca entri ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement