Tips shopping di Hari Raya; bukannya shopping semasa hari raya, tetapi shopping sebelum tiba hari perayaan tersebut. Penting untuk gunakan bagi elakkan pembaziran dan melakukan aktiviti shopping melampau. Kita manusia, jika mahu elakkan sesuatu itu terlebih berlaku, mesti dahulu buat persediaan sebelum ia berlaku .. erkkk ok tak faham ehh? Baca entri saya sepenuhnya ini.
Tips Shopping di Hari Raya
Pertama sekali untuk shopping hari raya, saya sangat syorkan anda melakukan shopping untuk raya lebih awal. Lebih awal maksudnya di sini sebelum bermulanya puasa. Bukan apa, bulan puasa adalah bulan ibadah, agak merugikan seandainya nanti dihabiskan masa dengan shopping ni. Al maklumlah, bila hampir nak raya, akan banyak dugaan yang muncul, sana sini ada sale dan jualan harga runtuh.Keduanya, anda perlu shopping di pasaraya yang banyak pilihan atau deretan kedai yang berhampiran. Ini adalah kerana mudah anda nak bandingkan harga yang ditawarkan. Dan percayalah, harga produk semasa sebelum raya dengan dekat-dekat nak raya tak jauh bezanya pun. Malah, ada tu yang harganya adalah lebih murah, jika nak bandingkan dengan harga sebelum sampai hari perayaan. Pilih pasaraya yang memang jual pelbagai produk yang sama. Contohnya, kalau nak beli baju raya, belilah di pasaraya yang memang khusus jual baju raya. Pasti anda akan suka dengan harga dan kualiti yang ditawarkan.
Keempat ialah beli pakaian siap. Bukan nak menutup rezeki tukang jahit yang akan jahit baju raya anda. Tetapi jika nak buat juga, pastikan anda lakukan 2 bulan lebih awal. Ini adalah kerana sebulan sebelum hari raya, tukang jahit dah mula sibuk, dan kemungkinan baju raya anda tidak dapat siap bila sampai hari raya. Kena ingat, zaman sekarang semua nak buat baju raya warna sedondon, jadi satu keluarga yang ada 3 beranak, dah si tukang jahit kena siapkan 3 pasang. Itu jika pasangan keluarga itu tempah satu jenis baju raya, bantainya sampai ada 3 hingga 4 baju raya seorang? Haa .. jadi tips shopping raya saya .. tempah awal, dan pastikan tukang jahit bukan tukang jahit utama (yang ada kedai) jika nak buat tempahan yang banyak.
Ok, itulah sahaja tips shopping raya yang ingin saya kongsikan bersandarkan pengalaman saya dan isteri.
Siap awal supaya nanti bulan puasa khususnya akan lebih tertumpu dengan ibadah, terutama kat hujung-hujung tu yang sebenarnya lebih hebat untungnya dan hebat dugaannya.
Shopping raya awal juga akan kekang nafsu dari membeli secara berlebihan. Tak percaya? Cubalah ... hehehe...
mama sha pun suka shopping awal2 kalau sempat, kalau tidak... last minutes jadinya ^^
BalasPadamBab last minit ni .. kadangkala kena ngap dengan peniaga ..
Padamtaun ni xbeli bju rya dah kot..hehe taun lpas pnya cun lgi..hehe..
BalasPadam..selamat malam ^_^ tahun ni tak ada baju sedondon satu family..eheh..
BalasPadamKali ini main redah je ... boring gak asyik sama je semua .. huhuhu.. tak leh nak jalan ngan awek .. kah kah kah ...
Padambetul3
BalasPadamJulia baru jer up entry tentang cerita persiapan hari raya...if admin nak tau...3 bulan sebelum puasa julia dah start explore race tau...bulan 5 semuanya settle...alhamdulilah....bab kuih raya tu julia x beli...sebab kurang gemar makan hehhe...so just belikan sekadar asal ada kuih raya...asal x membazir kan heheh
BalasPadamPerghh awal betul ni ... bagus buat persediaan awal, tak pening dan pusing ...
PadamSmlm gi shopping kompleks... Plan nak beli baju raya tapi xdan sbb anak2x meragam... :(
BalasPadamIn general.. peningkatan harga baju raya yang mendadak berbanding tahun lepas... :(
Kena cari alternatif.... Anyone??
http://ummudd80.blogspot.com/2014/06/shopping-raya-pengalaman-yang-menakutkan.html
Ena dah beli dah barangan untuk raya. Hehehe mak ena suruh beli awal awal sebab bulan puasa nanti dah tak larat nak bershopping
BalasPadamAlhamdulillah saya sudah beli dekat pasa kemboja parit buntar
BalasPadambeli time sale CNY pastu simpan buat pakai raya. hihi...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.