Namun begitu, saya terpanggil mahu berkongsi sedikit informasi berkaitan dengan waris sebenar Kesultanan Melayu Negeri Perak ini, bukan untuk menghangatkan isu tetapi sekadar ilmu pengetahuan yang perlu diketahui oleh rakyat negeri Perak, khususnya saya sendiri. Eheemm .. ya, saya orang Perak, lahir di Batu Gajah, Perak; tempat keputeraan yang sama dengan al Marhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah.
Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak
Berdasarkan beberapa maklumat yang saya baca dari portal berita, blog dan juga cerita lisan daripada orang tua, saya memperoleh maklumat berikut. Anda samada boleh percaya atau tidak, itu terpulang. Diingatkan, anda mungkin akan rasa terkeliru dengan apa yang akan saya tunjukkan ini. Jadi, berlapang dada terlebih dahulu, dan cuba hadam apa-apa yang difikirkan penting. Sila baca dengan perlahan-lahan, dan jangan gopoh membuat kesimpulan.
Permulaan Kesultanan Melayu Perak
Dari apa yang kita semua belajar dari sejarah, Kesultanan Melayu Perak bermula pada abad ke-15 iaitu apabila Sultan Muzaffar Shah I dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528. Sultan Muzaffar Shah I merupakan putera kepada Sultan Mahmud Shah yang memerintah kerajaan negeri Melaka. Pemasyhuran Sultan Muzaffar Shah I sebagai Sultan Perak pertama telah diperkenan atas permintaan dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim.Ketika itu, Perak ketiadaan Sultan mahupun Raja. Menurut catatan sejarah, ketika Sultan Mahmud Shah menjadi Sultan Kampar, Indonesia, menerusi satu mesyuarat pembesar Perak ketika itu bersetuju sebulat suara supaya Tun Saban dan Nakhoda Kassim pergi ke Kampar, Indonesia mengadap Sultan Mahmud Shah, mengemukakan permohonan supaya puteranya dilantik sebagai ketua kerajaan Perak.
Sultan Perak Pertama - Sultan Muzaffar Shah I
Akhirnya, ketika pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka, Perak mempunyai Sultan pertama dengan Sultan Muzaffar Shah I putera Sultan Mahmud sebagai pemerintah dan di bawah naungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Beruas dijadikan ibu negeri.Ada yang mengatakan bahawa Sultan Muzaffar Shah bukanlah anak kepada Sultan Mahmud, tetapi merupakan cucuanda. Difahamkan juga Raja Mudzaffar adalah anak Raja Ahmad yang berkahwin dengan puteri Onang Kening anak Raja Kelantan.
Perlantikan tersebut, Sultan Mahmud telah mengurniakan kepada Raja Mudzaffar beberapa alat kebesaran, iaitu sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, sebuah cap yang berlorek perkataan "Sultan Muhamad Shah Dzil Allah Fil-Alam", nobat dan surat Chiri.
Alkisahnya, pertabalan sebagai Sultan Perak yang pertama telah dilakukan di satu tempat di Sungai Perak yang dinamakan Beting Beras Basah. Baginda ditabalkan sebagai Raja Perak yang pertama di Beting Beras Basah selepas terkandas dalam pelayaran menuju ke Perak. Lokasi Beting Beras Basah adalah terletak di Bagan Datoh, Perak.
"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"
Di situlah pengisytiharan Kesultanan Melayu Perak pertama dibuat dengan laungan 3 kali Daulat Tuanku dibuat oleh rakyat jelata. In Sha Allah, dalam entri akan datang, saya akan kongsikan kisah ini kepada anda semua.
Sepanjang lebih lima abad warisan kesultanan Perak itu berkembang, pelbagai peristiwa perselisihan dan perebutan takhta diperturunkan dari satu generasi ke generasi sama ada secara lisan atau bertulis. Antaranya perselisihan antara Raja Bendahara Ismail dan Raja Muda Abdullah selepas kemangkatan Sultan Perak ke-24, Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah pada 1871.
Perselisihan juga berlaku dalam pelantikan Sultan Perak Ke-28 selepas kemangkatan Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar Shah. Jika mengikut adat warisan, Raja Kulop Muhammad adalah abang yang seharusnya menaiki takhta. Namun, kerana campur tangan daripada pihak British, Sultan Idris Murshidul 'adzam Syah sebaliknya dilantik sebagai Sultan Perak Ke-28.
Sumpahan Tujuh Keturunan Kesultanan Melayu Perak
Maka, di sinilah berpuncanya sumpahan tujuh keturunan dan tujuh giliran Sultan tidak boleh menjejakkan kaki ke istana. Bagaimanapun, sumpahan itu telah berakhir kepada Raja Abdullah Azizi yang merupakan putera bongsu kepada Raja Uda Samsuddin hasil perkongsian hidup dengan Siti Aminah.Ini bermakna, keturunan selepas Raja Abdullah Azizi iaitu generasi kelapan daripada Sultan Ahmadin Shah tidak lagi terikat dengan sumpah tujuh keturunan itu.
Raja Ahmad Nasir - Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak?
Dari keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei 2009 dalam ruangan Rencana. Anak Raja Abdulah iaitu Raja Ahmad Nasir, sejak 2004, telah menuntut sebagai waris sebenar Kesultanan Melayu Perak.Raja Ahmad Nasir |
Dalam mengukuhkan tuntutan beliau, Raja Ahmad Nasir turut menarik perhatian mengenai kedudukan Istana Iskandariah yang tiada berpenghuni tetap. Difahamkan, waris sultan yang memerintah lagi berdaulat sahaja yang boleh bersemayam di Istana Iskandariah. Sekiranya bukan warisan atau zuriat daripada keturunan Sultan Ahmadin ke-18, maka mereka tidak boleh bersemayam di istana tersebut.
Jin Pendaulat Megat Chandin
Saya pernah mendengar daulatnya Istana Iskandariah sehingga punyai penjaga yang dinamakan Jin Pendaulat Megat Chandin. Dikhabarkan mana-mana atau sesiapa yang beradu di situ yang bukan berdarah raja atau keturunan Sultan, seandainya beradu (tidur), pada keesokan harinya dikatakan akan dialihkan daripada tempat peraduan. Sultan yang bukan daripada keturunan Sultan Ahmadin juga tidak boleh melalui pintu hadapan kerana dikatakan akan ditimpa musibah.Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Sultan Perak ke 35
Ketika blog post ini ditulis, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Ke-35 bagi menggantikan Almarhum Ayahanda baginda yang telah mangkat pada 28 Mei 2014.Pengumuman dibuat oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sekitar jam 3.10 petang. Dalam pengisytiharan itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata, keputusan dibuat dengan pilihan dan persetujuan selepas Dewan Negara Perak yang bersidang, selaras Perkara 6 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua.
Salasilah Kesultanan Perak Sehingga Sultan Azlan Shah
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Baca juga mengenai Biodata dan Profil Sultan Perak ke-35 - Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah
Kredit:
Gambarajah - Blog Raja Ahmad Nasir - Salasilah Raja Ahmad Nasir
Sumber: Utusan Malaysia, Rencana Bertarikh 6 Mei 2009, Blog Sultan Melaka Darul Islam, Blog Raja Ahmad Nasir dan Blog UncleSeekersIII
p.s: Sumber-sumber ini boleh diragui akan kesahihannya, apapun beberapa fakta penting telah saya masukkan untuk pengetahuan umum.
terdapat pertikaian yang didengari sejak dahulu lagi.. tetapi, kita hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.. jesteru, aku anggap semua yang berlaku sekarang adalah sah..
BalasPadamNampaknya ... banyak blog bercerita soal takhta sebenar kerajaan negeri Perak ini. Masing-masing ada cerita, tetapi konsistensi penceritaan itu nampak.
PadamApapun, perlantikan yang ada sekarang telah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
ada perjanjian hitam putih antara armarhum sultan azlan dengan pewaris takhta yang sebenar .... tapi biarlah ia menjadi rahsia keluarga :) terima sajalah pelantikan sultan nazrin...
BalasPadamPernah dengar pertabalan jin,apa pula ye ceritanya.
BalasPadamOhh Tanpa Nama ... saya tidak tahu ttg itu, Tanpa Nama ada namakah?
Padamsaya asal orang bagan datoh,ada dengar ceria orang tua tua je.ikut cite nya tabal jin dibeting beras basah mengikut perjanjian asal.Keturunan raja/puteri keturunan buaya putih sebagai pemerintah dan ilmunya sangat tinggi.Bagi mengelak perbalahan termeterai perjanjian keturunan buaya putih dengan sultan perak yang pertama.Wallahualam
BalasPadamMcmna nk knal keturunan raja/puteri buaya putih tu??
Padamada dlm sebuah biografi, selepas pertbalan sultan, di seblah mlmnya akan berlakunya tabal raja jin..
BalasPadamApakah benar beberapa blog mengatakan waris pertama kesultanan perak dari keturunan sultan melaka diganti dengan waris kedua dari keturunan aceh dan keturunan ketiga dari keturunan bugis.Apakah ada waris dari keturunan ke empat
BalasPadamTidak kisah siapa menjadi raja, yg penting.. Baik agamanya, baik akhlaknya, adil pemerintahannya. Alhamdulillah, ITU dicari. Di pandangan Allah semua manusia sama yg bezakan Imannya...
BalasPadamyezza... teman stuju benor knyataan kome..
PadamAje ngan iye...
PadamBerdarah merah berdarah biru,
Putih juga penyudah yang tentu.
Yo lantak sape merintah,
kite rupe ini juge..
Takde untung ruginye..
Kabolah kita ni anak sedara raja zaman mana sklipun,ape kesah dek deme..nohenn aje..
baik kite ngajor anak2 kita sok besor usah buruk kelaku,lagi besor pekdahnye..hihi
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNk buat cmne... Sultan abdullah xmudik ke hulu sb tu sultan ismail di tabal jd sultan.. Alkisah tu pun dh lama berlalu... Klw nk ikotkn keluarga sy org kuat raja abdulah kt tlk intan tu dlu.. Rumah moyang saya sblh istana je kt btk rabbit.. Tp ms almarhum sultan idris ada kluarga jd org istana..nk wt cmne xda rezeki.. Redo je..
BalasPadamsalam..... veloce red... mksud kamu almarhum sultan abdullah muhammad shah 1(Marhum durian sebatang) ?......sy dr keturunan ini.. apa2 pun hanya Allah yg tahu kebenarannya... selain dr itu biar lah mnjadi rahsia kami...
Padamtiada gunanya kebenaran jika mereka masih menipu dan diselindungi pihak2 trtentu.
moga suatu hari mereka sedar dan terima pembalasan dri nya
Klw keturunan raja perak y betol dia xleh pijak tanah sungkai tanpa lapik 7 kain kuning dan xleh terminum air sungai sungkai.. Ada malapetaka bkl menimpa... Ce tuan try minum ke pijak tanah sungkai klw xda ape kira bkn la dia dr keturunan raja perak y kuat @ betol... Tp byk kerabat mengelak cerita daulat ini.. Klw boleh jgn bg tw org...waallahhualam...
BalasPadamrasanya terbalik tu.. bukan keturunan diraja yang tidak boleh jejak tanah sungkai.. ekoran kisah daulat, puteri buih dgn sultan idris.. dan ade lagi satu kisah yang orang tak tahu.. iaitu perwarisan raja alang iskandar.. sebelum raja alang iskandar dilantik, perwarisan sebenar adalah pada abang nya.. raja alang ibrahim.. tp, beliau menolak utk menjadi sultan.. lalu ditukar kpd adik lelakinya..
Padamape2 pun, sultan skrg dah okay.. insyaaAllah..
yang aku tau sungai tapah bukan sungkai
PadamSg sungkai..bkan tapah..buktinya masa rasmi masjid sungkai,air untuk diminum dan dipakai amik wuduk didatangkan dari Tapah..dan memang tak boleh pijak tanah sungkai tak berlapik..Sultan Idris pernah datang ke Masjid Pekan Lama di Sungkai,dan baginda sendiri mengiyakan bahawa tanpa alas kain kuning,baginda tak bebas bergerak
Padambetulke raja azlan shah tidak boleh tidur di istana iskandariah?
BalasPadamSaya tiada pengetahuan mengenai hal ini. Jazakallah.
PadamPemasyhuran DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 35 sudahpun selesai dan semoga negeri Perak akan kekal aman sentosa dibawah pimpinan tuanku.
BalasPadamHendaklah kita orang melayu taat setia kepada raja kita selagi mana baginda berlaku adil dan tidak zalim. Ingatlah intipati waad Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba selagi ianya tidak bertentangan dgn hukum syariah.
"RAJA MELAYU ADALAH PAYUNG RAKYAT. RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA"
DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU
Faizal Foxtrot Zulu Sierra , Ipoh 7 May 2015
Nice info, sangat informatik...
BalasPadamMisteri keturunan raja perak. Saya juga keturunan raja perak. Byk yg saya dgr dr nenek saya. Pernah ke istana dn dgr tentang tabal jin. Nak jdi raja bdaulat bukan mudah. Yg penting raja yg adil disembah dj dhormati wlaupun dgr crita tentang sape sbenarnye waris tahta.
BalasPadamSy sediri melihat sultan idris II (33) masuk melalui pintu depan. elok je. tak payah masuk dari depan.
BalasPadamAssalamualaikum..cuma nak bertanya, ada sesiapa mempunyai cerita Sultan Iskandar Zulkarnaian yang makamnya di Pulau InderaSakti..Difahamkan kehadiran baginda di Negeri Perak adalah mengikut anak panah yang dipanah ayahndanya dr Bukit Siguntang.Dimana jatuhnya panah perak itu disana akan dijadikan negeri/kerajaannya. Nama Sultan Iskandar Zulkarnain tersebut diambil sempena nama ayahndanya. Nama sebenar adalah Krisna Pendeta. Difahamkan juga bukan sekadar panah perak,malah panah emas di temasek & juga besi di melaka. Yang mengikut di Temasek bergelar Sang Nila Utama dan Melaka Parameswara. Jika di ikutkan kedatangan Sultan Iskandar Zulkarnain Pulau Indera sakti adalah yang terawal sebelum kedatangan Sultan Mahmud dan anaknya Sultan Mudzafar Shah 1 dari Melaka. Jika ada info2 berkaitan boleh lah dikongsikan bersama..Tk..
BalasPadamSaya baru harini tahu cerita ini. Boleh cerita lagi? Seronok membacanya. :)
BalasPadamAs salam semua...saya sedang mencari dan menkaji salasilah keturunan RAJA BERGELAR..
BalasPadamDuli Yang Amat Mulia Raja Di Baruh..sila email ke midi.hamid@hotmail.com.
Sekian Terima Kasih
Kesultanan sekarang adalah dari kesultanan ke18 dari belah ibu (tanah). Ini dilarang oleh syarak kerana keturunan dari benih masih ada. Sila lihat salasilah yang terdahulu dari yang sekarang. Ada perbezaan. yang lama kata keturunan menantu tapi yg baru menantu jadi anak. Keturunan benih dari sultan 16 masih ada tetapi di "haramkan" selain dari keturunan 18 pada undang2 tubuh perak. Kalau ada yang menuntut dari cabang raja kulop muhammad saperti raja ahmad nasir bermakna dia juga dari tanah dan tidak sepatutnya dilantik.
BalasPadamAssalamualaikum,saya nak tanya sejak bilakah sistem giliran sultan iti dilaksanakam adakah sejak sultan pertama?? Dan kalau kena ikut giliran kenapa sultan selepas sultan idris semua dari Sultan idris kenapa takde dari keturunan Raja Kulop,kan sistem giliran bukan ke patutnya ada giliran didalam kedua dua keturunan,kenapa hanya keturunan sultan idris sahaja?? Itu yang tak faham.
BalasPadamsalam...kalau nak di ikutkan waris-waris yang ada bertahta diperak ini dari waris-waris Raja Kecil Tengah Ahmad Johan Berdaulat ini sah menjadi sultan walau pun mereka bukan waris Negeri Perak,tetapi Raja Kecil Tengah Ahmad Ini merupakan anakda Sultan Ibrahim Negeri Selangor dan beristerikan Anakda Sultan Abdul Malik Negeri Perak mereka ini waris bergahara, ini kerana Sultan Negeri Selangor yang pertama(RAJA LUMU)TELAH DITABALKAN OLEH SULTAN Perak MUZAFFAR SHAH (III) IBNI Syah Alam Yang Dipertuan DYMM Maharaja Khalifah Sharif Abu Bakar pemerintah Empayer Benua Islam Siam Pasai Ma, termasuk Semenanjung Melaka, INI KERANA RAJA LUMU MERUPAKAN ANAK SAUDARA PERMAISURI PERAK IAITU TUANKU PUTERI SERI ANDALAS MERUPAKAN ANAK RAJA BUGIS.
BalasPadamKalau ikut agama islam anak angkat tiada hak kepada harta pusaka atau sebaliknya melainkan dipersetujui oleh oleh keluarga , wallahwallam
BalasPadamTolong ringkaskn siapa yg berhak raja perak?
BalasPadamMcm awie kata in Suma poyo bin poyoss
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.