Apakah kriteria yang memungkinkan seorang penulis blog itu diberikan anggapan bahawa He is a true blogger? How true? Which one? Does he have any qualification to backup the statement? What is exactly a true blogger?
Stop. Berhenti.
Am I A True Blogger?
Agak kurang afdal apabila bahasa-bahasa kucar kacir saya membuatkan anda pening kepala dan lost in translation. Saya sendiri pun dah lost. Saya sendiri tak pasti dan kurang arif nak perkatakan apa itu seorang blogger sejati. Tapi in Sha Allah, dalam entri ini saya cuba bebankan kepala otak saya untuk cuba notakan kepada semua.Ciri Blogger Sejati Tulen
Ada rakan blogger pernah memberitahu, seorang blogger sejati tak ambil cerita orang untuk dijadikan topik sensasi di dalam blognya. Malah, blogger sejati lagi tulen ciptakan cerita mereka sendiri. Kisah dan cerita mereka yang dipaparkan dan dikongsikan tak akan dan tidak mampu nak diplagiat walau seperenggan ayat. Baris kata dan kandungan semuanya milik si penulis, hatta pada gambar menampilkan seorang gadis seksi berpakaian nipis. Ini pada firasat pendek saya boleh dianggap seorang penulis blog yang tulen dan sejati. Semua isi kandungan dari A sehingga Z, termasuk gambar, termasuk 'suasana' blog adalah 100 peratus miliknya. Tak sama dengan yang lain. Dan jika ada, hanyalah blogger-blogger yang cuba menumpang situasi sahaja.Blogger bukan kaki bual kosong ntah apa-apa. Blogger bukan kaki fitnah yang tiada asas. Blogger bukan mahu kisah akan cerita orang lain. Seorang blogger sejati hanya tahu akan kisahnya sahaja. Orang baca, orang suka, orang akan baca lagi dan lagi. Bukan sebab penulis blog itu bercerita kisah orang lain yang tiada mengena dengan hidupnya.
Saya pernah kata, sebuah blog nadinya adalah trafik. Ini tanggapan seorang blogger yang nak jana income dari blog, macam saya ... dan macam kebanyakkan blogger lain.
Tetapi. Hakikatnya ialah, nadi sebuah blog adalah real content. Nadi sebuah blog adalah kandungan yang benar, kandungan yang jitu, kandungan yang original!
Real content tidak semestinya bagus. Tapi akan jadi bagus apabila ia ditulis dengan bagus. Real content adalah penulisan penuh jiwa yang orang lain tak ada dalam penulisan tersebut. Saya dan anda boleh tulis ayat yang sama, diambil daripada seorang blogger terkenal yang lain; tetapi jiwa penulisan itu tak hadir, sebab hanya pemilik asal penulisan itu yang boleh berikan.
Pernah gosok gigi dengan ubat gigi? What? tentulah pernah. (Apa punya soalankah ini?)
Setiap kali kita gosok gigi dengan ubat gigi, penjiwaan itu dimiliki oleh Colgate. Kita tak sebut gosok gigi dengan Darlie, atau nak pergi beli Safi. Kita akan bercakap; "Colgate dah abis bang, nanti beli ye ..." hakikatnya dok pakai Ubat Gigi jenama Muslimah. Colgate telah 'mendapatkan' jiwa ubat gigi itu. Jenamanya telah menjadikan ia ikon untuk ubat gigi.
Bolehkah anda baca dua tiga perenggan ayat di dalam blog ini, dan pasti ia merupakan ayat saya sebenar? Haha ... tentu tidak. Sebabnya ialah, kebanyakkan entri saya bukan dijiwai sepertimana ubat gigi Colgate. Saya bukan yang pertama menulis entri tersebut, saya bukan penjenama kepada kata kunci. Saya cuma seorang penulis yang mereka cipta ayat baru, perenggan baru hasil daripada pembacaan blog lain yang lebih dahulu terbitkan entri mahupun tajuk yang sama.
Ok. Dah pening baca?
Sebenarnya, apa yang nak saya bawakan kepada anda ialah ciri-ciri seorang penulis blog tulen sejati.
- Bukan pemain SEO dalam karangan dan penulisan entri mereka. Sebab SEO adalah teknik untuk membuatkan satu entri itu nampak bahawa dialah pemiliknya.
- Bukan kaki ping sana sini, sebab kaki ping sana sini ini adalah blogger yang berstrategi hanya untuk trafik blog dan bukan gaya penulisan tulen dan original.
- Bukan kaki copy-paste. Ini sudah tentu sekali bukan ciri seorang blogger sejati tulen. Kaki cilok dan kaki rembat artikel dan entri memang tidak selayaknya berada dan dianggap sebagai blogger sejati tulen.
A true blogger is the one who is writing a blog about his life, what affecting his life, things that happening that give colors around him and what he thinks that logically shaping the way he live his life. - Hasrul Hassan
A true blogger tidak semestinya terkenal dan dikenali. A true blogger tidak semestinya menjana income dari blog. A true blogger tidak semestinya ada pengikut yang ramai. Tetapi a true blogger ada pembaca setianya sendiri - a true blog's reader.
Ramai blogger rungut itu dan ini dalam menjadikan diri mereka seorang blogger yang baik dan bagus. Ada yang kata, hanya blogger 'otai' atau yang dah lama sahaja boleh claim title a true blogger.
Kenapa harus anda perkecilkan apa yang anda sebenarnya mampu buat?
Lihat karangan Bahasa Melayu semasa peperiksaan. Diberikan tajuk sama, malah ada disediakan dengan keyword-keyword yang sama; namun apabila anda tengok pemarkahan karangan yang dapat 100 peratus atau A+; anda tidak akan jumpa satu karangan pun yang ditulis oleh orang berbeza yang akan sama dari A sehingga Z, kecuali penggunaan keyword dan tajuk sama sahaja.
Nampak tak? Apa kata saya tadi tentang a true blogger?
Anyone can be a champion in what ever he do.
Anda tulis cerita anda, dengan cara anda, dengan pengisian anda. Tak perlu terikut dengan blog lain yang mungkin dah ada nama sendiri dalam dunia blog Malaysia. In Sha Allah, lambat laun anda akan dapat a true reader, dan bukan pengikut yang hanya ringan jari untuk klik follow this blog semata!
The Evolution of The Blogger
Kredit: Colgate Palmolive, Flowtown
Saya ni kategori emo lah kot haha
ReplyDeleteJom bergaya dengan Kasut SNEAKERS dari Zalora :)
Hahaha... :) masing-masing sendiri ada interprestasi
DeleteSokong sangat... mula2 buat blog ni saja nak isi kekosongan kelapangan yang bosan je.... lepas tu timbul minat... mula2 ketagih followers, tapi bila ada pembaca setia... sangat bersyukur... maknanya ada yang sudi baca tulisan merapu Sha dalam blog...
ReplyDeleteThx sebab berkongsi Abang Hasrul :)
Sama-sama TunSha .. :) hoho .. ada Tun baca blog saya ...
Deletenad pun buat blog sebab nak menceritakan apa na buat..selalu ga kejar trafik..ahhaha..nak berkongsi cerita..
ReplyDeletecerita saya berblog memula tak heran nak dapat followers atau komen, tapi lepas tu bila baca melalui banyak info-info tentang dunia blog, barulah faham, banyak faktor kena fikir dn ambil kira kalau betul nak readers dapat manfaat dari blog kita.Antaranya kena usaha untuk ada readers, followers, dan orang komen sebagai respon akan tulisan kita.Selebihnya kalau ada passive income, itu rezeki dan bonus:)
ReplyDeletePerkongsian yang berguna ini sifu HH :-)
ReplyDeleteEna ni masih bukan true blogger lagi. Hehehe. Tapi berblog adalah salah satu hobi ena setiap hari. urmm maybe am food blogger XD
ReplyDeletewill take note this , nice share :) wekk speaking plak den ni haha..
ReplyDeleteGenap 2bulan saya berblogging. Saya ada matlamat untuk bagi pendedahan tentang ekzema. Juga sebagai diari harian anak-anak. Banyak saya dpt dari pembacaan di atas. Perkongsian yg sgt berguna. Jemput singgah segmen raya dari irrayyan.com
ReplyDelete*hari ni baru berani nak komen kat blog HH
Alamak bang. Saya setuju sangat-sangat. In fact, kebanyakan blogger baru dekat Malaysia terlalu sangat nak kejar trafik. Tapi lepas 4 5 bulan hilang. Kadang-kadang ada yang penulisan tu memang saya seronok sangat baca. Tapi tu lah. Putus asa dengan trafik yang rendah mungkin? InsyaAllah, saya akan sentiasa menulis dan menjiwai apa yang ditulis. Terima kasih untuk artikel-artikel yang banyak membantu kami blogger baru ni. - stanzaku
ReplyDeleteTerima kasih kerana terus sudi singgah dan baca blog ini. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat dan berguna .. in Sha Allah, dunia akhirat.
DeleteBila baca entri ni seolah-olah en. Hasrul sedang memuji saya la pulak..kih kih
ReplyDeletesusah nak jumpa blogger yang berkualiti ni. Bagus blog ni. susunan layout cantik. artikel yang bagus. keep it up! ini boleh dikategorikan blogger sejati! :)
ReplyDeletehttp://kaio.my
Amin. Terima kasih atas pujian yang diberikan. Saya pun belajar banyak dari mereka yang terlebih dahulu hebat dalam dunia blog Malaysia ini.
DeleteAssalam... sgt mendalam nasihat dlm entri ni. Saya masih dikira baru dlm dunia berblog ni, namun asal minat tu bukan nak jadi blogger tetapi suka nk menulis shj atas ruangan waktu yg ada ttg apa yg saya rasa teringin nk tulis. Blog adalah tapak yg saya rasakan amat sesuai utk tujuan itu & bila dah berblog mulalah kenal ramai blogger2 hebat termasuk tuan HH sendiri. Maka jadi ghairah pulak menambah kenalan & berkongsi nukilan... makin syok pulak & risau pulak jadi tersalah arah nnti hehee..
ReplyDeleteApa pun entri ini buat saya dpt merenung kembali niat & tujuan saya berblogging... berkongsi apa yg mampu dari hati & belajar apa yg baik. T kasih sifu... :)
terus terang bang... sy blgger syok sendiri... pasal colgate st setuju benar bang... bila sesuatu benda yg pertama pasti jadi ikutan... mcm ajinomoto... walhal lazimnya ianya cuma serbuk penambah perisa je... tp bila mak atau isteri suruh beli mesti dia ckp.. " bang balik nnt belikan ajinomoto ye"
ReplyDeletesebenarnya konsep penyampaiaan itu sendiri begitu cermat dan sampai pada 2 matlamat dan tiada persoalan... jika istri kata " bang beli ubat gigi" mesti ada lagi persoalan yg tinggal... terpacul di minda " ibat gigi jenama apakah?"... begitu juga sebaliknya sebagai seorg blogger... penghasilan entry trending dgn gaya penulsan sendiri juga blh di katakan tulin... asalkan tidak kongsikan sesuatu yg trending tp dlmasa yg sama menyebarkan sesuatu yg tak baik untuk tempoh masa yg panjng... isu, fitnah, politik, semasa, adalah trafik berkala utk blog... tp realistik dlm blogging byk penyebaran tanpa iltizam utk mencari dan berdiri di kaki sendiri...
maaf klu out of topic... sekadar pendapat
blog baru ke?
ReplyDeleteSelalu nak makan mee segera mesti panggil mee megi, weh megi ade lagi? tp yang ade mee sedap, pama.. tp disebabkan jenama megi ni dah jd 'jargon' maka makanlah mee segera apa pun org tetap cakap stok megi ade lagi?
ReplyDeleteapa aku merepek ni? haha
Tq for sharing this entry . :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.