Palestin dibedil. Gaza bermandi darah. Israel tanpa segan silu, tanpa hirau, tanpa peduli menunjukkan kebongkakan mereka dengan menyerang rakyat Palestin tanpa belas kasih. Dengan senjata moden, terkini dan canggih mereka membedil kawasan penempatan rakyat Palestin, kata Perdana Menteri Israel, mereka bertindak untuk hapuskan pengganas.

Jelik dengan kenyataan tersebut. Ini bukan pertama kali alasan sedemikian diberikan. Hakikatnya yang banyak jadi mangsa adalah orang tua, wanita dan paling menyedihkan ramai bayi dan kanak-kanak kecil tidak berdosa yang menjadi korban kematian dan kecederaan.
Penipuan Derma Aman Palestin
Tentera Israel dakwa senjata mereka hebat dan canggih, tetapi saya mushkil ... dengan kecanggihan dan hebatnya senjata mereka tidak dapat pula kenalpasti mana sasaran sebenar. Mereka kejam!

Apa yang saya nampak, operasi yang dijalankan oleh pihak Israel adalah untuk melenyapkan rakyat Palestin dari muka bumi ini. Bukan atas dasar keamanan. Bukan atas dasar menentang keganasan. Merekalah yang sebenarnya bertindak seperti pengganas. Tentera Israel kejam!

Itu kesah di Palestin, kisah di Gaza. Di Malaysia; ramai rakyat negara ini bersimpati akan apa yang terjadi kepada rakyat Palestin dan penduduk Gaza. Ramai yang mahu menghulurkan bantuan serta sokongan. Walaupun tidak dapat bertindak untuk berada bersama rakyat Palestin tetapi pelbagai usaha dibuat bagi menunjukkan sokongan. Dan antara yang tak jemu membantu adalah NGO - Aman Palestin.

Berapa Aman Palenstine Dapat Dari Derma Masyarakat?

Baru-baru ini Aman Palestin telah mewar-warkan cara mudah untuk hulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin, iaitu menerusi SMS, selain cara biasa yang telah bertahun dibuat iaitu menerusi pindahan wang derma sedekah ke akaun-akaun bank yang telah dikhususkan.
Derma Melalui SMS Aman Palestin | SMS Palestin10 hantar ke 39111
Notasi RM 10 / 5 / 3 / 1
Ada pihak mula pertikaikan konsep derma sedekah menerusi SMS, dan membawa kebimbangan sesetengah pihak, takut derma sedekah tidak sampai. Ada pula cuba mendapatkan penjelasan berkaitan sistem SMS. Ada pula yang mempertikaikan sumbangan yang diberikan tidak sampai sepenuhnya kepada pihak yang sepatutnya.

Di sini saya kongsikan penjelasan yang telah diberikan oleh Aman Palestin mengenai kebimbangan ramai ini.



Apa yang dibimbangkan oleh masyarakat mungkin disebabkan wujud beberapa individu yang cuba menangguk di air keroh akan isu Palestin dan ambil kesempatan atas usaha yang dilakukan oleh Aman Palestin mengumpul dana membantu rakyat Palestin.

Penipuan Menggunakan Nama Aman Palestin

Mereka dengan secara terang tanpa berselindung muncul di khalayak ramai mengutip derma atas alasan ia merupakan sumbangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin menggunakan logo Aman Palestin.
Penipuan Derma Aman Palestin
Adalah sangat tidak wajar perkara ini berlaku. Saya sendiri sangat kecewa dengan tindakan sesetengah individu dalam masyarakat yang cuba ambil jalan mudah kaut untung dari simpati rakyat negara ini khususnya umat Islam Malaysia.
Cara sumbangan derma ke Aman Palestin

Buat anda dan masyarakat Malaysia, jika ingin membantu dengan ikhlas dan jujur, lakukanlah menerusi saluran yang sah dan diyakini. Anda hitam putih, ada pendaftaran dan kebenaran. Jangan tertipu dengan orang perseorangan mahupun sindiket yang mungkin membayangi kegiatan-kegiatan penipuan derma sedekah Aman Palestin untuk bantu kurangkan kesengsaraan rakyat Palestin dan penduduk Gaza.



18 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya Allah masih ad lg yang sanggup berbuat demikian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pertama kali. Sebenarnya banyak lagi kes-kes penipuan yang seperti ini .. BERSAMAMU pun ada gak yang guna.

      Delete
  2. Dari dulu x percaya dengan geng tong putih ni...

    ReplyDelete
  3. bnda mcm ni pun nk tipu.. manusia-manusia... sedih kadang2 pikirkan rakyat malaysia ni..

    ReplyDelete
  4. Palestin bermandi darah... mereka mencari keuntungan :( Ya Allah...
    tapi dari dulu pun memang takde hati nak derma bila orang pegang2 kotak putih ni sambil letak gambar kanak2 Palestin... rasa fishy je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ikan ikan ehh .. hehehe.. tu la tak patutlah buat camni .. kalau ada hudud .. dah lama hilang tangan dah ni.

      Delete
  5. problem juga kalau ada manusia yang ambil kesempatan atas kesengsaraan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal Kaio .. tak fahamlah saya dengan gelagat manusia sekarang ni.

      Delete
  6. Tengah tengah macam ni ada juga yang ambil kesempatan. Astagfirullah!

    ReplyDelete
  7. Manusia x berhati perut, ambik kesempatan atas kesusahan org lain...

    ReplyDelete
  8. Penipu-penipu yang lebih SIAL dari Yahudi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) harap dapatlah guna bahasa yang lebih baik.

      Delete
  9. Tajuk entry ni agak mengelirukan. Awak nak cerita pasal penipuan Aman Palestin ke atau pasal penipuan menggunakan nama Aman Palestin? Itu dua perkara berbeza. sekali pandang org akan ingt Aman Palestin penipu if diorang x baca entry ni walhal aman palestin pagi petang siang malam berhempas pulas memberikan apa yg terdaya utk bantu saudara islam kita di sana.. hope tuan blog ni dpt take note. sy ckp sebagai saudara islam yg kasihkan saudara islam yg lain.. syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat pertama yang diturunkan kepada kita .. umat Islam adalah mengenai apa? Sia-sialah saya menulis jika orang tidak membaca? Dan kerana apa dibuat tajuk sebegitu? Supaya apa yang diturunkan kepada umat Islam itu dipraktikkan. Saya tak andaikan semua orang akan baca, tetapi untunglah siapa yang baca. Tak gitu?

      Delete
    2. Oh ya, lupa nak bagitahu, tajuk entri ini bukan tajuk saya suka-suka, ia tajuk dari headline Aman Palestin sendiri ... baca nukilan FB yang diberikan di atas tu.

      Delete
  10. Boleh lagi amik kesempatan...tak halal duit yang diaorng dapat tu..

    ReplyDelete
  11. tak baik menipu dalam bulan ramadan al mubarak ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement