Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh sebuah media hiburan, blogger Mazidul Akmal telah diserang angin ahmar. Mazidul telah menerima rawatan di Pantai Medical Centre dan telah berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara. Namun, difahamkan, sebelum menjalani pembedahan, beliau sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.
Mazidul Akmal Berada dalam Induced Koma
Daripada Facebook Kamal Affendi, difahamkan blogger dan wartawan terkenal Mazidul Akmal koma semenjak 21 Jun 2014 yang lalu.Saya doakan yang terbaik buat saudara Mazidul, agar kembali pulih sedia kala dan terus memberikan laporan serta pendedahan terbaik berkaitan jenayah di blognya. Tidak ramai blogger Malaysia seberani beliau, yang kadangkala saya sendiri pun berbeza pendapat dan agak kurang setuju dengan beberapa penulisan beliau.
Mungkin ada yang tidak tahu, blog Mazidul Akmal - Bersama Mazidul adalah antara salah satu penyumbang trafik tertinggi ke blog ini satu masa dahulu. Malah, Mazidul Akmal adalah antara pengikut awal blog ini, dan pernah beberapa kali meninggalkan komen di beberapa entri tertentu.
Semoga Mazidul Akmal kembali pulih sedia kala.
harap dia cepat sedar kembali..kesian pulak tengok
ReplyDeletehope saudara Mazidul segera sembuh......
ReplyDeletesesungguhnya sesuatu penyakit itu tidak lain tidak bukan hanyalah kifarah dosa......semoga abam mazidul tabah dgn ujian Allah dan cepat sembuh seperti sedia kala. Mgkn skrg ini ujian buat beliau, ujian buat kita tak tahu mcm mna rupa dia. nauzubillah
ReplyDeletesetuju :) semoga kita juga terpelihara... dan semoga mazidul akmal sembuh sediakala...
DeleteKita doakan yang terbaik buat Mazidul Akmal Sidik .. dia hanya induced coma, in Sha Allah .. nanti akan sedar.
DeleteBeliau banyak buat pembongkaran pelbagai hal,sekarang ni kita doakan beliau agar kembali pulih
ReplyDeleteSemoga beliau cepat sembuh..
ReplyDeleteterkejut dengar berita nie.. baru je tengok majalah 3 hari tu dia jadi wartawan penyiar... semoga beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa...
ReplyDeleteUjian Allah buat dirinya.
DeleteSyafahullah... Aamiin... Beliau insan yg baik
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh and sedar dr koma..
ReplyDeleteSemoga beliau cepat sembuh. Patutla lama tak kelihatan status di FB beliau.
ReplyDeleteKita doakan yang terbaik buat Mazidul Akmal ...
DeleteSemoga dia behenti kutuk hina bangsa orng dan insaf
ReplyDeletebila dia hina bangsa org??semoga ko behenti tuduh orang dan insaf..ok.
DeleteDoakan sahaja yang terbaik buat dirinya, dia masih saudara seagama kita.
DeleteHarap Mazidul cepat sedar dan sembuh.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.