Candy Crush Saga pernah main tak? Ini antara permainan yang popular dimain di peranti-peranti atau gajet seperti tablet, telefon android juga iPad dan iPhone. Semasa mula-mula popular, mana saya nampak mereka yang pegang gajet pasti tengah dok main Candy Crush.

Candy Crush permainan yang boleh dianggap satu permainan yang mencetuskan fenomena. Bukan setakat budak je yang main, orang dewasa malah warga emas pun ada yang main game Candy Crush Saga ni. Siap ada yang taraf nenek main lawan mata dengan cucu-cucu lagi.

Candy Crush Saga Fenomena Permainan Puzzle

Candy Crush Saga Yang Dilupakan
Candy Crush Saga ialah permainan puzzle suai padan yang dikeluarkan oleh pembangun game terkenal, King. Ia telah mula diperkenalkan di dalam Facebook pada 12 April 2012 dan kemudian pada November, permainan ini mula boleh dimainkan di peranti-peranti gajet dan juga telefon pintar.

Pada Mac 2013, Candy Crush telah berjaya menewaskan permainan FarmVille 2 yang sebelum itu sangat terkenal dan popular di Facebook, dengan purata dimainkan oleh pengguna hampir 46 juta setiap bulan!

Dalam keluarga saya pun, boleh dikatakan semua main game ini. Dari anak sulong saya, sampailah kepada anak perempuan tunggal saya. Saya pulak tergoda nak main Candy Crush Saga selepas isteri saya dok mula main lawan dengan ipar duai. Masing-masing dok syok dan banding-banding score dan level.

Mula Digoda dan Tergoda Dengan Candy Crush Saga

Candy Crush Saga Yang Dilupakan
Saya yang mulanya sekadar nak cuba-cuba, akhirnya telah terjebak ke dalam kancah kegilaan permainan Candy Crush Saga ini. Hampir setiap hari, setiap jam saya main game ini sehingga berjaya langkau level dan peringkat dalam masa singkat.

Erkk of course lah dengan bantuan beberapa teknik cheat yang diguna-pakai .. hahaha..

Kali terakhir saya main Candy Crush ialah pada level 100 lebih, dan lepas tu malas nak sambung dah. Dan kalau main pun, main kepunyaan akaun anak-anak, dan pastinya bila main asyik dapat high score sahaja sebab dah tahu teknik dan cara game itu susun susun puzzle yang ada.

Kini, saya nampak permainan Candy Crush sudah jarang dimainkan, baik saya, anak-anak dan juga orang sekeliling. Tak macam dulu, bila time dok tunggu nombor giliran di hospital pun ada yang melayan permainan Candy Crush ni .. :)

Anda? Ada ketagihan tak dengan permainan seperti ini?

Candy Crush Saga sudah seperti dilupakan ...


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement