Isu hangat. Isu pakaian yang dijual di Jakel. Baru-baru tetiba sahaja kecoh mengenai isu pelanggan beli baju raya di Jakel tak puas hati dengan kualiti serta layanan oleh staff Jakel. Apabila saya tengok satu-persatu cerita yang dikongsikan oleh mereka yang pernah berurusan dengan pihak Jakel, nampak ada bercampur-baur. Ada kata ok, ada kata tak ok. Namun, isu ini jadi hangat apabila seorang Facebooker bernama Aiman Notty memberikan reaksi dan komen mengenai baju Aaron Aziz yang dibeli di sebuah outlet Jakel di Johor di FB Jakel.

Isu Jakel Didakwa Tipu Pembeli - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur

Isu Jakel - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur
Daripada penelitian mata kasar sayalah, komen bercampur-baur ini sebenarnya ada kaitan dengan harga kain yang dibeli. Ramai pelanggan yang tidak berpuas-hati adalah disebabkan kerana harga dibandingkan dengan kualiti yang mereka terima tidak setimpal.

Saya difahamkan harga baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak dijual sekitar RM200-RM350 sepasang. Kalau bagi diri sayalah, harga baju melayu macam tu dah kira sangat mahal. Bukan mahal ehh, tapi sangat mahal. Sebabnya saya boleh dapat dan beli baju melayu kualiti terbaik dengan harga kurang dari RM100 pun. Malah, saya pernah beli set baju Melayu dengan harga RM80 dari butik pakaian. Kalau dibuat perbandingan, dah lebih 2 kali, 3 kali ganda tu.

Pembeli Tidak Puas Hati Baju Raya Zizan Razak Jakel

Isu Jakel - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur
Jadinya, kalau pelanggan sudah bayar mahal, tentulah mereka expect kualiti terbaik walaupun tidak boleh nak jadi sekacak Aaron Aziz dan semancung hidung Zizan Razak dengan memakai baju Melayu yang menggunakan nama dua selebriti terkenal ini.

Namun, saya juga lihat ada pelanggan yang berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Jakel. Kena ingat ehhh, produk Jakel bukan hanya pada baju Melayu Aaron Aziz mahupun baju Melayu Zizan Razak; ada banyak produk lain, macam tikar, langsir, kain ela, baju kurung, dan macam-macam lagilah.

Pelanggan Yang Puas Hati Dengan Jakel


Isu Jakel - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur
Saya dapat tahu ada pakaian dengan nama Datuk Siti Nurhaliza juga dijual di Jakel. Betul ke? Malah ada selebriti lain juga .. tapi tak pasti produk apa, permaidani kot.

Pelanggan yang puas hati kebanyakkan suka dan tabik pada servis yang disediakan. Mereka kata customer service Jakel bagus. Ada yang memberikan komen memceritakan saat manis dilayan staff dan jurujual Jakel yang manis-manis senyuman dan mesra.

Sebenarnya isu ini berkaitan manusia.

Susah nak deal dengan manusia ni sebenarnya. Mudah salah tafsir. Mudah salah faham. Mudah tersinggung, mudah melatah.

Ada part bagus, ada part tidak bagus. Jadinya semua yang berlaku bolehlah dijadikan sempadan untuk kebaikan di masa hadapan.

Sebagai pelanggan dan pembeli, ada berhak memilih dan menggunakan hak-hak anda sebagai pengguna. Jika rasa ia tidak berbaloi dengan wang, jangan beli. Pilihan ada. Tak suka beli belah di Jakel, boleh pilih tempat lain. Jika suka, teruskan.
Jakel tipu pelanggan dengan promosi tidak masuk akal

Dan buat Jakel dan staff keseluruhannya, mungkin selepas insiden dan isu ini dibangkitkan ramai, bolehlah lihat kembali mana part yang boleh diperbaiki. Saya pasti pihak pengurusan tiada niat nak menipu, tetapi memberikan sesuatu yang mereka fikirkan terbaik untuk pelanggan. Ye tak?

Saya bukan pelanggan Jakel. Tapi saya pernah berurusan di Jakel Sungai Petani satu ketika dahulu. Tak berani membeli sebab banyak barang yang nampak berkualiti saya tak mampu nak beli. Mungkin pada setengah orang ia berbaloi dengan nilai wang mereka. Tepuk dada tanya selera.

Kenyataan Rasmi Jakel Mengenai Polisi Penukaran Baju Dari Jakel

Tiada Permohonan Maaf? - Kredit: FB Jakel
Apapun, saya kagumi dan hormati tindakan cepat yang dilakukan oleh pihak pengurusan Jakel dalam memberikan reaksi kepada isu ini, terutama sekali kepada kes Aiman Notty dan pelanggan lain secara amnya.
Pelanggan Tak Puas Hati Jakel

Semua isu, perkara dan masalah ada jalan penyelesaiannya. Terpulanglah pada kita untuk mencari jalan untuk tidak memanjangkannya dan menjadikannya satu barah yang akan membunuh di kemudian hari.

Kita semua boleh jadi manusia yang terbaik, in Sha Allah jika kita sedar dan tahu bagaimana untuk menjadi sebaik-baik manusia. Haaa .. kan tak pasal-pasal je nama Zizan Razak dan Aaron Aziz sedikit tercalar .. hoho .. :P

Kredit: Facebook Jakel, PenMerah.com dan Apahell.blogspot.com


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement