Betapa saya merasakan diri sangat beruntung dapat kenal pacat dan lintah seawal usia 5-6 tahun. Tak perlu jauh-jauh, setiap kali balik ke kampung, mesti merasa gigitan pacat di celahan jari kaki, dan kadangkala lintah di betis. Apatah lagi tengok kerbau berkubang, lembu menguap, kambing mengembek dan itik pulang petang bersengol-sengol.
Pembelajaran Hidup Bukan Percuma Seperti Dulu ..
Kecil-kecil dengan adik beradik, dengan sepupu sepapat, dengan kawan-kawan sekampung merasa tangkap ikan puyu, ikan sepat dan ikan laga dalam semak belakang rumah setiap kali air lombong melimpah. Merasa memancing dari dapur sehingga dapat satu tong ikan. Merasa menjerat burung puyuh dan burung wak-wak.Tapi sekarang, benda-benda macam ni dah jadi sukar nak dapat untuk anak-anak.
Anak-anak hidup dalam kawasan taman. Nak jumpa lintah dan pacat memang susahlah, apalagi nak merasa tangkap ikan puyu, sepat, puyuh liar mahupun burung wak-wak.
Benda biasa bagi kita satu ketika dahulu, dah jadi macam satu yang sangat istimewa buat anak-anak zaman baharu, generasi z.
Saya lihat anak-anak saya, setiap kali balik ke kampung, macam orang jakun tak pernah kejar ayam, lihat itek, mahupun kumbang tanduk yang dulunya saya dok main-main ikat terbang. Tak merasa main selut, mandi sungai, mandi lombong... la ni, nak buat benda ni, kena bayar ... hoho.
Terpaksa pasrah. Dulu dah tak macam sekarang.
Sekarang, pembelajaran hidup bukan percuma seperti dulu. Semuanya harus dibayar, dan semuanya berlaku atas nama pemodenan dan pembangunan.
- Nak tengok ikan, kena bayar.
- Nak tengok lintah pun kena bayar, malah nak main tanam padi pun kena bayar.
- Nak tengok burung, kena bayar.
- Nak belajar mengait kena bayar.
- Nak belajar buat eksperimen kena bayar.
- Langsung nak tengok TV pendidikan pun kena bayar ... dulu TV pendidikan percuma kat RTM2.
Sedih.
hidup sekarang semua kena duit...
ReplyDeletetapi duit x boleh segalanya...
duit...duit..mana nak cari duit...hehe
ReplyDeleteJom terjah entri terkini MINDAKABUR : Bluestacks Menjalankan Aplikasi Android Pada Komputer
dulu lain..sekarang lain bro!..sekarang semua perkara berbayar
ReplyDeleteBetul tu. Sekrang semua kena bayar. Semoga Allah bantu dan mudahkan usaha kita semua mencari rezeki yang halal.
ReplyDeleteBukan setakat nak belajar, bahkan start je enjin kereta, duit pun sama2 jalan.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.