Erkk, saya bukanlah nak bertukar menjadi blogger dunia hiburan Malaysia, cuma nak berkongsi kepada anda bahawasanya keperibadian seseorang itu boleh sahaja bertukar bila-bila masa atas kehendak Allah S.W.T. Hari ini jadi model iklan Playbloy, esok lusa mana tahu, hidayah dari Allah S.W.T bertukar menjadi seorang ikon muslimah. Sesungguhnya kekuasaan itu terletak pada yang Maha Esa. Dengan mudahnya, Allah S.W.T boleh membalikkan hati, samada dari kurang baik kepada lebih baik, dan dari baik kepada kurang baik.
Senarai Selebriti Wanita Malaysia Hijrah Bertudung 2014
Ramai selebriti wanita Malaysia yang kini bertudung pada Ramadhan tahun ini; atau nak lebih umum pada tahun 2014 ini. Antara yang boleh saya senaraikan adalah seperti di bawah.- Neelofa
- Ziana Zain
- Ana Dahlia
- Umie Aida
- Min Yasmin
- Fara Fauzana
- Juliza Adzlizan
- Nina Iskandar
- Raja Azmi
- Uqasha Senrose
Ana Dahlia Bertudung Ramadhan 1435H - Kredit Foto: Portal Murai |
Ziana Zain Bertudung - Kredit Foto: Portal Murai |
Nina Iskandar, Pelakon 'Raya Ni Mesti Kahwin' |
- Felixia Yeap yang telah memeluk Agama Islam pada 5 Ramadhan yang lalu; dengan nama baru Raisyyah Rania Yeap.
Ramai selebriti wanita Malaysia bertudung hari ini bukanlah kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk, tetapi saya fikir adalah kerana dalam hati mereka sudah ada niat untuk melakukan yang terbaik untuk diri mereka, dan mereka berusaha ke arah itu. Satu pujian perlu diberikan atas kejayaan mereka ini.
Ok. Ada yang tak berapa suka saya dok cerita pasal artis, apatah lagi artis dan selebriti wanita; itu terpulanglah. Apa yang ingin saya sampaikan adalah, sebagai manusia; adakala kita sering tersasar dan suka melihat akan kekurangan dan kesilapan orang lain; seperti mana juga saya yang kadangkala tergelincir memberikan sesuatu dalam blog saya.
Yang baik boleh jadi buruk. Yang elok boleh jadi basi. Yang cantik boleh jadi hodoh. Yang dikecam boleh jadi dipuji. Ini semua berbalik pada hati. Dan semoga hati-hati kita semua telah berjaya dibersihkan di bulan Ramadhan 1435H (2014) ini, in Sha Allah.
p.s: Jangan lupa bayar zakat fitrah ye kawan-kawan.
Oh Ziana Zain pun dah turut bertudung. Bagus betul. Adakah ni semua penangan Felixia Yeap? ehehe
ReplyDeleteYeap, Ziana Zain pun dah bertudung skrang ni ...
DeleteAlhamdulillah.Moga Allah redha dan istiqamahkan hati kita bersama.InsyaAllah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Berkat penghijrahan mereka. Akan ramai umat Islam akan bertudung terutama di Malaysia akan minat bertudung walaupun pada asalnya tudung bukan wajib tetapi tutup aurat tu yg wajib. Bertudung walaupun belum sempurna itu adalah permulaan yang baik.ameen
ReplyDeleteSemoga mereka yang telah memulakan langkah ini akan kekal tetap dan istiqomah
DeleteDan kini tahun 2019, ada di antara mereka yang membuka balik tudung mereka. Btw, maybe dah tahu dah sekarang ni kot, tapi Nina Iskandar tu cuma pakai tudung di Brunei sahaja, di Malaysia bukak balik. Macam biskut. Kejap ada, kejap tak ada.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.