Tak susah sebenarnya nak memasak. Bagi saya seorang surirumah atau setengah sebut sebagai surarumah, memasak lauk pauk bukanlah satu tugas yang berat. In Sha Allah, saya boleh memasak dengan jayanya; tapi jangan minta saya masak perkara yang sama setiap hari, kerana rasanya akan jadi berbeza beza .. hahaha.....
Resepi Mudah Masak Sup Kepala Ikan Merah
Bagaimana saya masak sup kepala ikan merah dengan mudah? Ok. Sebagai lelaki, sup merupakan masakan yang paling mudah nak dibuat. Boleh saya ibaratkan memasak sup adalah seperti memasak mee segera, hanya tuang air dan masukkan rempah ... itu sahaja.Dalam resepi mudah sup kepala ikan merah ini, saya menggunakan perencah sup yang satu-satunya sangat mudah didapati di kedai-kedai runcit iaitu perencah sup Adabi. Dengan berbekalkan dua bunjut perencah sup ini, saya dah boleh sediakan sup kepala ikan merah yang menambat hati isteri dan anak-anak saya.
Bahan-Bahan Resepi Sup Kepala Ikan Merah
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Perencah sup (mesti ada buah keras, buah pelaga, kulit kayu manis dan daun apa ntah)
- Tomato
- Ubi kentang
- Kepala ikan merah dipotong 4 bahagian
Tumis atau Tidak?
Jika menumis, pastikan anda masukkan bahan-bahan kisar, bersama dengan bunjut sup beserta tomato dalam 2 biji. Tomato saya masukkan dulu supaya rasa masamnya sebati dengan bahan tumisan. Apabila naik bau, saya akan masukkkan air secukupnya.Tips Pilih Kepala Ikan Merah Segar
Untuk ikan merah, bagi yang mahu rasa lebih sedap, pilihlah kepala ikan merah yang segar. Untuk itu, tips yang paling bagus anda gunakan ialah dengan melihat kejernihan mata ikan, jika jernih, in Sha Allah, rasa ikan akan sedap. Pastikan juga anda lihat pada insang ikan, mesti ada tanda lendir sedikit. Untuk masak sup kepala ikan merah, buang terlebih dahulu insangnya untuk elak rasa dan bau hanyir dalam sup nanti.Bila sup dah mendidih, anda perlu masukkan ubi kentang dahulu. Selepas masukkan kentang, masukkan pula garam. Rasa sup anda. Biarkan sup anda mendidih sehingga kentang itu empuk. Jika ok, masukkan pula kepala ikan merah yang telah dibasuh dengan bersih.
Sesudah itu, rasa sup ikan anda. Jika tak cukup masam, tambahkan tomato. Anda juga boleh masukan sedikit cili api untuk berikan rasa pedas pada sup. Elakkan anda kacau terlalu kerap sup anda, supaya kepala ikan merah tidak hancur.
Angkat sup kepala ikan merah apabila rasanya dah marvelous ... hoho.
Sekian. Itulah cara saya masak sup kepala ikan merah dengan mudahnya ....
Jika nak, boleh masukkan aksesori lain ke dalam sup tersebut seperti serai, daun bawang, daun sup mahupun biji lada hitam (sesuai untuk ibu selepas bersalin).
Selamat mencuba.