Menurut laporan Sinar Harian, twitter bot yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.
Rusia Kantoi Ubah Info MH17 Dalam Wikipedia
Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".
Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits
Laporan asal kepada sumber berita Sinar Harian itu adalah dari TheTelegraph:
Russian government edits Wikipedia on flight MH17Adakah pihak kerajaan Russia yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan kapal terbang MAS MH17 terhempas di timur Ukraine? Atau adakah ini satu propaganda yang dibuat oleh mereka yang cuba memanipulasi keadaan? Semua laporan akhbar baik tempatan mahupun antarabangsa melaporkan bahawa kapal terbang MAS MH17 telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu darat ke udara. Persoalan sekarang, siapa yang menembak?
A political battle has broken out on Wikipedia over an entry relating to the crash of Malaysian Airlines flight MH17, with the Russian government reportedly removing sections which accuse it of providing "terrorists" with missiles that were used to down the civilian airliner
Dalam tragedi yang berlaku pada 17 Julai itu, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas dan mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.
Ia merupakan satu tragedi dan berita sedih buat seluruh rakyat Malaysia. Dan kerajaan telah umumkan bendera separuh tiang dikibarkan bagi mengingati tragedi ini.
apa pun niat yang tidak elok... akan ada kesan sampingannya... tak kan tak tahu lagi.
BalasPadamHarap semuanya akan terjawab, yang mana bersalah akan dibawa ke muka pengadilan..
BalasPadammedia antarabangsa (barat) semacam berat sebelah, dah jatuhkan kesalahan pada pihak russia/pemisah. sedangkan hasil siasatan rasmi belum ada lagi.
BalasPadampada saya, russia juga ada hak nak ubah info dalam wikipedia tu, sebab laman tu untuk sesiapa sahaja sumbangkan maklumat (betul atau salah). bukannya rujukan untuk mendapatkan fakta yang totally sahih.
Wikipedia tu pun belum tentu sahih. Masing-masing boleh ubah hujah masing-masing.
BalasPadamPersoalan utama sekarang adakah mangsa dan keluarga mangsa akan mendapat keadilan yang sewajarnya daripada tragedi malang yang menimpa mereka ini...
BalasPadamSoalannya, siapa yang berani nak HERDIK Rusia?
BalasPadammudah-mudahan Allah Swt memberi petunjuk...
BalasPadamLama kelamaan nanti macam-macam versi cerita akan keluar, Ukraine akan tuduh Rusia dan Rusia pulak tuduh Ukraine. Nampak macam tiada kesudahan untuk Malaysia.
BalasPadamharap segalanya selesai dengan cara baik...insya Allah
BalasPadamKesian negara kita Malaysia menjadi mangsa gara2 perbalahan org luar. May Allah bless and ease everything. Amin
BalasPadamApapun harap segera siasatan telus dapat dijalankan. ada beberapa analysis dari pakar-pakar dengan beberapa teori di sudut-sudut yang berlainan, dalam Astro Awani. kita semua mahukan kebenarannya.
BalasPadamMoga2 dpt dselesaikan sebaik mungkin
BalasPadamrajin plak diorang ubah ye. haha
BalasPadamHarap-harap ada penjelasan yang lebih baik selepas ini.
BalasPadamKita doakan moga Allah beri pertunjuk dan dijauhi dari fitnah akhir zaman
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.