Setiap isteri suka apabila suami pandai mempamerkan cintanya. Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Itulah penyubur kasih sayang antara suami dengan isteri. Sifat ini perlu dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua. Anak-anak dan cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersifat romantik.
Sikap romantis lahir daripada hati yang kaya dengan kasih sayang. Sikap ini adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap ini bukan sekadar perlu dilahirkan di bilik tidur, sebaliknya di mana-mana pun dan pada bila-bila masa selagi ia berada dalam batas kesopanan adab Islam.
Rasulullah S.A.W Seorang Suami Romantis
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan isterinya semasa mereka berada di rumah. Kadangkala Baginda memotong kuku isterinya, mandi junub bersama-sama dan akan mengajak salah seorang daripada isteri Baginda untuk musafir bersama-sama untuk mengeratkan ikatan kasih sayang. Baginda juga memanggil isteri-isteri Baginda dengan panggilan yang mesra dan menyenangkan. Panggilan yang sentiasa lembut dan lunak menunjukkan kasih sayang Baginda terhadap isteri-isterinya.Hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kepada kasih sayang suami terhadap isterinya. Rasulullah SAW amat menggalakkan amalan memberi hadiah dalam rumah tangga kerana dengan cara ini kasih akan bertambah. Sudah menjadi sunatullah, semua orang suka bergurau senda dan bergelak-ketawa. Ini termasuklah gurau senda antara suami isteri. Rasulullah SAW suka berjenakan tetapi Baginda tidak berkata melainkan yang benar.
Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Segala sesuatu selain zikir kepada Allah adalah permainan dan sia-sia kecuali empat keadaan; seorang suami yang bergurau senda dengan isterinya, seseorang yang melatih kudanya, seseorang yang berjalan menuju antara dua sasaran, dan seseorang yang berlatih berenang.” (H.R: al-Nasa’i)
Pada suatu hari, sekumpulan wanita datang menemui para isteri Rasulullah SAW untuk mengadu mengenai suami-suami mereka. Apabila Rasulullah SAW mengetahuinya, baginda lantas mengatakan:
"Suami-suami mereka itu bukan yang terbaik di kalangan orang-orang mu." (Sahih Abu Dawud). Baginda juga mengatakan "Sebaik-baik di kalangan kamu ialah yang terbaik terhadap keluarganya, dan akulah yang terbaik di kalangan kamu terhadap keluargaku." (Sahih al-Tirmidhi dan Ibn Majah).
Wanita Ciptaan Allah yang Amat Istimewa - Gambar Sekadar Hiasan |
Akademi iMuslim Malaysia
Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’.Sepanjang tiga tahun yang lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia.
Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW - The Bidadari 2014
Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai tonggak pemimpin masa hadapan ummah. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat.Wanita Muslimah Bukan Hanya Perlu Cantik Wajah Tetapi Hati - Gambar Sekadar Hiasan |
Dua hari yang sarat dengan keilmuan menjanjikan peluang untuk mengetahui dan mengambil ibrah srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW. Di samping itu, Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah mengenai para sahabat hasil didikan Rasulullah SAW melalui perjalanan dakwah, panduan dan kepimpinan yang sentiasa relevan dengan cabaran semasa.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 3,000 orang peserta dijangka hadir ke Konvensyen ‘The Bidadari’ pada kali ini. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com dengan harga tawaran sebanyak RM 100 sehingga 31 Julai 2014.
Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.
Sumber:
1. Ciri-Ciri Suami Idaman, Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Solusi Isu No. 25
2. Enjoy Your Life, Dr. Muhammad ‘Abd Al-Rahman Al-‘Arifi
ALHAMDULLILAH
ReplyDeleteSememangnya Rasulullah SAW ada sebaik-baik role-model yang perlu diikuti oleh semua umat Islam.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.