Salah satu cara untuk blog anda tampil unik ialah dengan adanya kelainan. Kadang-kala kelainan ini benda yang kecil je. Mungkin anda masih belum cukup pengalaman nak tampil unik dengan gaya penulisan yang berjiwa dan berseni. Tak mengapa, saya berikan alternatif untuk blog tampil unik dengan tersendiri.

Salah satu caranya ialah dengan memberikan satu keistimewaan kepada pengunjung bila baca blog anda. Dan kali ini, saya nak kongsikan bagaimana anda boleh tambahkan efek bling-bling pada cursor apabila blog anda ada pengunjung. Ingat tak lagi tentang efek salji dalam blog yang pernah saya tampilkan dulu? Ramai juga blogger yang guna efek kesan salji dalam blog, termasuk seorang blogger yang memang cukup ilmu dalam buat duit dengan blog...hoho ...

Cara Tambahkan Efek Bling Bling Cursor

Tambahkan efek bling-bling pada cursor secara automatik apabila pengunjung 'berlegar-legar' di dalam blog. Haaa ... nampak tak permainannya di sini, berikan sedikit keseronokan pada pengunjung blog anda, nanti akan beri kesan positif terhadap tempoh masa seorang pengunjung blog berada di blog anda. Lebih lama dia ralit dok syok main-main cursor tu, maka lebih positiflah blog anda dalam satu sudut tertentu.
Cara Tambahkan Efek Bling Bling Cursor dalam Blog

Untuk tambahkan efek bling-bling pada cursor, apa yang perlu anda buat hanyalah gunakan script yang telah tersedia ini sahaja. Letakkan di dalam blog anda. Letaklah di mana-mana, tapi nasihat saya, paling afdal ialah meletakkan ia di bahagian paling bawah di sidebar blog jika anda gunakan Add HTML untuk letakkan kod javascript ini.
  1. Dari dashboard - design - add a gadget - HTML/javascript.
  2. Pada ruangan HTML/javascript, masukkan kod berikut.

  • Putih - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/putih.js
  • Hitam - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/black.js
  • Hijau - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/lawngreen.js
  • Hijau kebiruan - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/aqua.js
  • Biru - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/biru.js
  • Ungu - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/purple.js
  • Pink - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/salmon.js
  • Kuning - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/yellow.js
Efek bling-bling akan keluar pada cursor dengan warna-warna yang dinyatakan di atas. Pilih mana yang ikut kesesuaian dan masukkan URL javascript itu dalam kod terawal yang saya berikan tadi.

Kod ini juga boleh anda terus letakkan di dalam kod HTML utama blog anda. Boleh letakkan sebelum tutup kod

Tak berapa pasti bagaimana ia berikan efek bling-blog pada cursor? Ok, cuba sahaja ... tak ada apa punyalah .. rasa sesuai, kekalkan, rasa tak sesuai .. buang je. Gitu.... :P

Selamat mencuba.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kite suke efek free gmbar botol tu kat tepi tu..hehe..comel je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho ...:) itu special ... keh keh keh ..

      Padam
  2. dulu pernah nk try letak...tapi ada orang cakap efek bling2 ni akan membuatkan sesebuah blog tu berat...ye ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa sahaja yang ada kaitan dengan menggunakan javascript dari pautan luar memang akan beratkan blog. Boleh diringkan dengan masukkan terus javascript itu dalam HTML koding tetapi fail dia mesti kecil.

      Padam
  3. terbaik lah.. tapi untuk Blogspot je kann

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement