TVC Raya 2014 daripada Petronas kali ini menampilkan mesej pulang berhari raya ke pangkuan bonda. Satu iklan raya berdurasi penuh 2 minit 57 saat memaparkan suasana hari raya di kampung. Suasana ceria, gembira, seronok serta keterujaan berhari raya dijadikan sumber dalam video ini.
Jom layan TVC ini dengan rasa syukur.
TVC Raya Aidilfitri 2014 Petronas Ke Pangkuan Bonda
Bercakap soal berhari raya, saya dan famili akan pertama kali berhari raya di Kuala Lumpur. Ini adalah pengalaman saya secara peribadi berhari-raya di sebuah kota metropolitan, tak pernah selama hampir 40 tahun usia saya ada pengalaman berhari raya di Kuala Lumpur.
Jujurnya, memang telah menjadi satu keinginan untuk saya berhari raya di Kuala Lumpur, dan nampaknya 2014 merupakan tahun pertama saya.
Raya di Kuala Lumpur Ke Pangkuan Bonda
Oh ya, saya berhari raya di KL sebab bonda tercinta saya berada di sana bersama adik tunggal saya yang terpaksa berhari raya di samping bayi kembar yang baru lahir tidak cukup bulan. Bonda saya telah berada di Ampang, Kuala Lumpur sejak dari sebelum Ramadhan 2014 lagi.Dua kegembiraan, berhari raya di KL dan berhari raya dengan kehadiran dua ahli baru dalam keluarga kecil saya. Seronok seronok sudah ada dua anak buah baru...kembar seiras pulak tu. Pasti satu pengalaman sangat baru bagi saya.
Dan ini juga pertama kali dalam hidup saya berhari raya bersama keluarga di kotaraya. Anak-anak saya juga teruja nak berhari raya di KL. Gamaknya nanti mesti terkejut sebab Kuala Lumpur lengang dengan kenderaan yang sesak .. hoho ...
--------
Takziah pada keluarga mangsa MH17 yang terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Russia. Ulasan, gambar dan video tragedi 17 Julai 2014 ini boleh dilihat di sini - Gambar, Foto dan Video Tragedi MH17 Terhempas
raya2
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri..
ReplyDeleteDah ucap selamat ehh .. :)
DeleteSelamat Hariraya HH. Kalau raya kat KL nanti sure lengang jalan dan boleh tangkap gambar banyak2 freestyle kat Dataran Merdeka, KLCC dan di mana2 shj. Kita orang balik kg!
ReplyDeleteDah datang KL bagi tahu ye Abang HH.. weeeeeeeeee
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeletebestnya dapat raya kat KL... jalan pun lengang silap2 terasa seperti di Indon atau Bangla... hehehe
ReplyDeleteTengok video ni rasa dah rasa suasana raya lah. selamat beraya di KL, suasana memang berbeza dengan kampung.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.