Bertanggungjawablah wahai peniaga-peniaga Pasar Ramadhan. Jangan kerana anda mahu kaut untung lebih, anda lupa akan halal haram menjalankan perniagaan. Nak untung bukan dengan cara menipu, tak baik gitu. Apatah lagi kalau dibuat di bulan Ramadhan penuh mulia ini. Kenapa ambil jalan singkat sedangkan jalan rezeki itu serba luas.

Saya kongsikan kepada anda video yang menunjukkan betapa rakusnya peniaga-peniaga Pasar Ramadhan cuba untuk ambil jalan singkat dalam memperoleh keuntungan. Video yang akan anda saksikan ini perlihatkan ikan keli masak sambal yang apabila diperhatikan telah ada ulat di dalamnya.

Ikan Keli Goreng Bersambal Ada Ulat dari Bazar Ramadhan

Video Ikan Keli Sambal Berulat Pasar Ramadhan
Video ikan keli sambal ini didakwa dibeli dari Pasar Ramadhan oleh seorang lelaki berbangsa Cina. Ikan keli yang dimasak sambal ini nampaknya seperti ikan keli yang samada telah busuk atau tidak dimasak dengan teliti. Itu dua kemungkinan yang boleh disimpulkan apabila menonton sekali imbas video ini.

Mungkin juga ikan keli masak sambal ini adalah masakan atau jualan yang tidak terjual di hari sebelumnya, lalu dijual semula untuk elak kerugian tanpa peniaga tersebut menyedari bahawa masakan atau lauk yang dijual itu telah tercemar.

Kot mana pun, apa yang pasti, lauk ikan keli sambal ini memang ada ulat didalamnya. Nasib baik si pembeli memeriksa ikan keli masak sambal tersebut. Kalau tidak, ia mungkin berakhir dengan ke jamban atau ke wad kecemasan hospital akibat keracunan makanan.

Video Ikan Keli Goreng Masak Sambal Berulat Pasar Ramadhan


Tips Ringkas Beli Juadah di Pasar Ramadhan

Bagi mereka yang gemar pergi membeli juadah berbuka puasa di Pasar atau Bazar Ramadhan, pastikan anda periksa tahap kebersihan penjual. Lebih baik lagi, anda lihat, cium atau hidu makanan yang anda mahu beli. Belek-belek agar pasti ia bukan juadah yang sudah berhari-hari.

Dan jika anda seorang yang berani cakap, bertanya sahaja pada peniaga Pasar atau Bazar Ramadhan terbabit, samada itu lauk pauk baru dimasak atau tidak. :) Kalau beranilah ... tak salah kot bertanya, cuma kena lakukan dengan cara berhemah supaya tidak guris hati peniaga berkenaan.

Tips saya pula, kalau nak beli, beli pada mereka yang anda telah biasa beli. Ini jalan selamat dan lebih mudah.

Sila berhati-hatilah ya. Tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada peniaga malah kepada pelanggan juga. Jika kita tidak menegur, sampai ke hujung Ramadhanlah akan buat perkara yang serupa.



8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. eiii...teruknya lah diorang ni. kalau ye pun, janganlah sampai aniaya orang. apalah nak jawab dekat akhirat sana. (ini ditujukan khas kalau betul orang tu sengaja).

    mcam karipap kosong tu. sedih betul. punyalah beli banyak, tapi tengok-tengok, tak ada isi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah kebanyakkan peniaga yang cuba ambil jalan mudah dan pantas di kala umat Islam berpusu membeli juadah berbuka puasa. Mereka ambil kesempatan dengan akal singkat.

      Delete
  2. giloss arr... ulat tuu.... ni ikan bakar ke? kdg ada yg beli jenis bakar2 ni if x habis diorang akan simpan n bawa esok hari.. tau sebab kenal org yg buat mcm tu.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan goreng ni .. main goreng sekejap je kot .. tak pun ikan semalam semalam yang dok simpan ... hoho ...

      Delete
  3. Gila la... Gua tetap kurang gemar beli lauk dekat bazar...

    ReplyDelete
  4. iyeeeee keeeek

    Alhamdulillah dah 14 ramadan ini, saya belum pernah jejak ke bazar ramadan lagi... semua anak2 masih menikmati air tangan saya dan isteri saya...

    ReplyDelete
  5. Tak dpat tgk video sebb gune ipad..tapi memang tak patut penjual buat mcm tu..eeee..memang tak kuasa nak beli lauk dekat bazar

    ReplyDelete
  6. gara-gara sikap peniaga mcm ni, habis peniaga yg ikhlas terkena tempias..-.-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement