Video permohonan maaf wanita bernama Kiki Kamaruddin yang dipercayai merupakan pemilik kereta Peugeot CDM25 saya kongsikan kepada anda. In sha Allah, semoga video ini akan juga turut menjadi viral di laman maya, sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.

Tidak perlu lagi memanjangkan isu ini memandangkan pemilik CDM25 ini telah dengan serendah hati memohon maaf secara terbuka. Walaupun, daripada apa yang diberitahu kepada saya, Kiki Kamaruddin telahpun meminta maaf kepada Uncle Simm sebaik sahaja peristiwa itu berlaku. Uncle Simm adalah lelaki tua berbangsa Cina yang telah tidak sengaja terlanggar bahagian belakang kereta Peugeot CDM25 sehingga menyebabkan wanita yang memandu kereta tersebut mengamuk histeria.
Video Permohonan Maaf Kiki Kamaruddin CDM25

Video Permohonan Maaf Kiki Kamaruddin CDM25

Mari saksikan video ini.



Ramai yang telah mengutuk perbuatan yang dibuat oleh Kiki Kamaruddin menerusi video yang menjadi viral di Facebook. Malah, ada yang memaki dan memberikan kata-kata kesat kepada wanita ini.

Itu kisah semalam, kelmarin; menjadi sejarah hitam pun buat pemilik Peugeot CDM25.

Pujian harus diberikan kepada pihak yang ambil inisiatif untuk menjernihkan keadaan, iaitu Era.fm. Dan pujian juga harus diberikan kepada Kiki Kamaruddin kerana berani tampil kepada rakyat Malaysia dan memohon maaf secara terbuka seperti yang telah saya sarankan dalam entri lepas CDM25 Terlajak Biadap Kerja Kahwin Terjejas.

Dan pujian terbaik diberikan kepada Uncle Simm yang berhati mulia kerana telah memaafkan apa yang berlaku, kontra kepada ramai rakyat Malaysia khususnya pengguna laman sosial yang telah banyak meninggalkan kata caci makian terhadap wanita pemilik CDM25 ini. Sifat pemaaf Uncle Simm dan betapa rileks dia handle situasi berlaku sepatutnya menjadi contoh tauladan buat semua; tidak kira apa bangsa, apa agama sekalipun.

Jika Uncle Simm, lelaki tua yang telah diherdik, dan diancam dengan kunci stereng kereta dalam video yang menjadi viral oleh Kiki Kamaruddin; boleh memaafkan apa yang berlaku, sekali lagi mengapa tidak kita?

Dan saya secara peribadi, saya juga ingin memohon maaf kepada semua.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kiki dah mohon maaf, ok la tu, takkan nak dia bunuh diri pula kan..hah

    BalasPadam
  2. Good job, Era.fm.
    Semoga memberi keinsafan buat semua.

    BalasPadam
  3. Semoga menjadi pengajaran kepada semua...... sabar itu penting dalam diri...

    BalasPadam
  4. elok lah tu udah-udah lah... kita blogger x yah dok menyambungnya lagi kisah ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement