Tahniah pada 3 blogger terkenal yang berpeluang menjadi duta produk Spritzer Malaysia. Makin glamorlah tiga orang blogger ini. Saya pasti mereka bertiga antara blogger berpengaruh di Malaysia sehingga diangkat menjadi duta kepada produk yang sememangnya dikenali ini.

Spritzer telah memilih blogger terkenal Broframestone, Namee Roslan dan juga Ruby sebaris dengan personaliti terkenal lain seperti Winnie Loo, Amber Chia, Sazzy Falak, Key Ng, Carven Ong, Iko In, Dylan Fan, Claude Berube, Alvin Loh, Alam Wakaka, Zulkifli Bujang dan Christopher. Masing-masing dikenali dalam bidang masing-masing, seperti peragaan, fesyen, kecantikan, fotografi, sukan, teknologi dan seni persembahan.

Blogger Broframestone, Namee Roslan dan Ruby Jadi Duta Kempen Spritzer

3 Blogger Terkenal Jadi Duta Spritzer Malaysia
3 Blogger Terkenal Jadi Duta Spritzer Malaysia
Saya boleh katakan, 3 blogger ini dikira beruntung sangat dipilih, seperti mana blogger Ben Ashaari yang terpilih menjadi duta dalam kempen sebuah syarikat minuman besar, yang turut menampilkan selebriti terkenal yang juga blogger Malaysia Raisyyah Rania Yeap. Nama Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap menjadi fenomena di Malaysia dalam bulan Ramadhan tahun 2014, apatah lagi dengan kisah menariknya memeluk agama Islam dari kerana sehelai tudung!
Raissyah Rania blogger jadi duta produk
Blogger Raissyah Rania Yeap

Blogger Makin Diiktiraf

Nampaknya semakin banyak syarikat yang mengambil iktiraf blogger yang dikenali dan mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Masing-masing ada kekuatan sendiri. Blogger Malaysia bukan seperti dahulu. Kini, ia boleh dijadikan satu profesion dan kerjaya dari rumah jika dilakukan dengan betul.

Saya sendiri sudah yakin untuk beritahu orang lain bahawa saya bekerja sendiri sebagai seorang blogger sepenuh masa. Tidak seperti dahulu ... apabila ditanya ... "Kerja apa?" .. saya jawab, "Kerja sendiri biasa biasa buat bisnes internet ..".

Blog Platform Capai Impian

Ada yang menjadikan platform blog untuk capai impian lain. Ada blogger yang jadi pelakon seperti Hanis Zalikha, Lynda Roslan, Nizam Ijam, Tengku Syukri dan ramai lagi. Ada yang dapat jadi model sambilan. Ada yang masuk akhbar dan majalah. Ada yang menjadi usahawan berjaya. Malah ada blogger yang dah jadi jutawan pun, hanya bermula dengan bisnes dari blog seperti Ika Radiusite. Mereka semua ada laluan kejayaan sendiri. Tahniah buat mereka.
Blogger Lynda Roslan

Blog sudah menjadi satu platform rujukan online terlaris dan diyakini. Ramai blogger Malaysia sudah boleh jana income menerusi penulisan advertorial di blog. Ada blogger jana pendapatan hasil penulisan ini dari RM150-RM500 setiap satu post. Bayangkan jika seorang blogger itu dapat 3 tawaran advertorial RM200 satu post dalam seminggu. Dah dapat RM600 .. hanya kerana menulis di blog.

Motivasi Buat Blogger Lain

Semua orang boleh ada blog dah sekarang ni. Buat blog dengan platform blogspot hanya ambil masa kurang 15 minit je dah siap. Ada yang buat blog semata-mana nak jadikan jana income dari blog; yang sememangnya dah dibukti dan terbukti.

Moga kejayaan tiga blogger terkenal jadi duta Spritzer Malaysia ini akan tiupkan lebih semangat kepada blogger lain untuk semakin mencipta kejayaan sendiri.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada rakan blogger +Bro Framestone , Namee Roslan dan juga +RubyMY . Dah meletop nama korang semua, dah kira tahap selebriti dah.

Saya tumpang gembira.


13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah! tahniah kpd2 blogger2 yg brjya..bukn senang org nk pndang blogger sekrang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. :) rezeki masing-masing. Ada usaha ada hasil.

      Padam
  2. bukan sng nk ketahap mereka..seluuttt ^_^

    BalasPadam
  3. Tahniah..Semoga menjadi sumber inspirasi buat blogger2 kevil macam saya ni..

    BalasPadam
  4. Ya allah kagumnya. Memang betul, skrg blogger banyak menempa nama di Malaysia ni kan :)

    BalasPadam
  5. Salam,yg tentang advertorial di blog tu betul ke boleh join?

    BalasPadam
  6. Memang satu impak baru dalam industri penulisan.. Cuma blogger belum diiktiraf sebagai media utama promosi seperti di US. Blogger dijemput sebagai media sebaris dengan media massa utama.

    Someday... :)

    BalasPadam
  7. Tahniah...in sha Allah rezeki blogger HH pula menyusul..senoga di murahkan rezeki..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement