Peribahasa yang diubahsuai. Aduhai, memang gelak sakan saya baca mengenai peribahasa yang telah diubahsuai. Artikel ini dah lama. Seingat saya, lawak lucu ini dah saya baca 10 tahun lepas. Nih memang dah kreatif abis ... nih kalau dibaca dek sasterawan negara pasti menitik air mata. Tapi harapnya mereka yang pakar bahasa janganlah tercuit hati ye .. ini sekadar hiburan santai. Dalam pada tak tahu wujudnya peribadi erkk peribahasa tu ... langsung dah tahu. Kan kan?

Saya teringat kisah yang satu ni, samada benar atau tidak ... tak pasti. Karam Sigh Walia - biasa kan dengan nama ni? Kalau dok ulas berita mesti akan berakhir dengan pepatah lama, bidalan, peribahasa tertentu .... itu memang dah jadi trademarknya.
41 Peribahasa Diubahsuai

Kisah Karam Sigh Walia Terpikat Dengan Peribahasa

Ada kisah menarik bagaimana Karam Sigh Walia terpikat dengan peribahasa dan bidalan Melayu.

Kisahnya, Karam Sigh Walia terpikat dengan peribahasa adalah semasa dia menjumpai satu buku peribahasa Melayu lama di tempat pembuangan sampah. Lalu diambil dan dibaca, yang akhirnya menjadi rujukan buatnya untuk mengindahkan cara penyampaiannya dalam melaporkan berita. Hmmm .... sesuatu yang dibuang orang, diambik dan dijadikan pedoman, lalu kini dia dah sinonim dengan peribahasa Melayu walhal dia bukanlah Melayu.
Kisah Karam Sigh Walia Suka Guna Pantun
Kita yang Melayu sejati adanya ni ada ke yang nak guna peribahasa dan bidalan dalam percakapan harian? Jika andalah orangnya, saya ucap syabas. Anda memang hebat!

41 Peribahasa Melayu Diubahsuai

Saya kongsikan peribahasa yang diubahsuai ini sekadar untuk membolehkan anda buat senaman muka. Sesekali berseronok baca blog biarlah sesuatu yang dapat berikan manfaat secara tidak langsung walaupun hakikatnya salah untuk ubahsuai peribahasa yang telah sedia ada indah ini.
  1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.
  2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
  3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
  4. Alang-alang mandi biar guna syampoo.
  5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beligelang secara hutang)
  6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.
  7. Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)
  8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
  9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
  10. Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi... )
  11. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.
  12. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
  13. Biar korek hidung jangan korek tabung.
  14. Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
  15. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
  16. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi... ..boleh blah... .lah... .
  17. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
  18. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)
  19. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
  20. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.
  21. Biar lambat asalkan perlahan.
  22. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah... .
  23. Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.
  24. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.
  25. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.
  26. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah... .
  27. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
  28. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah... .
  29. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
  30. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)
  31. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.
  32. Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.
  33. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.
  34. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
  35. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.
  36. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.
  37. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari... ... .(nak tak?)
  38. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum... .
  39. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best... ...
  40. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
  41. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

Ada yang difikir pernah dengar atau disebut, ada juga yang tidak pasti sebutan atau peribahasa awalnya bagaimana, untuk itu, kalau nak tahu peribahasa sebenar, boleh rujuk: http://peribahasamelayu.com/

Sumber asal: VirtualFriends.Net

18 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. haihhh mcm2 gaya org nk ubah peribahasa kan.ni peribahasa versi raja lawak kot.

    ReplyDelete
  2. ni agaknya peribahasa yang karam sing walia pakai..haha

    ReplyDelete
  3. salam singgah....


    macam2 direkanya....

    ReplyDelete
  4. hadoilahhh....macam2 peribahasa tu...tapi best jugak kan..ekeke
    kawan sue? sue yg mana eh...ramai kawan den nama sue...*pertanyaan takde kena mengena ngan entri;)

    ReplyDelete
  5. haha..memg terbaek peribahasa ni..:)

    ReplyDelete
  6. haha! lawak sggh peribahasa moden ni!

    ReplyDelete
  7. haha..gelak tak hingat baca peribahasa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan gelak sampai terkentut sudahlah ain .. hehehe :P

      Delete
  8. hahaha ada unsur lawak ..bole pakai jg peribahasa melayu

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Hehehe.. ni time zaman remaja memang leh buat macam2 peribahasa merapu .. dah tua ni kurang dah .. hahaha

      Delete
  10. Replies
    1. Masih relevan dengan situasi semasa ye tak? Hehehe... walaupun skang ni dah jarang nampak karam sigh kat TV3 tu ..

      Delete
  11. Kreatif! Bleh kot guna dengan member.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement