Universitas Gadjah Mada (UGM) telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila menerima masuk seorang mahasiswa termuda berusia 14 tahun bernama Arya Bagus Kevin. Remaja daripada Karanganyar, Surakarta, Jawa Tengah ini telah diterima masuk pada 18 Ogos 2014 bagi sesi akademik 2014/2015. Dia menjadi pelajar termuda dalam jurusan Kejuruteraan Awam, di Fakulti Kejuruteraan Awam UGM.

Jika di Malaysia, kalau ikutkan umur Arya Bagus Kevin, kiranya dia masih berada di tingkatan dua sekolah menengah. Perghh memang hebatlah dapat masuk universiti dalam usia muda. Dan saya kagum sekejap apabila Arya Bagus Kevin mengambil pula jurusan kejuruteraan awam, yang pada sayalah bukan satu jurusan yang mudah nak diambil.

Arya Bagus Kevin Mahasiwa Termuda UGM Bidang Kejuruteraan Awam

Arya Bagus Kevin Mahasiwa Termuda UGM
Kejayaan mendapat tempat di Kejuruteraan Awam UGM dalam usia 14 tahun, 6 bulan 14 hari adalah sesuatu yang sangat hebat. Biasanya, mahasiwa baru masuk ke UGM dalam usia 18-19 tahun, sama seperti di Malaysia.

Daripada apa yang saya baca, remaja ini mula masuk sekolah pada seawal usia 4 tahun. Dan dari situ minat belajar semakin hari semakin tinggi sehinggalah berjaya menghabiskan sesi persekolahan rendah dalam usia muda.
Arya Bagus Kevin Mahasiwa Termuda UGM
Dalam satu temuramah, dia bercerita semasa mengikuti program akselerasi sewaktu SD (Sekolah Dasar), SMP (Sekolah Menengah Pertama) dan SMA (Sekolah Menengah Atas). Pada waktu di SD, dia menamatkan pembelajaran pada usia 10 tahun. Selanjutnya pada masa belajar di SMP, Arya Bagus Kevin menamatkan pembelajaran kira-kira 2 tahun sehingga lulus pada usia 12 tahun. Demikian pula apabila lulus SMA 3 Solo juga cepat, sehingga dalam usia 14 tahun sudah lulus SMA. Hebat bukan?

Info Ringkas Sistem Pendidikan Indonesia

Pada yang tiada pengetahuan mengenai sistem persekolahan di Indonesia. SD atau sekolah dasar boleh disamakan dengan sekolah rendah (umur 6-11 tahun). SMP pula ialah Sekolah Menengah Pertama (umur 12-15 tahun)  dan SMA adalah Sekolah Menengah Atas. SMA juga pada sesetengah tempat di Indonesia disebut sebagai SMU atau Sekolah Menengah Umum.

Ada sedikit perbezaan dengan sistem pendidikan di Malaysia di mana sekolah rendah kita, rata-rata pelajar akan tamat dalam usia 12 tahun, dan masuk ke sekolah menengah rendah dalam usia 13 tahun sebelum tamat persekolahan rasmi dalam usia 17 tahun.

Sebab Arya Bagus Kevin Pilih Kejuruteraan

Arya Bagus Kevin mengambil keputusan untuk memilih bidang kejuruteraan awam di Universitas Gadjah Mada kerana termotivasi oleh pekerjaan ayahnya, Aris Murtopo yang merupakan seorang jurutera di Karanganyar.

"Saya memilih teknik sipil karena selama negeri ini terus membangun. Lulusan teknik sipil akan terus digunakan,"- Arya Bagus Kevin; dipetik dari DetikNews.



6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nama dia sahaja cukup bagus....Arya Bagus kevin

    BalasPadam
  2. wah bagus budak ni, civil engineering susah juga tu, saya yang ada diploma civil pun tidak bekerja dalam skop kerja tu kerana tiada rezeki untuk ke arah itu tapi saya bersyukur dengan ketetapan rezeki dari-Nya sekarang.

    BalasPadam
  3. kalau lah smua orang muda sekarang macam ni.. negara mesti akan maju,

    BalasPadam
  4. Genius Arya ni, semuga beliau terus berjaya lepas ni, mungkn muda lagi dah dapat PhD.

    BalasPadam
  5. salam. wahhh muda muda lagi masuk U..terbaik budak ni..

    BalasPadam
  6. Budak lagi, tapi dah masuk U.. Terbaik..
    Teringat pulak masa lepas spm saya dapat tawaran diploma sivil kat uthm..
    Tapi tolak, sebab masuk matrik..
    Last2 kekal dengan degree software engineering..
    Menyesal pun ada jugak rasa.. Huhuhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement