Blog perlu diuji mesra SEO (Search Engine Optimization) agar apa yang kita tulis mudah dan senang berada di dalam enjin carian. Ia sangat penting buat blogger yang tidak punya ramai pengikut dan pembaca setia dalam blog supaya dapat trafik sepanjang masa.
Blog Perlu Diuji Mesra SEO Menerusi Dua Segi
Seandainya seorang blogger itu telah dapat memastikan blognya telah capai matlamat sebuah blog mesra SEO, langkah seterusnya ialah menulis dengan teknik SEO. Blog sudah ada senjata untuk berada ranking terbaik enjin carian, kini anda perlulah tahu untuk gunakan 'senjata' itu sebaik-baiknya. Ada blog mesra SEO tetapi tidak tahu menulis dengan teknik SEO, ibarat anda membiarkan senjata yang telah digilap, terbiar tanpa diguna, yang akhirnya jadi karat dan sia-sia.Jadi, blog perlu diuji mesra SEO dalam dua aspek. Satu; aspek template blog anda itu - samada sudah tepati ciri-ciri sebuah blog yang mesra SEO. Kedua; aspek penulisan - samada teknik dan cara anda tulis entri itu cukup bagi imbangi template SEO blog anda agar entri berada di halaman utama enjin carian.
Bagaimana nak uji template blog anda? Dan bagaimana nak uji teknik SEO anda?
Bagi saya, setiap kali saya tukar template blog atau ada penambahan widget tertentu di dalam blog, saya akan uji ciri-ciri dalam template blog samada ia tepati syarat sebuah blog template SEO terbaik. Kaedah yang sering saya gunakan ialah menggunakan khidmat laman-laman web yang menguji template SEO blogspot saya.
Tips SEO Blogspot #1 - Uji Template Blogspot
Sebuah template blog yang mesra SEO secara amnya mestilah ringan, atau loading dengan pantas. Boleh diuji menggunakan GTmetrix. Keduanya, template mesra SEO perlulah patuhi standard-standard am koding dalam blog contohnya xhtml dan html. Ia boleh diperiksa dan diuji menggunakan W3C Markup Validation. Ketiganya, blog mesra template mestilah patuh dengan ciri-ciri am yang perlu bagi SEO iaitu kedudukan H tag (header tag), deskripsi blog, keyword blog dan sebagainya. Saya suka guna dua servis percuma untuk SEO yang ada di Chkme SEO Tools dan juga di SEOWorkers.com.Anda juga boleh menggunakan servis dan perkhidmatan percuma lain untuk uji template blogspot anda supaya mesra SEO. Malah ada banyak servis percuma untuk uji samada template blogspot milik anda tepati ciri-ciri SEO atau tidak. Google sahaja, in Sha Allah, anda akan jumpa.
Tips SEO Blogspot #2 - Uji Teknik Penulisan SEO
Ok. Selepas menguji bab-bab teknikal dalam HTML, XHTML blogspot anda, perlu juga untuk anda uji keberkesanan dari segi teknik anda menulis entri. Jangan hanya harapkan ciri-ciri SEO dalam template sahaja, anda juga perlu belajar dan ketahui bagaimana untuk menulis sebuah entri berkualiti, bebas ciplak dan lebih 300 patah perkataan agar diberi kedudukan terbaik dalam enjin carian terutama sekali Google.Untuk itu, apa yang perlu anda buat ialah cuba menulis sebuah entri baru selepas punyai template mesra SEO, dengan memasukkan kata kunci yang dipilih di dalam tajuk, perenggan pertama, tengah dan akhir; serta memasukkan deskripsi dalam Search Description di dashboard entri.
Untuk mantapkan penulisan berbentuk SEO, letakkan paling tidak satu atau dua link pautan luar serta lebih daripada dua pautan dalaman untuk dapatkan backlinks.
Apabila sudah buat, cuba anda Google kata kunci yang digunakan, samada blog anda tersenarai di dalam enjin carian atau tidak. Lihat contoh seperti di bawah ini.
Cara dan teknik penulisan entri yang betul boleh bantu blog anda bukan sahaja dapat trafik, tetapi boleh bantu jana income. Contohnya, menerusi Kitab SEO Merah Jambu, anda akan belajar cara nak tulis entri SEO untuk jana income ratusan dan ribuan ringgit menerusi komisen affiliate.
Ujilah blogspot anda sekali atau dua kali sebulan. Atau cara paling mudah, anda masuk sahaja kontes-kontes blogger yang pentingkan pendekatan SEO ini seperti kejayaan saya raih tempat pertama dalam kontest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak.
Inilah kelebihan yang akan anda dapat jika blog mesra SEO - dapat trafik, dapat income, dan in Sha Allah, dengan blog anda boleh menyebarkan ilmu bermanfaat untuk semua.
memang terbaiklah gitu nampaknya :D
BalasPadamHarap-harapnya ... sukar nak lawan blog2 yang guna Wordpress yang lebih canggih dan tepat fungsi SEO ..
Padamsekali lagi terbaik info dari otai blogger ..senang baca dan terima ilmu berblog amat bermanfaat kepada kami yg bergelar bloger biasa biasa..
BalasPadamTerima kasih. Semoga ada yang amalkan untuk berjaya dalam dunia blog Malaysia.
PadamUji jangan tak uji ..Selamat menguji hehehehe .....Tahniah Bro HH
BalasPadamTerima kasih Pakar SEO Malaysia. Akan cuba diterapkan dalam blog..:)
BalasPadamAlhamdulillah. In Sha Allah, boleh sama-sama berjaya dalam dunia blog Malaysia.
PadamTerima kasih atas tips hebat. Bole apply utk WordPress jugak, kan.
BalasPadamBoleh Aishah .. :) itulah untung WP .. semua boleh ... blogspot ni terhad sedikit.
Padamwah memang hebat
BalasPadamdok pandai main bende gini
hentam je.. :)
saya memang mengharapkan blog yang mesra SEO
BalasPadamMembina autoriti blog & entri dimata enjin carian amat penting. Apabila sudah terbina...amat mudah utk berada dimuka hadapan enjin carian. SEO adalah kuncinya...
BalasPadamNak belajar...HH lah rujukannya. :)
deno.. ermm tak pernah uji pun... huhu
BalasPadamKonten Adalah Raja Dan Backlink Adalah Ratu... www.okartikel.com
BalasPadamTips yang membantu.
BalasPadamtumpang lalu sini bro HH... nak belajar serap ilmu.. =)
BalasPadamSaya perasan sy ada 1 je entry yg slalu org jenguk ..
BalasPadamNi rupanya SEO . Blogger duk SEO SEO tak faham faham. Laaa ni baru clear sikit..
tq share info, baru faham sedikit apa yg dimaksudkan dengan SEO ni...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.